Aku Yang Keliru

Nama saya Lalang (bukan nama sebenar). Keluarga saya tidaklah harmoni sangat. Ibu dan Ayah sentiasa bertengkar itu perkara biasa. Semuanya disebabkan masalah tidak cukup wang.

Saya rasa (ini andaian saya jelah) semua yang dari keluarga B40 akan mengalami masalah ini. Duit itu penting dan kita tidak boleh nafikan itu.

Saya melihat keluarga rakan2 saya dan keluarga saudara-mara saya sangat harmoni. Bercakap dengan sopan santun, banyak memuji dan tiada kata-kata kesat atau tengking-menengking.

Saya jadi hairan kerana selama ini saya anggap kata-kata kesat dan tengking-menengking itu normal. Ya, itu saya masa kecil sehingga di sekolah rendah.

Kemudian, saya masuk universiti. Saya bertambah hairan kerana perlakuan seperti menyuap makanan, makan berkongsi dalam satu pinggan itu rupanya normal.

Saya tak biasa buat semua tu di rumah. Saya rasa janggal namun lama kelamaan mula menjadi kebiasaan kerana saya mengikut teladan baik oleh rakan2 saya yang baik.

Saya mula stress setiap kali berada di rumah kerana saya mula sedar keluarga saya tidak harmoni.

Selama ini saya fikir keluarga saya adalah keluarga yang normal. Ibu dan Ayah boleh dikatakan sebagai seorang Muslim yang taat. Menjaga solat 5 waktu dan sentiasa mengingatkan kepada halal dan haram.

Namun, ibu dan ayah jarang menunjukkan kasih sayang antara mereka dan kepada anak2.

Kerana itu hubungan kami adik beradik dan hubungan kami dengan ibu ayah seperti robot. Janggal untuk peluk, janggal untuk suap, janggal cakap i love you.

Dulu2, saya adik beradik siap pernah bergaduh baling2 barang sehingga ada yang tercedera. Sampai tahap itu sekali hubungan kami. Tapi saya anggap itu semua normal.

Apa yang buat saya keliru, saya belajar Islam itu agama penuh kasih sayang dan Rasulullah itu penuh dengan kasih sayang. Saya betul betul keliru.

Apabila sudah dewasa dan tamat belajar, saya hindari berjumpa dengan kawan2 saya yang sudah berkahwin kerana saya janggal melihat kemesraan mereka bersama pasangan.

Seingat saya, ibu dan ayah tidak pernah mesra begitu walaupun mereka pasangan berkahwin.

Oleh kerana tidak mahu disalah erti oleh kawan2 yg sudah berkahwin, saya menjauhkan diri dari mereka setiap kali mereka ajak berjumpa. Saya tidak mahu dilihat aneh.

Sehingga kini, keluarga saya masih seperti ini walaupun semua sudah dewasa dan ibu ayah semakin menua.

Mungkin sebab masing2 belum berkahwin ataupun sebenarnya kami adik beradik trauma dengan perkahwinan. Ntahlah..

– Lalang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Tak semua yang kau nampak biruk yu adalah buruk. Syukurlah dengan apa yang kau ada dan hargailah keluarga sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *