Perjanjian Dengan Syaitan

Salam semua, aku Liana. Cerita ini tentang keturunan makcik punya suami, makcik ialah kakak pada mak aku.

Aku ringkaskan dari yang mak cerita, keturunan suami makcik semua yang lelaki akan “balik” semula selama 44 hari selepas meninggal disebabkan moyang dulu ada perjanjian dengan syaitan.

Waktu aku darjah 5 ayah kepada bapak saudara ini meninggal. Waktu ini mak semua macam takut sangat.

Malam pertama kami semua tidur rumah makcik disebabkan rumah agak jauh.

Benda yang isu bangkit semula seluruh keluarga tahu, so kami yang budak-budak dalam jam 9 semua minta untuk tidur.

Malam itu angin sangat kuat dan hujan renyai-renyai. Aku tidur sahaja dan tak tahu apa yang datang malam itu.

Esok lepas subuh mak terus ajak balik, sampai rumah mak kemas baju beg besar-besar, aku tanya nak pergi mana.

Mak jawab kita pindah duduk lain dahulu.

Mak sanggup sewa rumah dekat kampung sebelah disebabkan rupanya, hantu yang bangun semula ini selama 44 hari akan balik rumah dia, dan akan datang rumah orang yang dia rapat walau kawan.

Waktu form 3 baru mak cerita dekat aku apa yang jadi pada malam itu. Rupanya mereka semua berjaga.

Mak mertua makcik dah tahu tentang ini, so dia sediakan air cili garam letak di setiap pintu, macam panas kalau benda itu balik.

Mak kata memang balik dalam keadaan mengerikan dan susah nak lupa.

Mata terkeluar dan minta makanan, nenek simbah air cili bila nampak benda itu.

Anak-anak makcik kiranya sepupu aku, ada berkenan dekat aku bila meningkat dewasa.

Mak pesan jangan terima sebab mereka balik kalau mati. Siap masuk meminang, aku memang tolak atas dasar tak suka bukan sebab “balik” ini.

Berbalik semula kisah kami pindah rumah, kami menyewa dikampung sebelah untuk sebulan disebabkan mak takut benda itu datang rumah.

Jiran ada beritahu mak waktu malam rumah kami riuh rendah bunyi suara anak-anak, bunyi tumbuk nak masak dan lampu terpasang, sedangkan kami tiada dirumah.

Jiran juga nampak ada yang duduk di beranda rumah, naik bulu roma aku waktu taip cerita ini.

Selepas sebulan kami balik semula tapi masih tidak cukup 44 hari, mak anggap dah okay.

Malam pertama bau kapas barus sangat kuat, mak dah tak sedap hati tapi abaikan sahaja.

Mak dan ayah pagar rumah dengan ayat-ayat Al Quran. Malam itu ayah minta untuk belikan sardin di kedai depan rumah.

Dengan upah 40 sen aku memang laju sahaja. Selepas beli aku lintas jalan untuk balik waktu ini aku buat “pandang kiri pandang kanan baru jalan” aku pandang kiri ada bus stop kosong..

Aku senyum dan pandang kiri aku terkejut.. Di pokok pisang ada lembaga berbungkus seolah pocong, waktu ini aku tak boleh bergerak dan terus jerit ayah.. ayah.. ayah dan terus pengsan.

Aku sedar dah dalam rumah, mengigil ketakutan. Esoknya aku demam panas selama seminggu,

Itu pertama kali aku nampak dan aku masih ingat jelas sehingga kini. Cuma aku tak tahu itu adalah ayah bapak saudara atau tidak.

Aku pernah cerita pada cikgu dekat sekolah tapi mereka mempersendakan cerita aku, ejek dan jadikan bahan jenaka.

Aku tiada motif untuk menipu apa aku cerita adalah yang benar selepas itu aku dah tak cerita siapa pun tentang ini. Sebab ramai tak percaya.

Itu sahaja sampai disini, saja nak share cerita lama yang dah pendam. Aku juga nak minta maaf kalau keluarga makcik ada yang baca dan faham tentang isi cerita ini.

Terima kasih kepada admin IIUM Confession dan semua pembaca.

– Liana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *