Common Sense

Assalamualaikum. Hai semua. Perkenalkan, nama saya Nunu. Sudah berumahtangga selama 4 tahun.

Saya cuma nak luahkan tentang keluarga in law memandangkan suami buat tak peduli dengan luahan hati saya.

Keluarga mentua baik, selalu memberi. Makanan, baju, kadang duit pun bagi sebab tahu kami kekurangan duit. Cuma satu je kekurangan, common sense.

Jarak rumah mak saya dan rumah mentua tak jauh. Cuma 10km, ambil masa 15 minit sahaja.

Yang menjadikan saya terasa hati, selepas lahirnya anak pertama kami tahun 2021 kami dah tak tidur di rumah mak saya. Setiap kali balik kampung, suami akan ajak tidur rumah ibunya, mentua saya.

Ibubapa saya cuma singgah dua kali sahaja itupun sekejap sahaja tak sampai 3 jam. Kalau melebihi masa, mentua saya akan call suami saya.

Apabila pulang je kat rumah mentua, mentua akan sindir² saya. “Tak ingat dah nak balik rumah?”.

Sampai macam tu keluarkan kata² menyakitkan hati padahal sebelum keluar saya dah tolong sediakan macam² di dapur sediakan makanan sedangkan anak perempuannya duduk je dalam bilik tak tolong apa2.

Kedua, setiap kali nak keluar ibu mentua saya akan suruh adik ipar lelaki ikut kami ke mana sahaja.

Kadang, saya nak lah keluar dengan suami sahaja. Nak ada sesi luahan perasaan. Tapi, adik ipar sentiasa mengekori abangnya, suami saya.

Semasa awal² kami berkahwin, nak pergi jalan² berdua adik ipar dah start nak mengikut kami. Mak mentua apa lagi, pergilah. Padahal saya tahu, adik ipar ikut ada tujuan. Jadi spy kepada ibu mentua saya.

Semasa berpantang anak pertama, saya nak berpantang di rumah mak saya. Mak mentua suruh adik ipar tidur sekali di rumah mak saya.

Ya Allah, saya berpantang dalam keadaan stress amat. Bertukar jadi garang. Terpaksa pakai tudung 24 jam ketika keluar bilik.

Suami saya? Nak kena jaga adik dia sendiri. Bukannya nak tolong tengokkan anak pertama kami tolong tengokkan adiknya.

Banyak lagi sebenarnya nak luahkan tapi tak terkira. Kadang masuk bilik kami (rumah mentua) ibu mentua tak ketuk pintu terus tolak pintu. Pintu pulak rosak tak boleh kunci.

Nasib baiklah masa tu tak bertelanjang. Saya baru selesai mandi. Mujurlah saya dan suami tak buat apa² masa tu.

Begitulah, ni nak balik raya Cina nanti entah apa mentua nak buat pulak.

Saya ni dah 3 tahun tak tidur rumah mak sendiri. Last sekali tidur, masa berpantang anak pertama. Anak dah masuk 3 tahun. Berpantang anak kedua pun ada ceritanya jugak.

Malasnya nak balik.

– Nunu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Aik? Dah 3 tahun masih menumpang rumah mak ayah/mertua? Yg saya faham, kalau tak tinggal di rumah parents sis, sis n suami kena tinggal di rumah parents suami. Macam tu ke? Kalau betul mcm tu, usahalah cari rumah sewa. Anak baru sorang so tak pe rumah kecil 2 bilik pun. Dan sis usaha untuk beli rumah sendiri, jgn join loan dgn suami ye.

    Dan utk isu mertua suka terjah, please learn to speak out and bila nak jalan berdua dgn husband je, please learn to say no to adik ipar.

    Bosanlah dgr confession yg lemah sangat ni.

    • Kene baca balik karangan di atas. Komen macam tak tepat.

      Yang bahagian speak out je yang kene.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *