Alahai Pesakit Pun

Hai, assalamualaikum buat pembaca sekalian. Perkenalan awal, saya seorang doktor di hospital kerajaan tanah air. Berkhidmat hampir 10 tahun juga.

Sengaja ambil platform ini untuk berkata sambil meluahkan. Bukan nak marah. Tapi hendak mengajar dan bagi paham.

Pada pendapat saya, rata-rata rakyat malaysia sendiri masih belum faham sepenuhnya fungsi hospital dan bagaimana hospital bertindak.

Ya, tugas para doktor ialah merawat orang sakit. Tetapi bukan semua kesakitan harus dirawat di hospital.

Jadi, tulisan ini mejelaskan sedikit fungsi hospital dan realiti pesakit semasa.

Jika anda ingin tahu, realitinya, pesakit yang berkunjung ke hospital mencecah ratusan orang ramai. lebih- lebih lagi di bahagian kecemasan. Itu minimum.

Tetapi ironinya, tidak kesemua ber status kritikal dan perlu rawatan sesegera yang dipinta. Sebab tulah masa menunggu semakin lama.

Telan lah realiti itu pesakit sekalian. Ingat kalau datang hospital jangan complaint lama. Anda sendiri yang berkunjung ke tempat itu.

Ditambah pula ada rakyat jelata yang tak perlu pun berkunjung ke hospital. Tapi nak juga pergi. Hmmm. Layan je lah~

Jika anda ingin tahu, zon hijau itu sifatnya tidak kritikal. Bersifat boleh dipantau dirumah dan monitor di rumah.

Zon kuning itu, sifatnya separa kritikal. Kadang-kadang perlu masuk ke wad bagi tujuan rawatan dan pantauan, kadang-kadang boleh diberi peluang untuk dirawat dirumah.

Tetapi zon merah itu kritikal. Nak tak nak anda kena buat rawatan segera. Tapi, pesakit ni beranggapan semuanya kritikal. Semuanya mesti segera. Semuanya zon merah.

Atas sebab sikap inilah kita asyik dapat doktor kecemasan yang burn out. Moga Allah rahmati beliau.

Jika anda ingin tahu, ketika datang ke hospital, anda tidak datang dengan title datuk, orang kehormat ataupun datuk wira. Tapi anda pesakit.

Kalau meminta wad 1st class pergi lah ke hospital 1st class. Bukan minta rawatan dari hospital marhean yang kene bayar seringgit.

Mudah-mudah je ye nak pakai title datuk tapi pergi hospital seringgit. Tak malunya.

Jika anda ingin tahu, kami pihak doktor bukan menolak pesakit. Tapi menolak complaint yang tak masuk akal datang kecemasan. Contohnya:

– Rasa demam satu hari nak ambil mc je. Tapi padahal terbangun lambat sebab malam tadi bedal main badminton sampai tengah malam. Sambung lepak mamak pulak lepas tu. Takde alasan kukuh untuk tak bekerja.

– Tiga hari lepas datang dengan complaint sakit badan. Diberi ubat untuk mulakan rawatan, tapi datang balik dengan complaint yang sama. Bila ditanya makan ubat tak? Tak makan sebab takut jadi ketagih. Apa jadah?

– Datang dengan complaint patah tangan. bila ditanya macam mana tahu patah? Cakap bomoh tulang tukang urut yang cakap. Hmm power betul bomoh tu boleh ade mata x-ray ye.

– Nak quarantine di hospital kerana covid sebab takde sapa nak jaga kat rumah. Apa benda tu?

– Nak buat medical check up ditengah malam sebab dapat idea. Takleh ke tunggu esok pagi?

Banyak lagi complaint tak masuk akal bila dekat hospital ni. Nak buat macam mana. Hadap je lah~

Tapi pembaca sekalian, datanglah hospital kalau,

– Demam lebih seminggu walaupun sudah makan ubat seperti diarahkan.

– Anak2 kecil yang demam dan menunjukan simptom nafas laju, kesukaran untuk bernafas dan semakin tidak aktif walaupun sudah ada makan ubat.

– Serangan jantung, serangan stroke, serangan sawan.

– Sakit perut berpanjangan walaupun dah makan ubat.

Kuncinya disini, dapatkan nasihat doktor dimana-mana klinik dulu. Kalau perlu, mereka akan tulis surat rujukan yang sepatutnya ke hospital. Itu langkahnya pembaca sekalian.

Rata-ratanya rakyat malaysia ni dapat sakit atas perbuatan sendiri.

– Merempit atas jalan.

– Merokok sejak kecil.

– Tidak langsung menjaga tabiat pemakanan dan minuman.

– Melakukan seks luar perkahwinan.

– Tidak bersenam.

– Tidak ikut nasihat doktor.

– Percaya ubat kawan dari sumber makanan bersih.

– Percaya produk overclaim.

Pembaca sekalian, fahamilah dan bacalah dan bertanyalah pada yang ahli.

Sampai bila kita nak duduk dibawah mentaliti katak kalau kita boleh jadi manusia yang baik.

Assalamualaikum…

– Doktor perihatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ok ler tu byr seringgit, ada jgk modal dokter nk bagi alasan bagai, klu bayar mahal servis sama je standard kerajaan, korang nk ckp apa lak nnt? Bersyukurlah bermodalkan byrn singgit tu boleh gak dokter² yg bitter gini sedapkn ati sendiri.

    Pesakit bole buat pilihan gi kerajaan atau swasta, dah tue same ler juga dgn dokter. X dak org paksa kut korang kerja kt spital kerajaan tu. Owang kata hidup ni pilihan. X ske kerja spital kerajaan yg ramai pesakit, bukakla klinik sendiri, cari spital swasta yg workload x tinggi ke hape ke. Ramai lagi dokter kontrak yg nk masuk kerajaan kut. Kja nk senang, gaji nk tinggi, pas tu pesakit yg disalahkan. Selama 10 tahun kja tu hari² dok ratib pesakit salah itu pesakit salah ini hadoi laa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *