Masih Teringat Kekasih Lama

Aku Anis, seorang wanita bekerjaya, yang telah berumah tangga selama 3 tahun. Dan mempunyai seorang anak lelaki.

Ceritanya, aku berkahwin dengan suami sekarang ni atas dasar suka sama suka. Itu pun selepas aku melalui pulih dari fasa putus cinta yang agak teruk bersama bekas kekasih.

Aku & bekas kekasih bercinta hampir 8 tahun dan berpisah atas beberapa faktor. Namun kami tidak saling membenci,

Malah aku dan keluarganya juga saling bertegur memandangkan keluarga kami tinggal dalam satu taman perumahan yang sama.

Perihal bekas kekasihku, yang aku gelar dia sebagai A

Setahu aku, A juga sudah berkahwin, dan sudah mempunyai seorang anak.

Aku ingatkan selepas kami berdua berkahwin dan mempunyai kehidupan masing-masing, aku sudah totally move on dari hubungan yang lama. Namun aku salah.

Kerana aku tidak merasa bahagia bersuamikan suami ku yang sekarang.

Betul, aku berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun ternyata semuanya manis pada awal sahaja.

Selepas berkahwin baru aku tahu macam mana sunyinya ada suami yang hidupnya berpaksikan Game/ PC/ Youtube/ Anime.

Akulah yang menguruskan anak dari makan pakai, berak, tukar pampers, hantar ke rumah pengasuh, bermain dengan anak.

Aku juga yang memasak, mengemas rumah, membasuh baju, menguruskan hal rumah sendirian.

Dia cuma bekerja, makan, tidur, celik mata sahaja PC. Langsung tidak membantu. Aku tak rasa kasih sayang suami, aku tak diberi perhatian sewajarnya seorang isteri.

Semua ni membuatkan aku jadi teringat dengan A yang sifatnya jauh berbeza dengan suami aku.

Aku dapat merasakan dia adalah bapa yang baik, dia boleh beri sepenuhnya perhatian pada keluarganya, dia bukan peminat Gaming, dia orangnya solat, rajin ke masjid. Dan juga tidak merokok.

Aku tahu sebab sepanjang kami kenal 8 tahun, aku kenal keluarganya, aku kenal semua tentang A. Dia juga sangat prihatin, tak berkira masa, tenaga & wang ringgit pada aku.

Semua ini berlainan dengan suami aku, yang aku cuma baru tahu perangainya selepas berkahwin.

Aku mula mengharapkan yang satu hari nanti aku & A akan terserempak jika kami ke pulang ke kampung, aku mula mengharapkan A juga berfikiran sama & menghubungi aku.

Sehinggakan aku juga berharap aku berjodoh semula dengan A jika perkahwinan kami berdua sekarang ni tak panjang.

Aku benar-benar tak bahagia dengan perkahwinan sekarang.

Kadang kala aku menangis sendirian teringatkan A, walau aku tahu teringatkan A adalah dosa disebabkan status kami berdua. Suami & isteri orang.

Aku tidak pernah menghubungi A selepas berkahwin, hingga sekarang. Dan rasanya aku tak akan berhubung dengan A kerana aku tahu batasnya.

Namun, aku juga memohon kekuatan supaya Allah kuatkan aku, Allah buka jalan bagi aku untuk lupakan A.

Dan aku harap A dalam keadaan yang baik bersama keluarganya. Aku sentiasa doakan, in sha Allah.

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. “Aku rasa menyesal berkahwin dengan perempuan yang belum move on dengan masa lalu dia. Kalau aku tahu dia belum move on, aku tak akan jadikan dia isteri saya.”

    ” Wahai lelaki diluar sana, sebelum kamu menjadikan seorang perempuan itu isteri kamu, kenali sedalam dalamnya terlebih dahulu karakternya, sanggupkah kamu hidup bersama perempuan yang belum matang secara fikiran dan perasaan. Apakah lelaki tidak ada perasaan? Apakah lelaki perlu setia? Apakah lelaki perlu berkorban untuk perempuan yang masih dihidup dimasa lalunya?”

    Fikirkanlah💆🤦

  2. Kepada komen “suami tersakiti” ..
    “Menyesal kenal dgn lelaki yang belum move on daripada masa lalu dia .. Menjadikan aku sebagai isteri di kala dia masih belum move on itu hanya Allah yang tahu sakit nya ..”

    “Dengan alasan, dah move on tetapi masih simpan gambar dan video bersama.. dan takda rasa nk delete sebab masih sayang”

    Fikir fikir kan lah wahai lelaki ..
    Jangan menjadikan seseorang perempuan itu sebagai alat untuk melupakan yg lama , sebaliknya berkahwin lah kamu di kala kamu mmg sudah move on 100% ..

  3. Slm confessor.

    You bukan tak “move-on” dgn kekasih lama you.

    You keliru ni.

    Sebenarnya you sedang alami burn out dlm rumahtangga. You simpan kecewa yg amat sgt dgn suami you sampaikan otak dan jiwa you mula playing tricks by reminiscing your old flames.

    I suggest you kena minta nasihat dari org terdekat yg you percaya. You need to luahkan.

    Rujuk pejabat agama and bincang dgn suami dan keluarga. Kalau dah tak boleh teruskan, berpisahlah cara baik. Ingat you dan suami berkongsi zuriat. Dikala you nak mencari bahagia you, jangan sesekali pernah abaikan zuriat sendiri. Suami boleh diganti, anak amanah sampai akhir usia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *