Rasa Diri Tak Berguna

Layakkah cerita aku ni disiarkan di sini.. Biasanya orang yang tak berguna ni dikecam, dihina… Ya, aku baru merasakan pedihnya dihina keluarga sendiri.

Nak mula dari mana ya, bila kau tak ada kerja dan pendapatan, tak ada rupa, malas dan bodoh… Memang betullah apa yang mereka kata. Orang lain rajin berjaya, kau memerap je menyusahkan orang pula.

Bila dah bodoh malas. Tak guna hidup.

Sakit tu, mencengkam jiwa. Tak guna sangatkah aku. Bodoh sangatkah aku. Mereka dah penat tengok aku yang macam orang gila ni, akhirnya kata yang dilontarkan tu, menikam dalam.

Sentap. Mengurung lagi dalam bilik. Seharian tak keluar…. Lapar, ke dapur juga cari makanan. Mereka bersabar lagi… Bukan tiap masa nak membebel.

Aku kena banyak bersyukur. Tak kena henyak sampai lumat. Tadi terbaca berita seorang gadis dipukul bapa dengan besi sehingga kepala jahit 12. Bapa mabuk dan dadah.

Aku sebenarnya pernah mabuk, dadah dan terlanjur. Kerja gila zaman remaja. Bila tersedar nak lelaki yang terjebakkan aku ke kancah maksiat tu bertanggung jawab. Kami nak kahwin.

Keluarga tak restu. Masih belajar. Tapi aku tak mahu berlarutan dalam maksiat. Terasa berdosa.

Tidaklah mengandung tapi rasa mesti hidup dengan lelaki yang dah merosakkan tu sebab tak mahu lelaki lain yang akan terima gadis yang dah disentuh…

Salah kah niatku selepas semua keterlanjuran itu. Aku sedia untuk terima kifarah… Aku mahu bertaubat.

Kifarahnya… Aku gila. Sehari sebelum majlis nikah dia putuskan pertunangan. Aku yang dah buat majlis berinai nak lari mana, pelamin dan jemputan dan dibuat…

Bermula waktu itu. Aku malu dan takut bertemu orang… Termasuk kawan baik dan saudara terdekat…. Aku kebuntuan. Kecewa dan benci diri sendiri. Rasa nak bunuh diri…

Tak habis belajar. Perlahan aku cuba kuat dengan memahami agama. Keluarga aku dulu juga jauh dari agama… Kini kami berdamai dengan kedukaan bila mula mendekati Tuhan.

Aku kembali hidup cuma sebagai orang yang menumpang dan takut dengan masyarakat. Aku tak berani keluar…

Syukur aku tak selamanya gila. Aku ada terjumpa kisah mereka yang gila sampai berbogel sahaja… Tak boleh fikir apa.

Dalam aku cuba nak memaafkan diri sendiri. Sebenarnya keluarga aku masih sulit nak menerima kejahatan aku dulu dan kemalasan aku kini.

Sakitnya memikirkan diri yang tak berguna apatah lagi bila melihat rakan baik dulu ramai yang sudah berjaya bahagia. Kenapa takdirku begini…

Syukur lah tak dibunuh kekasih gelap… Kes bunuh orang banyak sangat dah di sekitar kita. Syukur agar suatu masa aku akan jadi baik dan berguna.

Tapi… Hati aku sangat rapuh. Bila masa akan hancur berkecai andai ada yang membaling nista. Aku cuba maafkan tapi hati aku memberontak, aku terkurung sepi.

Aku kalau boleh… Mahu hidup ni baik je. Mudah je. Sebab ramai yang begini kan… Aku banyak doa tapi, aku tak kuat..

Bagaimana aku nak jadi diri yang baru. Aku takut nak keluar, takut dengan bayang sendiri dan benci dengan mereka yang memandang hina atau yang bahagia atas penderitaanku…

Duit pun tak ada, tak boleh sembang banyak. Otak pernah senget, orang tak suka. Mungkin ada kata keramat untuk hidup lebih berguna…

