Hi, nama saya Dee.
Dulu saya sering merasa tertanya, kenapa kita perlu hormat anak yatim dan bagaimana merasai berada di tempat mereka.
Saya juga hairan kenapa kita dilarang bercakap pasal mak ayah depan mereka.
Persoalan saya akhirnya terjawab apabila saya kehilangan ibu pada penghujung tahun 2023, ketika saya berada di semester 1 jauh di utara.
Saya tidak sempat lihat wajahnya buat kali terakhir, kerana urusan pengebumian mesti disegerakan.
Pada saat itu, dunia saya menjadi kelam. Tiada sinar cahaya apatah lagi pelangi.
Saya benar-benar kehilangan punca. Dada saya terasa sesak.
Tahun 2023 menjadi titik terendah dalam hidup kerana saya kehilangan ramai orang yang saya sayangi.
Awal tahun 2023, saya hilang anak sedara yang masih bayi.
Pertengahan 2023 saya hilang pak sedara yang paling rapat kerana selalu ambil dan hantar ke sekolah.
Kemudian disusuli dengan kehilangan mak sedara yang pernah bedtime stories Jepun sebelum kami tidur bersama.
Penghujung 2023 pemergian ibu memberi tamparan, kerana ia sebuah kehilangan yang paling besar.
Ya, tajuk confession ini dinamakan “My Biggest Lost” kerana saya pernah hilang orang lain tetapi sakitnya tidak seperti pemergian ibu.
Selepas hari itu, dunia menjadi asing. Saya tak boleh tengok orang post di sosial media pasal ibu mereka.
Saya tak suka balik rumah, kerana setiap inci penjuru rumah mengingatkan saya pada beliau. Sakitnya seperti disiat-siat.
Beberapa hari lepas, kawan rapat cerita masalah dia dengan kawan di universiti sehingga dia merasa ingin bunuh diri.
Saya tahu dia tak benar-benar memaksudkannya.
Waktu itu saya cakap pada dia,
“When you lose your parent expecially mom, if you feel like committing suicide. I’ll understand, because I have felt it.
I couldn’t be by the window in kolej, as if a voice was calling me to jump. All the tests you’ve been through feel nothing. At that time you feel that the lose, as a real test.
You just pretending to be fine. Here, I don’t want to compare which test is more heavier. But never say the word of suicide”
Semoga arwah mama ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Dan moga Allah mengasihi mama. Adik sayang mama.
– Deena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit