Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-pramugari/).
Sebenarnya aku tak kisah pun atas kecaman korang. Aku cuma nak solution macam mana nak cerai dengan dia tanpa aku putus hubungan dengan keluarga aku. Tu ja..
Aku cakap ja sekarang ramai lelaki jadi gay mungkin sebab hal macam ni. Sebab ramai lelaki gay ngorat aku.. Tapi aku bukan gay.. Nafsu aku masih pada perempuan.
Aku ada kedai accessories kereta sebab dari kecik aku minat sangat automotive. Aku tak malu la nak cakap yang bapak aku yang pum duit untuk kedai tu..
Sekarang bapak aku pentingkan maruah keluarga. Kalau bercerai, nanti orang cakap bukan2. Jatuh reputasi dia.
Bapak aku tak suka berdiri sebagai orang yang gagal. Masa buat majlis sangat gah. Segala orang2 besar datang. Nanti malu kalau bercerai dia kata.
Dia kata keturunan dia tak macam tu.. So dia pun tak kisah pasal perasaan aku sebab maruah dan harga diri dia yang paling penting.
Dia kata orang dulu kahwin tak dak perasaan boleh ja hidup bahagia. Bukan semua orang yang kita cintai tu kita dapat miliki.
Dia kata perasaan sayang akan datang kemudian hari. Belajar terima dengan apa yang tuhan bagi dan bersyukur kita ada isteri di kala orang lain tak dak.
Aku tak kisah yang tu. Sebab awal2 memang aku terima sapa pun bini aku.
Sebab aku dah cuba untuk lupakan ex aku. Tapi aku tak boleh terima dia tu pramugari.
Sebab awal2 tu aku tak tau dia kerja apa. Dekat2 nak kahwin baru aku dapat tau dia pramugari airasia.
Aku terus tak boleh terima.. Dengan pakaian tak cukup kain.. Baju ketat2.
Entah berapa juta jantan dok perhati badan dia. Imagine dia bukan2 dengan pakaian tu..
Aku pun laki la… Aku jujur cakap. Otak aku tak suci pun. Sebab aku ada jahat aku jugak..
Asal nampak perempuan cantik2 mesti otak fikir seks.. Kita dok imagine bukan2 pasal badan perempuan tu.
Lepas tu rasa geram.. Agak2 tak boleh tahan, buat sendiri imagine dia.
Tambah pulak bini aku ni kategori cantik. Aku pasti ramai jantan atas kapal mesti dok perhati paha dia, dada dia, leher dia.
Lepas tu rasa geram, erm hangpa faham2 sendiri la. Sebab aku naik kapal terbang pernah rasa macam tu.
Biasa la, kita fikir perempuan lain tak pe. Tapi kita tak boleh terima kalau laki lain imagine perempuan dalam rumah kita.
So aku pun sama macam tu. Aku tak boleh terima orang lain imagine dia macam object seks.
Tapi laki2 kat sini tak payah acah2 suci la nak hina aku.. Tuhan ja tau apa hangpa buat kat belakang. Tuhan ja tau otak hangpa fikir apa.
Tunggu hangpa jujur dengan tak ja. Kita boleh selamat pun selagi tuhan tak buka aib ja.
Hidup pakai topeng memang senang.. Boleh tipu semua orang.. Tapi hidup dengan real face tu baru gentleman.
Aku gentleman. Sebab aku tak fake.. Yang penting aku tak hidup dengan tipu diri sendiri.
Aku bising kat mak aku.. Aku kata aku tak mau pompuan bekas mata2 laki dok perhati. Dok jadi modal.
Mak aku kata lepas kahwin dia akan berhenti kerja. Mak aku kata jangan sembang macam aku ni baguih sangat.
Ok tak pa la.. Aku anggap ni balasan atas kejahatan aku satu ketika dulu. Lepas tu apa jadi kan hangpa tau dalam confession first tu.
Nasib masa malam pertama tu dia dara lagi. Kalau tak memang aku cerai dia talak 3..
Eh tak salah kan aku nak bini aku masih dara. Tu impian aku sebagai laki. Ini negara demokrasi, aku berhak tentukan aku nak ciri2 isteri yang macam mana.
Sebelum kahwin aku tanya direct kat dia. Aku kata kalau dia dah tak dak dara mengaku ja la. Sebab aku memang tak boleh hidup dengan orang macam tu.
Aku bukan malaikat untuk terima perempuan kena rogol ka, perempuan terlanjur ka..
Untuk terima perempuan macam tu ada lelaki lain yang lebih mulia. Tak payah hangpa nak kata nanti anak aku kena macam tu baru padan muka.
Sebab laki baik yang lain ada ja untuk terima perempuan macam ni. Tapi bukan aku.
Aku ni kategori baik pun tak sampai. Apatah lagi mulia.. Dia kata masa bercinta pernah peluk2 ja.. Lain2 tak pernah.
Dia kata ok kalau dia tak dara aku boleh ceraikan dia. Dia terima.
Sebab dia yakin selama ni dia jaga maruah dia untuk yang halal ja. Dia kata dia pun tahu batas pergaulan.
Sebab apa aku tanya, sebab dia pun dapat aku teruna lagi.. Ok bab ni aku happy sebab kami sama2 suci.
Tapi aku ada jugak berharap mintak dia dah tak dara.. Senang aku cerai dia dari hidup setiap masa fikir jantan mana dok cuci mata tengok aurat dia..
Dulu aku jaga teruna aku untuk bekas kekasih aku. Tapi aku tak dak jodoh dengan dia.
Lepas tu aku tak kawan dengan mana2 perempuan dah. Aku focus kat kedai accessories aku ja. Sampai aku kahwin dengan bini aku sekarang.
Masa first confession, kan aku ada tulis, aku ada perasaan sayang sikit2 kat dia. Ye la dah 2 tahun dengan dia walaupun hidup macam chipsmore.
Masa tu aku ok ja bila dia kata nak study untuk mengajar kat akademik walaupun aku jiwa kacau jugak. Sekarang masalahnya yang aku rasa keliru tu sebab ex aku.
Ex aku nama Sharon (bukan nama sebenar). Sharon dah bercerai dengan suami dia. Sharon contact aku balik last year.
Sebab tu aku rasa kesian kat Zendaya (isteriku, bukan nama sebenar). Kalau Zendaya dah masuk akademik, tiba2 aku cerai dengan dia. Mesti Zendaya menyesal.
Aku tak nak jadi punca career dia rosak. Tu kan cita2 dia. Aku faham perasaan bila impian kita hancur.
Aku dah berhubung balik dengan Sharon dekat 6 7 bulan dah. Masa tu Zendaya tak tahu lagi.
Sharon ni orang biasa2 ja. Nak kata cantik, Zendaya lagi cantik.
Tapi kerja Sharon mulia. Dia cikgu kafa. Dia first love aku dari sekolah. Aku tak pernah cintakan sapa2 pun selain dia.
Dulu family dia tak suka aku.
Sebab tu kami tak kahwin. Ya la family dia jenis islamic2 sikit.. Aku kan jenis ranggi2 so bapak dia tak suka.
Sharon terpaksa kahwin dengan pilihan family dia. Dia suruh aku move on.. Anggap tak de jodoh.
Tapi aku tak mampu sebab aku sayang dia sangat. Aku hampir2 bunuh diri sebab kecewa..
Sebab tu aku lama single sebab aku tak jumpa perempuan macam Sharon. Sampai la family paksa aku kahwin dengan Zendaya.
Isteri aku Zendaya ni jauh beza dengan Sharon. Sharon jenis jaga pakaian. Pakai tudung labuh, jubah.
Tak dak laki boleh pandang badan dia. Nak imagine pun tak dapat. Dari dulu aku nak bini yang macam tu.
Aku nak aku sorang ja boleh tengok badan dia. Aku dah bagitau Sharon aku akan bincang untuk bercerai dengan Zendaya. Aku dah bagitau family pasal ni.
Tapi ayah aku ugut kalau aku bercerai dan kahwin dengan Sharon, kedai accessories aku tu good bye ja la.
Sedangkan tu impian aku. Tu cita2 aku. Kedai tu kebahagiaan aku.. Ayah aku suruh aku fikir baik2.
Sebab tu aku boleh faham perasaan Zendaya kalau kena lepaskan career yang dia sayang.
Untuk start new kedai tu bukan senang.
Saving aku bukan banyak. Bapak aku awal2 dah buat agreement, 70-30.
30% ja untung tu aku dapat. Yang lain masuk account bapak aku.
Bank pun tak mau bagi loan kat aku sebab tak dak jaminan.. Kedai pun atas nama bapak.
Kalau bapak aku rekomen mungkin boleh dapat loan, tapi bapak aku tak mau.
Bapak aku tetap dengan keputusan dia, terima sapa isteri kita anggap tu jodoh dari allah.
Saja aku kata, aku nak isteri yang tutup aurat. Bapak aku kata tu tanggungjawab aku untuk bimbing dan bentuk isteri aku.
Tu fungsi aku sebagai suami. Bukan ada tak kena terus nak cerai.
Bapak aku suruh bagi masa kat Zendaya sebab dia tu nak ja berubah.. Aku dah give up la.
Hanya kerana satu kali aku pernah buat salah dan masuk penjara, sampai macam ni family aku buat aku.. Bagi diaorg, perasaan aku dah tak dak nilai lagi.
Aku pun manusia jugak.. Aku dah cakap aku sayang Sharon, tapi tu la. Mana ada orang nak faham.
Sharon gaji kecik, dia kata nak tolong aku buat loan untuk setup kedai. Tapi dia kata amount tu bank tak lepas.
Ayah aku pulak tak habis2 dengan ugutan ja. Aku rasa stress ya amat setiap masa.
Aku bagitau Zendaya aku nak kahwin dengan Sharon.
Aku tunjuk gambar Sharon kat dia.. Aku kata awak tak mampu jadi macam dia kan..
Awak boleh pakai tudung ke, pakai labuh2 macam dia. Tak boleh kan.. Zendaya diam ja. Zendaya kata suddenly memang saya tak boleh. But I need time..
Tapi aku kata aku cintakan Sharon. Aku nak kahwin dengan dia. Dia pulak provoke aku.
Dia kata yakin ke perempuan tu akan setia dengan awak.. Sekarang dah janda beranak pinak, tiba2 cari awak..
Cari pulak masa awak dah jadi suami orang.. Macam dah tak de laki single lain.
Perempuan baik ke macam tu. Masa awak susah dia kat mana.
Aku panas hati la. Aku kata tu semua bukan masalah kau. Dia ada masalah keluarga dia jugak.
Bukan dia tak nak ada disisi aku masa aku susah tu. Aku kenal dia dari lama dari kau.
Aku tau dia macam mana.
Sekarang dia nak susah senang dengan aku. Dia hanya pilih aku ja. Dan aku pun masih sayang dia.
Zendaya kata bukan waktu susah, tapi untuk waktu senang ja. Mungkin sekarang perlukan bank untuk tangung hidup. Kalau awak susah tak denya dia nak stay.
Zendaya kata Sharon contact aku balik sebab duit ja.. Bukan sebab sayang aku.. Zendaya kata dia dah banyak jumpa perempuan macam ni.
Zendaya kata, kalau betul dia jugak sayang awak, kenapa sampai bertahun boleh pulak hidup dengan suami dia sampai beranak pinak.
Masa tu tak fkir sayang awak. Bukan tak de alasan untuk berpisah.
Sekarang tengok awak dah berjaya, dah ada keluarga sendiri, tiba2 boleh pulak mintak cerai dengan suami. Boleh pulak tiba2 datang perasaan sayang kat awak..
Funny nya perempuan tu. Dasar tak boleh hidup kalau tak de kot* jantan.. Baik pergi melacur ja.
Tengok la, dia ni mencarut depan aku. Sharon tak pernah cakap kotor2 macam ni.. Lepas tu tuduh Sharon bukan2.
Zendaya kata ada ja perempuan macam ni. Bila ex dia single, hidup masih sama. Perempuan tu relax ja dengan life dia. Bahagia ja.
Tapi dia sentiasa perhati kehidupan lelaki tu. Selagi laki tu masih sama, perempuan tu rasa untung tak kahwin dengan dia ni. Rasa syukur kahwin dengan suami sekarang.
Tapi bila laki tu dah kahwin lain. Bini pulak much better dari perempuan tu, laki tu pun dah nampak maju.
Terus perempuan ni tak boleh tenang dah… Sangup hancurkan hidup sendiri balik kepada lelaki tu kerana nak dapat kehidupan macam isteri ex dia.
Zendaya kata Sharon jenis perempuan macam tu. Dia kata aku ja bodoh percaya kat dia.. Aku ni tak pandai baca orang dia kata.
Dia kata Sharon tak akan mampu susah dengan aku dan harap kekayaan aku ja. Dan akan tingal bila benda tu dah tak de. Dia kata Sharon tak sayang aku pun..
Tapi Sharon ada kerja tetap.. Dia ada duit sendiri bukan dia harap duit aku. Dia lagi nak bantu aku buka kedai ada la.
Tu la beza dia ni dengan Sharon. Macam mana aku nak terima dia ni. Cakap pun macam minah rempit. Aku tak suka pompuan carut2. Dah tu tuduh Sharon bukan2.
Dia kata masa family aku tanya, dia nak tak kahwin dengan aku, dia kata dia setuju walaupun dia tau past aku.
Dia kata kalau perempuan lain takdenya nak terima. Tapi Sharon nak ja terima aku.
Dia kata dengan standard dia, kecantikan dia, career dia ni, berduyun laki nak kahwin dengan dia.
Tapi konon dia pilih aku sebab dia tau masing2 ada past. Dia percaya pada pengakhiran ja. Dia percaya pada jodoh. Dia yang bagi aku peluang dia kata.
Dia kata masa tu dia tak nampak aku jahat, tapi aku nampak unik kat mata dia. Dia kata dia bukan jenis menilai orang. Tapi dia sentiasa rasa nak bantu ada kat belakang aku.
Kata tak nilai orang, tapi menilai Sharon boleh pulak.
Lagipun sebab dia ikut pilihan keluarga sebab kebahagiaan keluarga tu penting. Dia memang serah kat family untuk cari jodoh untuk dia.
Dia kata start new life new love with new person adalah lebih baik dari past tu. Dia kata dia ingat aku pun macam tu.
Dia ada pujuk aku supaya lupakan Sharon. Dia kata dia akan berubah jadi macam aku nak.. Dia kata kita sama2 berubah sebab dia dah sayang aku.
Aku kata mana boleh. Nanti Sharon macam mana.. Aku sayang Sharon kot.
Terus dia marah.. Dia kata selama ni aku saja create isu aurat la, tak de masa dengan suami la. Padahal aku nak bersama Sharon.
Dia kata rupanya aku tipu yang aku kata aku sayang dia. Aku kata memang aku ada sayang sikit2. Tapi aku sayang Sharon lagi banyak.
Dia kata dia dah sacrifice banyak benda sebab dia cintakan aku.. Tapi ni balasan dia dapat. Dia kata sekali pun aku tak fikir perasaan dia.
Aku kata aku minta maaf, tapi Sharon tak dak sapa2 sekarang ni. Dia harapkan aku ja. Dan aku pun sayang dia.
Dia nak pi mana kalau aku lepas tangan. Mak ayah dia pun dah meninggal. Suami dia pun dah kahwin lain. Aku kata aku buntu sangat.
Zendaya kata ikutlah kalau awak nak bercerai.
Kalau awak nak kahwin dengan dia terpulang la. Saya ok ja kalau kita nak pisah.. Tapi saya tak boleh nak bermadu2.
Eh aku pun tak denya nak dua bini macam laki lain. Aku setia kat Sharon sorang ja.
Tapi aku lega Zendaya dah setuju untuk cerai.
Tapi masalah sekarang family aku la.
Sharon ada cakap, kalau Zendaya tak nak poligami, dia suruh ja aku hidup dengan Zendaya.
Dia nak aku bahagia ja. Dia kata dia memang masih sayang aku walaupun pernah berkahwin.
Sebab tu dia faham perasaan Zendaya. Tengok, Sharon boleh ja fikir baik2 pasal Zendaya.. Tapi Zendaya asyik tuduh Sharon bukan2.
Sebab tu aku tetap pilih Sharon sebab aku pun tak mampu nak sayang ramai2 perempuan. Kalau Zendaya pun ada dalam hidup aku, aku tak boleh nak bahagi kasih.
Aku happy sebenarnya Sharon dah kembali dalam hidup aku. Cuma macam aku kata tu la, aku tak nak hilang family aku jugak.
Bapak aku asyik ugut, dengan rekod aku tu, mana tempat pun aku tak boleh dapat kerja. Macam mana aku nak tanggung Sharon dengan anak dia.
Nak buat bisnes baru, aku tak dak modal. Nak pinjam along, aku takut Sharon jadi mangsa.
Sharon pun tak mampu nak bantu aku.. Sharon kata dia tak kisah aku tak kerja pun.
Dia mampu ja bagi aku makan.. Aku kata eh, ingat aku laki tak de harga diri ke. Keturunan aku bukan jenis makan duit perempuan la.
Macam mana aku nak buat ni weh.. Ada dak cara lain dah supaya family aku restu aku kahwin dengan Sharon.
Sekarang Sharon pun aku sayang, business aku pun aku sayang.. Nampaknya aku susah nak miliki dua2 sekali.
Sebab bapak aku suruh pilih salah satu ja. Ada tak cara untuk pujuk bapak aku eh..
Family aku kata sampai bila2 pun Zendaya ja menantu diaorg. Tak de sapa boleh rampas tempat tu..
Masalahnya Zendaya pun dah setuju. Kenapa family aku pulak lebih2. Kenapa tak mau fikir perasaan aku.
Apa solutions untuk masalah aku ni. Tolongla adoii…
Sharon pulak asyik kata nak undur diri ja lately ni… Katanya hidup ja la dengan Zendaya. Dia kata dia rasa bersalah sebab rasa nak hancurkan rumahtangga orang.
Dia takut nanti orang akan mengata dia.
Dia kata kalau Zendaya setuju poligami, dia akan happy.
Boleh hidup satu keluarga. Tapi dia kata dia sedar darjat tak sama dan Zendaya tak akan setuju. So dia nak undur diri.
Kenapa hidup aku sorang ja complicated macam ni.. Padahal aku buat salah dalam hidup sekali ja.
Orang yang berulang2 buat salah macam2 tak de pun jadi macam ni. Kenapa ayah aku tak mau fikir kebahagian anak.
Dia tak rasa dia gagal ke bila anak dia tak bahagia. Tapi ayah aku ulang2 kata aku hanya bahagia dengan Zendaya. Aku tak akan bahagia dengan Sharon.
Sedangkan hati aku pada Sharon. Ya allah tolong la aku yang sedang kematian ni.
Sharon masih tunggu aku halalkan dia. Tapi dia lebih kepada suruh aku pujuk Zendaya untuk bermadu.
Dia kata dia akan rasa bersalah kalau aku bercerai dengan Zendaya. Dia tak happy kalau aku cerai dengan Zendaya.
Tapi kalau aku cerai dengan Zendaya, bapak aku suruh keluar dari rumah sehelai sepingang.
Sharon ada cakap hari tu, nak tak dia cuba pujuk Zendaya.. Dia mintak aku atur untuk diaorg bersemuka.. Dia nak berbincang.
Tapi aku tak bagi la.. Zendaya ni ada black belt dalam karate do. Kang tak pasal2 ke icu Sharon aku ni.
Dia ingat Zendaya lembut sopan santun macam dia kot.. Zendaya tu panas baran jugak. Cuma dengan aku ja dia slow sikit..
Sadis betul hidup aku kan.. Hidup susah mati pun susah..
– Khai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
too much excuses🙄😏
zendaya deserve better person than a guy like you😑
200% agreed!
Bang, aku rasa kau missed something. Isteri yang solehah bermula dari suami yang soleh. Kau dah ada seorang isteri yang halal, kau jagalah dia. Didik dia. Susah? Yes susah. Tapi itulah kehidupan berumah tangga. Nak dapat isteri solehah tu bukan mudah ye. It requires patience and hardwork. Another thing, restu keluarga sangatlah penting ya. Mungkin kau tak sedar lagi sekarang. Sayang macam mana pun kau kat first love kau, Allah dah tulis yang jodoh kau adalah Zendaya. Be grateful dengan apa yang kau ada dan fokus ke depan. Aku harap kau buat keputusan yang bijak dan matang. All the best.
Betul apa yg d katakan oleh anon, setiap manusia x sempurna, ada kurang ada lebih. Awak sayangkan c syaron,memang la awak puji melangit sampai ke hujung dunia, awak belum lg hidup sebantal dgn dia, semuanya indah d mata awak. Awak hanya pikir perasaan awak shj tanpa awak memikir perasaan isteri yg baik tu. Tugas awak membimbing dia ke arah yg lebih baik,bukan memburukkan dia. Jgn awak pandang manusia dr segi kulit shj, kita kena tengok isi dia jugak. Kadang kulit ja cantik, tp isi di dlm hampeh(kadang sampai x leh nk makan pun). Setiap perkahwinan ada pasang surutnya dan saling lengkap melengkapi. Syaron tu kalau dia betul2 sayang awak, dia x akan kahwin dgn org lain SELAIN awak. Ini dah beranak pinak dah pun dan satu lg…kalau dia baik, buat apa dia kacau rumah tangga org. Kalau dia sayang awak, sudah tentu la ni dia jd JANDA BERHIAS !!!! tak rela serahkan badannya kat org lain…LU PIKIR LA SENDIRI. takkan yg tu pun kena bg tau..pastu lak dia siap cakap dia blh bg makan kat awak. Wei zaman sekarang beras yg 10 kilo dah berapa hinggit la ni…gaji dia berapa sen sgt sbg guru kafa, dah x dpt lg memang janji2 tu semuanya indah. La ni kalau gaji setakat guru KAFA tu berapa la sgt !!! Bukan nk menghina pekerjaannya tp awak pikir la zaman sekrg ni. Dgn gaji dia tu belum tentu blh lepas utk hidup berdua, tambah la lg branak pinak nnti. Lagi pun bukan tugas dia memberi nafkah. Itu x nampak lg ka cara dia kata mcm tu utk menyedapkan rencah2 utk memiliki awak..lg satu kalau dia baguih, buat panya p mintak cerai dgn ex suami dia, hidup la dgn ex suaminya tu,setia,taat sampai mati. Dah la mintak cerai, pastu kacau pulak r/tangga org…baik ka org mcm tu…sekrg ni org yg berpurdah pun ada ja yg berzina,mengumpat, kacau laki org etc..awak ingat syaron tu sebenarnya mainan dan bisikan SYAITAN ja…itu tugas dia nk menjahanamkan umat Nabi. Setiap perkahwinan tu adalah satu PERJUANGAN utk kita menuju ke ALAM AKHIRAT yg kekal abadi. Anggaplah ia sebagai dugaan dan ujian hidup awak. Awak harus ingat, isteri yg sedia ada tu adalah Anugerah Allah yg tidak ternilai harganya dan ada hikmah d sebaliknya, awak ja yg x nampak pemberian dr Allah yg Maha Baik tu ..Allah nk bg awak byk pahala dlm membimbing dia ke arah jalan yg agama suruh(ikut syariat la)..awak akan rugi dan menyesal sekiranya awak ceraikan dia dgn mengikut kata hati awak. Hidup ini x semuanya indah wei, kdg2 ia cuma mainan Syaitan utk melingkupkan r/tangga yg tlh d bina. Itu kan tugasnya, kita ja kena beringat!!! Kembalilah kpd Allah…setiap pemberianNya ada hikmah d sebaliknya. Saya mintak ampun dan maaf sekiranya pendpt saya ini melukakan hati awak. Hiduplah KERANA ALLAH !!! tq.
MashaAllah entah kenapa saya rasa Khai ni bertuah sangat tau. Zaman sekarang ni orang lain ramai yang struggle nak senangkan keluarga dan balas jasa ibu ayah, tapi Khai ada ayah yang tak kisah bantu anak lelaki dari segi modal kembangkan bisnes impian. Di kala segelintir lelaki lain masih hempas pulas nak kumpul duit hantaran, ayah Khai pulak bantu carikan isteri cantik dan berpendidikan dari keluarga kenalan. Nikmat mana lagi yang nak didustakan huhu
Antara cara nak yakinkan keluarga Khai adalah dengan tunjukkan yang Khai mampu berdikari dari segi financial. i.e. fokus improve bisnes accessories, naikkan profit sampai tak perlu lagi bantuan ayah, buka cawangan baru. Buat sesuatu yang banggakan ayah. Saya yakin masa tu ayah akan lebih percaya Khai dan akan hormat keputusan Khai. Redha Allah untuk perempuan dengan suami, redha Allah untuk lelaki dengan mak ayah. Gituuu
Untuk isteri, Khai tak perlu rasa bersalah jika dia nak masuk ke bahagian akademi tenaga pengajar walaupun korang tak pasti lagi akan bersama atau bercerai. Khai sendiri mengaku kerja dan pakaian pramugari tak sesuai untuk perempuan muslim. Ini tak dikira merosakkan cita2 dia bahkan memang tanggungjawab suami bimbing isteri dan keluarga untuk jauhi api neraka. Anggap je perkahwinan korang yang dah terjadi ni sebagai asbab turning point isteri untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan berkat. Raikan keinginan dia untuk berubah tu. Korang bercerai atau tak dia tetap akan jadi lebih baik di mata Allah sebab ikut syariat Islam. Even with or without you as a husband, she is already somebody in the eyes of Allah. Dalam banyak2 lelaki dia pilih untuk taat dengan awak Khai. Bertuah suami yang dipilih untuk bimbing isteri cantik dan solehah ni (inshaaAllah mudah mudahan).
Untuk ex pula, saya rasa Khai tengah keliru. Mungkin boleh ambil masa beberapa bulan jarakkan diri dulu dengan ex supaya Khai dapat fikir dengan rasional. Banyakkan solat istikharah dan hajat dalam tempoh tersebut. Tak berbaloi nak korbankan ibu ayah yang dah banyak berkorban untuk wanita yang hanya cari awak lepas dia bercerai (helpless). Ex tu pun bijak dengar cakap ayah dia kawin dengan lelaki lain masa ayah dia masih hidup. Yakinlah bahawa bukan Khai tempat ex tu berlindung tapi Allah. Khai sendiri mengaku belum mampu nak sara ex dan anak2 dia. Minta Allah yang jagakan.
Wallahualam, semoga Allah bimbing yang terbaik.
Carilah kerja MKN gaji kalau takut bapa u tarik blk sponsorship tu. Jd cleaner kat mall pun ok pe..security guard gaji ok juga. Janji halal. Awek ko kan alim.. so mesti dia X kisah janji halal. X pyh la jaga standard sgt sbb ni la contoh satu perjuangan demi cinta sejati hang kan.. menjandakan isteri demi seorang janda. Sekian.
Khai,komen² diatas tu betul khai. Apa yg khai lalui ni cuma ujian emosi.Di ulangi ya, Cuma ujian emosi..jangan buat complicated. Ikut cakap mak ayah laa, redha mak ayah jangan ambik mudah tau.Ni, kita nak masuk bulan ramadhan dah. Bawak wife p shopping jubah dgn tudung . Tak pun khai p beli, pilih yg paling elok mahai pun takpa. Bawak wife p dating, p bercuti pakai baju tutup sempurna mcm khai suka. Jangan lupa puji selalu..isteri ni kalau kena puji dgn suami habis hati la orang kata… isteri khai baik tau , masih dara masa kawin. Khai ujian khai sebenarnya 1 saja, nak didik isteri.. hang menyesal tak sudah nanti khai kalau lepas dia…dah tu takdak redha mak ayah pulak… ikut hati mati ikut rasa binasa. La ni ikut cakap mak ayah tu yang terbaik. Pandang kedepan khai…kalau kesian kat ex tu khai bagi la sumbangan ikhlas tiap² bulan anggap sedekah… Semoga Allah lapangkan hati Khai.
Nak isteri alim, awak tu yg kena berubah dulu… Berubah, berdoa hati isteri awak jd soleha mcm yg awak nak.
Hmm…. confession pertama dulu beriya aku ingat kisah betul, rupa²nya kisah fantasi khayalan semata. Nampak sgt karangan perempuan yg suka berangan. Sudahlah dik, nak tulis novel tulis je la novel, boleh jgk buat duit. Bosan sgt ke hidup kau sampai mengarang cerita cliche megah holding panjang² macam ni weh?
Bro. Senang je. Fokus kpd apa yg ada di tangan. Yg lain lain tu gangguan/dugaan saja. Bila dah setuju kawin, keep your promise. Focus. Itu saja.
Mmg cliché, ada jantan bodo, wat kerja bodo n confession bodo. Kau mmg layak dapat ex ko yg bodo tahap dewa tu. Mmg padan dah. Dah cerai jer isteri ko yg helok tu, ada jer jantan helok lain untuk dia. Ko mmg tak padan untuk dia
Perempuan baik utk lelaki yg baik… Zendaya tu walaupun mcm tu dah kena tipu, tapi tetap sabar. Dia pun banyak berkorban sebenarnya utk kau, Tapi kau BUTA DENGAN EGO KAU sendiri.
Kau kata kalau Zendaya dah x dara kau ceraukan dia dgn talak 3 sb kau x boleh terima org lain ratah badan dia dulu . Dah tu kau boleh pulak terima Sharon, yg badannya dah diguna oleh org lain? Beranak pinak pulak tu…
Org dah nampak baik bertudung labuh pun x semestinya baik tau… Tapikan, I think I both do deserved each other… Bagi korang berdua tahu hidup korang will be a bliss ke the other way… ZENDAYA DESERVES S9MEONE MUCH BETTER THAN YOU!!!!
Entah siapa yang salah…
Ku tak tauuuuu🎵🎶🎵🎶
Jrrrrreeeeeeeenggggggggggggggggg
entah lah bang, saya setuju sgt abg ceraikan wife tu sbb she deserves more. dri hidup dgn mindset kau yg sebegini, sedih betulllll. wujud lagi lelaki mcm kau ni rupanya. ke triggered wife lagi bekerja keras dri kau? sambung la hidup dgn duit bapak dan sharon kau tu. semoga maju jaya hidupnya, jgn tetiba nnti ada confession menyesal ceraikan zendaya ya bang, Allah baru uji kau sikit je ni. goodluck
Satu jer nak komen!
Kau lelaki paling tak bersyukur .. Tolong hapus lelaki mcm ni .. bawak dia ke padang pasir ketandusan sana
hello bro, focus pada benda depan mata , bukan cari masalah baru . kau je yg buat serabut masalah sendiri aku duk nmpak.
Satu je benda boleh cakap. Si khai ni mmg jenis tak bersyukur. Janda jugak yg ko kejarkan. Si janda tu nak kan ko sebab ko berduit ler, nak cari org boleh sara hidup dia dengan anak. Perempuan yg baik tak akan kacau rumahtangga org lain . Cikgu KAFA kunun
Lah ade part 2 rupenye, nak cakap same macam lagi kelaut. Sebelum kau buat part 3 baik kau solat istikharah dulu. Sharon tak bagi kau cerai dengan Zendaya?? Mengapakah? Adakah sebab die tak boleh terima kau yang akan hidup susah tanpa Zendaya??
Ok sekian. Solat istikharah banyak2 jangan ikut sangat nafsu kau tu