– Zina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Ambil lah masa untuk bertenang.. tak mengapalah berkurung dahulu.. kawan makcik zaman blajar dulu pon, kad sudah diedar, plamin, baju semua persiapan kenduri dah siap, tunggu nk akad nikah je, diputuskan juga ikatan oleh sang lelaki..kawan tu cerita dlm whatsapp je tp boleh lah rasa betapa kecewanya dia ditinggalkan x jd kawen… Sabar dik..niat awak baik, nk hentikan maksiat…tp x jd.. ada hikmah…tahu tak dik, perkahwinan tu bukan satu2 nya cara Allah kurniakan bahagia… Mungkin dengan niat awak nak bertaubat sungguh², Allah hadirkan dalam bentuk di luar perkahwinan.. mungkin kawan yang baik… Awak orang baik dik, sebab ada bertaubat xnk berdosa… Ketahuilah ramai yang masih peduli masih ada belas kasihan terhadap orang macam adik… Ambik lah masa bertenang…satu lagi dik, awk jangan ada fikir lg kemestian untuk hidup dengan org yg pernah sama terlanjur dengan awak…biarkan dia pergi… Awak layak hidup bahagia walaupun bahagia tu x semestinya hadir melalui perkahwinan…amik masa bertenang.. jangan gopoh..cuba cari kerja, simpan duit sikit2.. sambung belajar lg, mulakan hidup baru d tempat lain… Kalau rasa nk bunuh diri dan cederakan diri, pegi klinik kesihatan terdekat, cakap nk buat saringan minda sihat…sekarang ni pon rasanya kementerian kesihatan ada buat kerjasama ngan perkeso pasal pekerjaan… Dapatkan bantuan kat klinik kesihatan terdekat dulu.. nanti boleh bincang dengan kaunselor, rancang balik masa depan…semoga dipermudahkan… Kebahagiaan boleh dikecapi walaupun tidak datang melalui perkahwinan..jangan terburu bina hubungan dengan lelaki baru… Ambik masa selama mana yg di mahu untuk bertenang..

  2. 1. Hormati diri sendiri. Repair your self esteem. Sayangri diri
    2. Cari kerja yang gaji kecil (kalau susah dpt gji besar) tp ada life di rumah dan jauh dri environment kotor n jahat.
    3. Masuk group fb support group. Mcm mental health malaysia. Introvert suporrt bla3 di fb. Awak boleh juga cari kawan yg baik di situ. Seeloknya cari kawan yg sama jantina dan awak support dia dan diabsupport awak.
    4. Perbaiki hubungan dgn Tuhan. Rahmat Tuhan jauh lebih besar dgn dosa kita buat.

  3. 1. dekatkan diri dengan tuhan.
    2.bertenang Dan cari kerja.
    3. leoas kerja, dapat duit.happykan diri, happykan family.slow2 family akan terima awak Dan sayang awak.percayalah Yang penting awak kena kerja Dan dapatkan duit dulu.itulah realitinya.
    4. kalau awak nak kawan Yang baru.pleasee jangan sampai bunuh diri.saya faham sebab saya pun pernah rasa begitu dulu.saya boleh jadi kawan awak. pm fb vermouth pai.
    5. disebabkan awak bertaubat, awak berhak kebahagiaan dengan berkahwin dengan lelaki lain yg lebih baik.jangan bagitahu awak pernah terlanjur dekat sesiapa pun.itu rahsia awak dengan Allah Yang Maha menyayangi

    -dari manusia biasa Yang ingin berkawan,supaya bila Kita mati Kita dapat menziarahi kubur masing2.dan meninggal Dalam islam

  4. Hai, apa yang saya bagi ni pendapat individual. Jadi tak semestinya applicable untuk semua situasi.
    1. Live in present. Jangan lagi dah menoleh ke belakang. Sebab saya jenis yang stick to past & most of the time hidup saya memang serabut sebab kita penuhkan otak kita dengan benda yang tak perlu. Past is past.
    2.Tak mudah untuk melupakan the past, jadi saya cadangkan awak sibukkan diri dengan benda baru. Macam belajar skill baru, maksud saya awak alihkan fokus awak ke arah lain.
    3. Move to new surrounding. Kalau boleh awak berpindah ke satu tempat baru so that awak boleh start a new life. Sebab awak kerap berfikir pandangan orang² sekeliling awak.
    Awak hebat sebab Allah pilih awak untuk ada rasa serba salah tu, sebab awak pilih untuk make a move. It’s okay dik, bukan semua perkara berjalan seperti yang kita rancang, Allah ada tu susun atur yang lebih baik untuk awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *