Aku tidak tahu di mana tempat lagi ingin menulis. Notepad di telefon sudah cukup muak memikirkan masalah yang aku hadapi.
Maka, terbuka hatiku untuk kesekian kalinya menulis di ruangan ini. Asalkan ianya tertulis, aku harap gelodak perasaan aku akan reda dan apinya malap semalap-malapnya.
Aku seorang yang sangat berdikari. (ya aku bekerja dan ibu bapaku sudah lama tiada) Seorang ibu kepada 3 orang anak. Dan hidup berjauhan dari suami.
Suami akan balik pada hujung minggu kecuali pada hari on-call. Maka seminggu itulah kami akan berjauhan.
Anak-anak tetap aku urus walau apa juga ujian sekalipun, sama ada anak sakit atau diriku sendiri hampir pengsan kesakitan. Mujur Tuhan selalu ada dan mudahkan urusan aku yang serba lemah ini.
Suami aku seperti biasa akan bekerja di negeri lain dan akan bertemu pada waktu tertentu.
Dengan ketiadaan anak-anak dan isteri disisinya, kurasa dia sunyi dan entahlah, mungkin tidak terbiasa dengan keadaan aku dan anak-anak menuntut perhatian.
Ironinya, menurut pemerhatianku, pasangan berPJJ ini akan menikmati masa bersama. Sweet dan begitu begini. Berbeza dengan aku dan suami.
Boleh dikatakan setiap kali bersama di hujung minggu, akan ada pertelingkahan. Suami selalu menuduh aku tidak mahu mengaku salah. Streotaip itu kutelan dan pendam.
Aku akui aku sejenis suka meluahkan rasa tidak puas hatiku sebelum ini. Bagiku berterus terang lebih baik. Namun tidak, suamiku melihat itu sebagai tidak hormat. Maka aku berazam untuk diam setiap kali marah.
Aku diam dan tidak akan melayan dia. Kerja-kerja rumah akan kubuat tapi aku akan diam membatu dan bersikap dingin kerana bila aku bercakap, aku akan marah dan akan menjadikan hujung minggu yang cukup buruk.
Aku berikan contoh, jika selama ini lelaki akan menunggu isteri bersiap, ianya terbalik buatku. Aku akan menunggu dia siap bersama dengan anak-anak yang telah aku siapkan.
Jika aku berterus terang kepadanya “cepatlah siap, kami dah siap ni” Maka dia akan membalas “SABAR BOLEH TAK?”
Contoh lain adalah, dia akan balik dan aku akan sedaya upaya mengemas rumah dan memasak makanan kegemarannya.
Hinggalah satu hari, dia penat mungkin, rumah agak bersepah. Tanpa bertanya apa kulakukan dia akan membentak “duduk rumah pun tak reti kemas”
Untuk pengetahuan, sekiranya dia mula meninggikan suara, aku akan membawa anak-anak duduk 1 bilik.
Kemudian dia akan mengetuk-ngetuk pintu dan mengarahkan kami buka pintu dengan kasar.
Aku malu kerana jiran pernah bertanya kepadaku tentang masalah itu. Tapi aku diamkan dan tidak memberitahu situasi itu kepada sesiapapun. Suamiku juga tidak tahu bahawa jiran terdengar suaranya yang kuat.
Suamiku marah-marah begitu namun belum pernah naik tangan kepadaku. Namun yang aku sedar, jika anak aku melakukan kesalahan kecil, dia akan memarahi mereka dengan teruk.
Mungkin ini perasaan defensif aku sebagai emak. Aku saja boleh marah anak aku dan aku cukup terluka jika anak aku menangis ketakutan jika bapa mereka yang membuat sedemikian.
Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Terjadilah satu pertengkaran yang aku cuba elak. Kerana aku sudah terlalu lama tidak bersuara.
Situasinya pada waktu malam, aku teringin memakan buah. Maka kami keluar ke pasar malam berdekatan. Suamiku hendak ke sebuah kedai sebelum kami berpisah semasa di pasar malam.
Isunya dia menelefonku namun aku tidak jawab. Aku berkata, aku memegang tangan anak dan barangan yang ku bawa penuh ditangan. Tambahan telefon aku dalam mode senyap.
Setibanya aku di parkir kereta. Dia membentak aku dengan suara yang meninggi “Berapa kali telefon tapi tak jawab?!” sambungnya “lain kali ada telefon, guna! Baik jangan pakai telefon!”
Malunya aku ketika itu kerana berada dekat dengan orang. Tanganku terus memegang erat tangan anak dan menunduk kebawah. Malunya tidak kepalang. Kukunci mulut agar tidak menjawab.
Sehinggalah esok paginya aku konfrontasi suamiku pasal malam tadi kerana dia seolah-olah tidak peduli dengan kekecewaan dan rasa malu aku ketika itu.
Seperti biasa, dia akan menyatakan aku tidak tahu salah dan lebih baik berpisah.
Ayat yang paling kubenci “baik kau cari lelaki lain” :)
Surprisingly, setelah dia ugut untuk berpisah, otak kepala aku seperti reboot. Tidak sakit dan tidak sesak.
Dan jika mungkin suamiku melepaskan aku, mungkin aku perlu mental yang lebih kuat dan menolak streotaip aku akan cari lelaki lain. Sungguh penat!!
– Rabbit Hitam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit