Assalamualaikum, nama aku Vina (bukan nama sebenar). Aku straight to the point je lah ye, nak perkenalkan diri pun bukan orang kenal pun, haha.
Aku dah kahwin baru 1 tahun lebih tapi aku tak sengaja check phone husband aku, dia ada create account tiktok/ Facebook yang lain, guna nama samaran hanya untuk tahu perkembangan ex dia.
Korang tahu tak, repost tiktok husband aku tu penuh dengan quotes jiwang ye. Ada satu quotes tik tok dia repost “I wish I can have you again”
Pastu “I know it’s my fault for leaving you, but if I’m happy with my life right now, why i still can’t forget you. My heart longing for you” dia komen kat ayat repost tu macam tu ye.
Hah aku ingat betul lah ayat repost tu. Semua sedih sedih, dengan aku tak pernah pun dia jiwang macam ni.
Erm entahlah. Ada ayat “Kau tetap ada di hati walaupun orang lain yang dapat ragaku” hmm then ada lagi “kalau kita tak dapat bersama di dunia, harap kita jumpa di sana”. Ya Allah.
Ayat lagi satu “you are my home” “no one can understand me like you do”. “ Just stay there, I know the universe will reunite us”. “Jaga diri selalu”
Adduh kalau aku tulis semua benda yang dia repost ni memang tak akan habis lah. Semua ayat repost dia sedih sedih macam ni ye, komen pun macam orang yang betul betul baru putus cinta.
Bukan tu je, dia lupa delete kot dia ada chat ex dia, satu tick je. Mungkin ex dia dah lama block.
Husband aku chat “Aku tetap sayang kau, pemenangnya tetap kau, hati tak boleh dipaksakan” walaupun aku sendiri je yang sedih sebab perasaan aku ni. I’m sorry. It’s my fault but actually not my decision. Ayat dia macam tu.
Aku pun rasa pelik jugak, kalau dia sayang sangat ex dia tu Kenapa lah dari awal dia tak kahwin je dengan ex dia tu. Dia ibarat orang yang gila talak weh. Sebab yang aku tau, memang dia yang tinggalkan ex dia pastu tiber dah kahwin ni masih ingat ex ??
Aku rasa mesti ada something yang special yang aku tak ada kot sebagai isteri dia. Aku mengaku lah aku bukan perempuan yang baik untuk dia, aku tau kadang aku pandai je tinggi suara dengan dia.
Entahlah bila aku stress aku termarah dia. Sebab aku tak dapat attention, moral support. Dah lah PJJ. Korang faham tak, aku kadang rasa sunyi. Kahwin tapi macam tak ada beza je dengan yang bujang.
Aku terfikir yang dia kahwin dengan aku ni hanya sebab terpaksa?? Sebab bukan dia yang ditinggalkan ye tapi dia tinggalkan perempuan tu. Macam gila talak, dia baru pulak nak menyesal Sebab tinggalkan perempuan tu.
Dari awal kahwin pun, kami bukan pasangan yang boleh bergurau, bual secara random. Korang faham tak maksud aku. Kalau dengan kawan dia, family dia, bukan main lagi happy semacam.
Dia sayang betul eh ex dia yang terakhir sebelum aku. Hmm entahlah. Dari awal kahwin dia tak pernah lah bagi ayat romantic untuk aku. Bagi hadiah birthday pun tak pernah ye, hahaha wish pun ala kadar je.
Kadang aku fikir, dia ni betul betul sayang aku ke. Macam tak je. Sebab dia masih ingat ex dia tu. Lepas tu kami PJJ, dia pun selalu abaikan aku. Dia lagi pentingkan kerja dia. Dia tak ingat ke dia dah ada isteri.
Dahlah bagi nafkah pun dia lagi pentingkan keluarga dia berbanding aku sebagai isteri dia. Dia bukan tak pernah bagi tapi mostly duit dia lagi penting untuk dia laburkan untuk family dia. Aku tak nak cakap pasal bab duit ni.
Aku terus teringat berita artis Hafiz tu kahwin dengan first love dia walaupun dah ada anak dua. Kebanyakan tak boleh move on ye dari ex??
Sebab kalau aku lah. Dah kahwin tak perlu kot nak terkenangkan ex even ex tu baik macam mana pun. Fokus dah la dengan isteri kau, keluarga kau. Aku tak boleh brain.
Kalau hati tu masih ingat ex, masih belum ready nak kahwin, buka hati dengan orang lain. Kenapa teruskan?
Tapi laki aku ni teringat kan last love dia lah kot sebelum aku. Pernah je tanya, kenapa kahwin dengan aku, bukan ex dia. Dia kata, “dah takdir macam tu nak buat macam mana”. Dia boleh cakap macam tu.
Aku cuma nak tanya, memang normal ke orang yang dah kahwin tapi masih ingat ex dia? Bukan apa ye, aku pelik je.
Mostly yang aku dengar lelaki yang susah betul nak move on, masih ingatkan ex even dah kahwin, isteri pregnant pun masih teringat ex, dah ada anak pun masih ingat ex. Kenapa ye boleh macam tu?
Boleh ke lelaki yang tengok confession aku ni. Bagi komen, kenapa ada golongan korang ni masih belum move on walaupun dah kahwin, beranak pinak..
Normal ke kalau husband macam ni?
– Vina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Biar la somi tak boleh move on tapi awak kena move on. Bebaskan la diri dari somi tu..tu je nak nasihat sebelum awak sakit.
Maksudnya dia xhappy dgn ko la. so ko buatla apa2 cara sekalipun untuk buat dia happy. xkan tu pun nak ajar.
Tak de yang pelik. Perkara tu berlaku dalam hidup you pun kan.
I ada kawan yang ex dia cari dia selepas 25 tahun berpisah. Masing-masing dah ada keluarga. Bukan terjumpa secara tidak sengaja tetapi cari bersungguh-sungguh. Masih bercerita tentang kisah dulu – dulu semasa bercinta. Walaupun mereka tidalah sampai meninggalkan pasangan masing-masing tetapi kawan I kata mereka memang masih berhubung hingga kini sebagai kawan baik. Setakat itu saja. Mungkin sebab sudah berusia.
Semoga tt dapat keluar dari masalah ini. Samada suami berubah atau tt tinggalkan suami yang tidak jujur. Petanda dah banyak tu.
Aku tak pelik pon dengan confession ni, benda ni jadi dalam hidup aku. Ex aku tak move on even dah ada 3 orang anak. Aku adalah my ex first love, dia yang pergi dari hidup aku dan got married. 6 month before aku nikah, dia datang cari aku dengan berstatus suami orang. Hell no aku tak kan terima, sehingga hari ni dia masih stalk socmed aku. Biarlah masa yang buat dia move on, aku bahagia dengan suami & our little pumpkin