Salam sejahtera reader. Saya perkenalkan diri, saya ibu kepada 2 orang anak. Sekarang tinggal di Labuan. Saya dan suami bekerja, asal kami dari semenanjung.
Apa yang menggusarkan hati saya sekarang adalah masa untuk membesarkan anak-anak menjadi anak yang berguna terutama terjaga akhlak dan sahsiahnya.
Apa yang membuatkan hati saya rasa berat dan sesak kerana baru-baru ini anak perempuan saya yang berusia 14 tahun mula bercerita di sekolahnya terdapat kawan perempuannya yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.
Saya perkenalkan anak saya, Lin berpewatakkan happy good lucky, suka bergaul dengan semua orang. Cuba menjadi yang terbaik untuk kawan-kawan dengan sikap easy going nya.
Cuma apabila dia mula bercerita tentang kawan sekelasnya yang terlibat dengan masalah sosial, saya mula bimbang dan wujud keraguan pada diri anak saya.
Walaupun kita sebagai ibu bapa mengatakan kita lah yang paling faham dan kenal dengan anak sendiri, tapi saya jadi seakan paranoid dan overthinking.
Saya tertanya-tanya kepada diri adakah cerita anak saya ni tentang kawannya, mungkin adalah cerita dirinya sendiri.
Anak saya memberitahu kawannya terlibat dengan hubungan sek* dengan senior di sekolah. Ada juga kenalannya di sekolah yang offer se*s melalui aplikasi tertentu.
Ada beberapa kumpulan (geng) pelajar perempuan yang suka keluar berhibur di kelab malam. Bila saya persoalkan, macam mana boleh masuk bukan bawah umur ke?
Anak saya memaklumkan keluar masuk pub untuk student adalah perkara biasa. Malahan Labuan yang kecil ini juga, terdapat brother2 yang payung budak-budak sekolah ni untuk masuk ke pub.
Mendengar anak perempuan saya yang berusia 14 tahun bercerita perkara ini sangatlah meresahkan jiwa saya.
Saya ada terfikir nak pulang ke semenanjung, tapi bila memikirkan ada juga terdengar saudara mara dan jiran di kampung bercerita anak si polan mengandung bawah umur, terus saya rasa terpana adakah hal sebegini sudah biasa dikalangan masyarakat kita.
Saya tidak mahu masukkan anak saya ke asrama, sebab sekiranya tersilap langkap tanpa pemantauan yang betul. Lagilah mudah untuk remaja-remaja ini terpesong.
Saya takut dengan dunia sekarang. Saya takut anak saya terjebak. Saya kesian dengan anak saya yang terpaksa lalui zaman mencabar sebegini.
Saya mohon pandangan dan cadangan reader. Ada tak amalan doa atau sebagainya untuk saya hindari anak saya dari terjebak dengan dunia maksiat ini di usia yang muda.
Saya juga mohon cadangan mana-mana sekolah yang tuan puan rasa, kurang masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Atau apa nasihat untuk saya yang tidak senang dan banyak fikir dengan isu ini.
Saya juga takut diuji sekiranya anak saya buat masalah sebegitu. Tolong saya para reader..
– Mei (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Selain daripada didikan yang sebaiknya, yakinlah dengan doa seorang ibu. Mohon lah doa supaya Allah hadirkan orang² yang baik di sekeliling anak-anak, sahabat² yang baik, guru² yang baik yang membawa dia kepada kebaikan. Mohon Allah jagakan anak² (lebih baik jika mampu sebut nama satu persatu) supaya ditetapkan iman, istiqomah dengan kebaikan.
Mudah-mudahan anak² ini terpelihara daripada fitnah dunia