Miang Keladi

Assalamualaikum semua warga IIUM Confession. Pertama sekali aku nak mengaku, aku ni tak pandai nak bercerita sangat.

Aku menulis ni pun sebab nakkan pendapat korang yang berpengalaman dan nasihat apa yang perlu aku buat. Aku dah buntu.. Sebab benda ni dah lamaaaa.. Sangat2 lama.

Seperti tajuk di atas. Cerita ni pasal ayah aku. Ayah aku yang miang keladi.

Aku tak nak family yang lain tahu.. Cukuplah kami adik beradik sahaja. Aku nak inform awal2 cerita aku sedikit panjang. Terima kasih untuk korang yang baca sampai habis. Semoga Allah mudahkan urusan korang dunia akhirat. Aamiin..

Sebelum tu aku cerita sikit latar belakang family aku sebab benda ni akan ada kena mengena dengan cerita yang aku nak sampaikan.

Ayah aku pesara tentera manakala mak aku suri rumah. Jadi faham2 la.. Pesara tentera ni kalau pencen pun tak banyak pendapatan sebab ayah aku tak berpangkat tinggi pun.

Aku tak pasti ayah aku pencen waktu aku umur berapa tahun tapi yang pastinya.. Sejak aku tadika ayah aku dah bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Kami cuma ada 3 beradik dan semua perempuan. Aku anak bongsu. Kakak aku yang sulung dah kahwin.. Yang belum berkahwin cuma kakak aku no.2 dan aku. Sekarang aku dah berumur 24+.

Btw.. Aku duduk taman. Sebab apa aku mention? Sebab ada kaitan.

Ayah aku ni seorang yang panas baran, perengus.. Tak boleh ditegur tambah2 kalau yang menegur tu mak aku. Dia memang akan melenting. Dan ayah aku ego dia tinggi ya.

Ayah aku ni seorang yang tak pandai bergaul dengan orang. Tak pandai sembang orang kata. Aku dan kakak2 aku pernah berdoa yang kami taknak suami macam ayah. Kami dah cukup trauma.

Korang boleh bayangkan tak, dari kami kecil sampaiiii lah sekarang.. Ayah aku suka marah2.. Selalu bertengkar dengan mak aku.. Kadang2 benda kecik ja.. Tapi ayah aku mmg tak boleh dibawa bincang. Dia mesti akan marah mak.

Kami dah penat sangat dengan perangai ayah. Pernah kami duduk berkumpul.. Nasihat mak ayah.. Berbaik la sekejap lepastu jadi balik perangai..

Okay cukup sampai situ dulu pasal perangai ayah aku. So next aku nak cerita tajuk utama…

Perkara ni dah berlaku sejak aku sekolah rendah sampaiiiii lah sekarang ya. Aku tak tau la kenapa.. Aku lah orang pertama yang akan dapat tau dulu.

Ayah aku ada scandal. Aku sangat2 anti dengan isu ni. Aku benciiiii. Aku rasa Allah ni sengaja takdirkan aku sorang untuk “dapat kesan” dulu kecurangan ayah aku dan apa yang dia buat dibelakang kami. Dari dulu yaa..

Korang bayangkan aku masatu masih sekolah rendah. Nerd.. Budak2 yang taktau apa2 tapi aku pelik kenapa hati aku rasa terjentik untuk rasa “something wrong” dengan perangai ayah aku.

Korang tau.. Di usia semuda itu aku mula siasat. Aku rasa masa tu umur aku 11 tahun.. Kalau korang nak cakap aku busybody aku tak kisah.. Sebab ni soal maruah mak dan kakak aku.

Aku siasat dengan siapa ayah aku berhubung. Sejauh mana hubungan ayah aku dengan perempuan tu.

Zaman dulu telefon pun guna yang picit2 tu kan.. Fon tu boleh call dengan mesej ja kan? Aku cek semuaaaa.. Aku cek dengan sapa ayah aku mesej.. Dengan sapa dia call. Aku ambil no. Fon perempuan tu senyap2.

Untuk pengetahuan korang.. Ayah aku memang takut kalau ada orang main fon dia. Sebab tu aku boleh hidu aku ni peka sikit dengan sikap orang jadi sebab tu aku lah yang paling alert dengan perubahan ayah aku. Sebab apa nak takut kalau tak buat salah betul tak? Hahahha..

Cuba teka aku buat apa dengan no tu? Aku call perempuan tu hahaha.. Diumur 11 tahun ya aku dah berani. Sebab aku tak suka ayah aku buat macamtu dekat kami.

Masa tu mak aku dah tau.. Mak tak terkejut tapi aku tau mak sedih.. Aku act fool padahal dalam hati hancur weh.. Bapak sendiri kot.. Aku siasat perempuan tu duduk dekat mana.. Ada suami tak.. Kerja dekat mana..

Macam mana aku siasat? Aku pun dah lupa tapi yang pastinya aku dapat gambar perempuan tu. Aku nak bagitahu.. Punya hebat Allah ni.. Aku pi supermarket dekat2 dengan rumah aku.. Allah maha besar aku terjumpa dengan perempuan tu.

Actually aku tak tau tempat kerja sebenar perempuan tu cuma yang aku tau dia kerja dekat kawasan rumah aku ja. Masa tu aku dengan mak aku.. Aku lah yang dapat cam perempuan dulu perempuan tu.

Masa tu aku speechless, tergamam. Aku jadi macam “oooo dia ni la scandal ayah aku”. Tak cantik pun wei..

Tu baru sorang ya.. Lepastu aku masuk ke tingkatan.. Ayah aku curang lagi dengan janda.. Macam mana boleh tau? Setiap hari ayah aku akan hantar dan ambik di sekolah naik motor.. Lepastu, aku terperasan.. Ayah aku selalu ikut belakang sorang perempuan ni.

Lepastu bila nak dekat satu simpang ni ayah aku akan potong dia sambil senyum2.. Kalau moto tu dah jauh dekat depan, ayah aku sanggup bawak moto lajjjuuuu sebab nak duduk belakang pmpuan tu. Macam bodoh ja kan perangai?

Aku pun pelik la.. Sebab apa ayah aku buat macamtu.. Rupanya ayah aku tengah tackle makcik tu. Nasib baik makcik tu tak layan. Yang memalukan aku.. Makcik tu duduk setaman dengan kami dan mak aku kenal dia, anak makcik tu satu sekolah dengan aku. Malu wehh..

Hang dah kenapa nak kejar moto orang lepastu nak buat2 ramah. Lepastu aku dah tak boleh tahan… Selepas beberapa kali ayah aku buat macamtu.. Aku bagitau mak aku. Apalagi wehhh mak aku sound la.. Terus berlaku perang dunia.. Ayah aku memang tak la dia nak mengaku..

Aku boleh bezakan la antara tegur sebab ramah atau nak menggatal. Ayah aku bukan jenis tegur orang tau. Walapun orang tu ayah aku kenal dia takkan mulakan tegur dulu. Tapi kalau terjumpa perempuan yang dia kenal tak payah suruh..

Lepastu.. Ramaiii lagi scandal ayah aku yang berjaya aku siasat. Tapi kemuncaknya adalah baru2 ni. Kes kali ni memang aku betul2 dah taktau nak buat apa. Memang paling melampau dan palinggg jijikkk yang pernah aku jumpa.

Aku nak sambung lagi tapi macam dah panjang sangat la.. Aku berhenti dekat sini dulu okay? Nanti ada masa aku cerita kemuncak kesabaran aku selama ni..

Sebelum part 2. Korang boleh komen dulu tau nanti aku baca. Terima kasih korang sebab sudi baca luahan dari sekeping hati anak yang berkecai.

Anak yang terluka,

– Leeya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *