Hai semua.. aku nak ceritakan pengalaman berkahwin selama 24 tahun dan kenapa aku gelarkan suami sendiri sebagai alien.
Namaku Orked. Dah sah memang bukan nama sebenar. 25 tahun lepas kami berjumpa di sebuah universiti di utara tanah air.
Walaupun kami sama tahun, tapi dia tua 6 tahun dari aku disebabkan dia bekerja dulu sebelum sambung belajar.
Di universiti dia popular dikalangan pelajar dan pensyarah disebabkan dia adalah salah seorang pimpinan pelajar dan matang berbanding pelajar lain.
Awal tahun 2000 dia melamar aku melalui sepucuk surat walaupun kami tak pernah berhubung secara langsung. Masa tu kami dah di final year.
Dia ternampak aku masa program career week di kolej kediaman dia. Aku masa tu tengah sibuk meniaga goreng pisang dengan kawan-kawan satu persatuan. Khemah jualan aku betul2 mengadap bilik dia.
Syok dia dok mencuci mata perhati aku goreng pisang. Aku masa tu punyala comot.. muka berminyak dengan jerawat, haha. Memang tak expect langsung ada orang dok usha masa tu.
Surat yang dia hantar tu bukan nak berkenalan tapi terus melamar tau! Terkejut aku. Berani betul mamat ni.
Aku agak dia rasa dia dah tua kot jadi takdak masa nak bercinta bagai.
Rupa-rupanya dia dah selidik latar belakang aku sejak dia ternampak aku hari tu. Macam cinta pandang pertama la ye, haha.
Rupa2nya kami berasal satu negeri dan satu daerah. Lagi senang dia dok selidik pasal aku. Sampai dah kenal siapa bapak aku.
Aku dengan dia amat berbeza. Dari personaliti dia seorang extrovert sedangkan aku introvert.
Lepas dapat surat tu aku ada tanya kawan-kawan yang lain. Semua cerita yang elok2 je pasal dia.
Ramai yang crush dengan dia tau. Sampaikan aku rasa rendah diri sebab ada jugak lecturer perempuan bujang yang suka dengan dia. Ni ikut apa yang rakan aku cerita la.
Aku tanya dia betul2 ke nak buat aku jadi isteri. Dia dengan yakin jawab dia dah buat istikharah dan yakin dengan pilihan dia walaupun rakan2 dia ramai yang tak setuju.
Iyala aku kategori muka awam je, haha. Taklah secantik macam sorang student yang rakan dia shipkan dengan dia. Sekarang ni terserah kat aku samada nak terima dia ke tidak.
Akhirnya kami kahwin awal tahun 2000. Lepas berkahwin kami menyewa rumah kecil je. Dia pun mulakan kerjaya dalam bidang marketing sebab dia suka bercakap.
Aku pulak pendiam. Kalau kat rumah aku lebih suka dengar dia cerita macam2 pasal orang yang dia jumpa.
Mesti pembaca hairan apa yang alien pasal dia ni. Rasanya perlu part 2 sebab cerita aku pasal suami aku ni panjang lagi.. Iyela dah kahwin lama kot.
Bulan 2 ni anniversary kami yang ke 24 tahun. Nak masuk suku abad dah, haha.
Kalau ramai like nanti aku buat part 2.
Ni pun dah pukul 12 malam dah ni. Suami aku dah bagi isyarat suruh tidur. Esok pagi nak bangun buat tahajud sama2.
Okay aku cau dulu. Adios.
– Bini Alien (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit