Aku berumur 20+ tahun anak sulung dan mempunyai adik ipar lelaki berumur 30+ tahun.
Aku masih tinggal bersama keluarga dan orang tua ku.
Adik perempuan ku bersama suaminya juga menetap bersama akan tetapi keadaan dan suasana rumah kami agak tegang sejak dua menjak ini akibat ibuku meminta ayah untuk diceraikan.
Aku faham situasi ibu yang dimana ayah tidak mempunyai gaji yang besar. Ibu sering mempertikaikan bahawasanya sering dieksploitasi untuk membayar segala perbelanjaan dan pembiayaan.
Akan tetapi ayah mempunyai sisi baik tersendiri. Ayahku seorang ayah yang baik, mementingkan pendidikan kami, sering melakukan kerja2 rumah tanpa mengharapkan ibuku,
Ibuku selepas balik kerja hanya berehat dan kami lebih banyak meluangkan masa dengan Ayah, hidupnya sangat bersederhana dan aku sedih melihat pakaian ayah ku yang sangat dimamah usia, sehingga sanggup berlapar demi pelajaran kami adik beradik.
Ayah aku tidak panas baran dan jikalau diukur ayah adalah model ketua keluarga yang baik buat kami.
Akan tetapi malangnya Ayah ku tidak mempunyai gaji yang tinggi berbanding ibuku seorang ustazah dan pegawai kerajaan di jabatan kerajaan.
Perkara ini bukannya pertama kali berlaku. Sewaktu di zaman persekolahan dahulu juga pernah timbul isu penceraian ini beberapa kali.
Aku sering menjadi orang tengah untuk mendamaikan situasi tegang ini. Akan tetapi sejak kehadiran adik ipar lelaki ini, keadaan nya agak di luar kawalan dimana keadaan ibu tidak seperti apa yang aku sangkakan bahkan lebih teruk dan di luar kawalan seakan-akan ada yang menghasut.
Sejak bekerja di sebuah syarikat kewangan, aku mempunyai masa yang agak terbatas untuk diluangkan bersama. Jadi aku agak terkapai-kapai cuba memahami situasi.
Aku menjalankan siasatan terhadap telefon bimbit ibuku dan mendapati terdapat Whatsapp yang agak mencurigakan dari adik ipar lelaki aku.
Adik ipar ku merupakan seorang ustaz Hafiz di madrasah. Jadi tidak dapat kita sangkalkan jikalau ada sebarang permasalahan mak aku akan boleh rujuk.
Diantara isi kandungan tersebut ada menceritakan yang ayahku ada menyinggung perasaan ibuku dan ibuku meluahkan segala ketidakpuasan hati terhadap adik iparku. Ibuku juga ada memberi tahu hasrat untuk bercerai atau lari dari rumah.
Pada mulanya terdapat nasihat2 dari adik ipar yang dimana supaya bersabar dan tidak membuat keputusan melulu. Ya benar tanggungjawab suami adalah untuk memberi nafkah dan jikalau ia tidak dipenuhi boleh isteri memintak cerai.
Ibu juga ada memberi tahu yang dia ada berborak melalui Whatsapp dengan lelaki lain yang boleh dikatakan is kandungan yang tidak baik, berbaur lucah dan bertanyakan adakah ianya selingkuh terhadap suami.
Apa yang mengejutkan aku adalah adik iparku mengatakan ianya bukannya selingkuh bahkan seolah2 tiada apa perlu dirisaukan.
Kemudian terdapat perbualan berbaur lucah diantara adik ipar dengan ibu yang membuatkan aku sakit hati dan meluap2 kemarahan.
Dia juga ada bertanyakan sama ada ibuku mahu menjual rumah yang sedia ada dan membeli tanah lain. Ada juga mengatakan tidak suka terhadap keluarga kami dan bertahan disebabkan ibuku.
Dia ada juga mencadangkan menghantar ayahku ke kampung halaman setelah bercerai. Terdapat juga tanda2 akan lelaki yang ibuku Whatsapp adalah dari kenalan adik iparku sendiri.
Aku tidak dapat mengawal kemarahan aku tapi demi keluarga aku simpan bukti dan mahu menyoal adik iparku akan hal tersebut.
Akan tetapi ianya dihalang disebabkan aku ada mendapatkan pendapat dari adik lelaki ku dan dia bertindak melulu menyebabkan adik iparku menafikan akan hal tersebut dan mengatakan ianya fitnah.
Aku mahu menunjuk bukti akan tetapi dihalang ibuku kerana tidak mahu aibnya ditunjuk. Aku bagaikan tersepit dan kami terpaksa akur meminta maaf akan perkara yang bukan sepatutnya kami dipersalahkan.
Setelah beberapa hari, ibu memberi peluang kepada ayah untuk berubah dan selepas beberapa bulan keadaan menjadi lebih tenang dan mak aku telah memaafkan ayahku.
Apa yang aku telah simpulkan disini permasalahan nya adalah masuk campur dari pihak adik ipar yang mengeruhkan keadaan dan mahu memanipulasi ibuku
Aku buntu dan keliru kerana aku tidak tahu bagaimana cara untuk berhadapan dengan situasi ini.
Aku berusaha setiap hari menjaga hubungan dengan Ayah dan ibu untuk mengelakkan dari pihak ketiga mengambil kesempatan walaupun ianya adik ipar yang bertalamkan dua muka.
Semoga Allah membuka mata dan hati ibuku untuk tidak percaya bulat2 akan nasihat selain daripada anak kandungnya dan tahu yang menantunya ini berniat buruk akan keluarga ini.
Sekian…
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Adik perempuan yang telah berkahwin tidak sesuai lg tinggal serumah dengan ibu bapa. Bermacam2 fitnah boleh timbul disebabkan hal ini.
Sis, sepatutnya adik ipar laki sis tu kena keluar dari rumah tu. Kalau dia bagus sangat, kenapa dia tak sediakan tempat tinggal untuk isteri dia yakni adik perempuan sis, kan? Walaupun ustaz tapi tak semestinya dia je betul. Dahla batu api pastu tak mengaku. Sis jgn buang bukti2 tu