Cobaan Nak Kahwin

Assalamualaikum semua. Pengenalan ringkas, aku wanita 20an dan sudah bertunang. InsyaAllah bulan Jun nanti aku akan disatukan dengan cinta hatiku.

Orang selalu kata, kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Begitu juga dengan perkahwinan. Sentiasa akan ada cobaan walau sebelum kahwin lagi.

Baru2 ni tunang aku ada call mengadu yang mami dia tengah merajuk dengan dia. Sebabnya dia tak belikan gelang yang lebih mahal untuk hantaran aku nanti. Gelang yang mami nak tu lebih dari bajet dia.

Dia dah cuba bagitau mami yang bajet dia banyak tu je, tapi mami masih berkeras nak dia bagi lebih, sebagai tanda menghargai.

Menangis jugalah tunang aku siap tanya aku boleh terima ke tak pemberian dia tu sebab dia takut aku rasa dia tak hargai aku.

Aku pulak memang tak kisah. Dia cakap nak bagi gelang pon aku dah seronok sangat dah. Aku tak expect dia nak bagi gelang, ingatkan cincin je. So aku memang tak kisah.

Takdelah murah sangat gelang tu 2000+ juga. Tapi mami nak juga yang 3000+.

Aku tanyalah kenapa agaknya mami nak sangat gelang tu. Dia kata mami tu nak menunjuk ja. Dia kenal sangat mami dia tu.

Kalau dari pihak aku, memang takde masalah. Family aku jenis suka bersederhana. Masa tunang dulu pon dah nampak beza family kami.

Hantaran aku punyalah simple, gubah pon sendiri je. Hantaran dia mewah, semua mahal2. Sampai naik segan aku.

Buah dan kek pon aku beli dalam kampung je. Sebab keluarga aku sibuk uruskan majlis. Makan2 buat dekat rumah kami. Memang takde yang sempat ke bandar.

Sampai sekarang aku masih segan dengan pemberian yang tak seberapa tu.

Hantaran pon mak aku minta ikut kemampuan dia ja. Asalkan dia tanggung semua hantaran tu, takde istilah kongsi2. Kadang orang kan hantaran 14k tapi kongsi L/P.

Jadi tunang aku setuju nak bagi 10k. Kitaorang pon setuju. Memang 10k tu dia simpan sendiri hasil titik peluh dia. Tak minta pon dekat sapa2.

Duit hantaran dulang pon dia tanggung sendiri. Temasuklah duit beli gelang. jadi memang tu jela bajet dia untuk gelang tu.

Dia pon ade target nak simpan untuk selepas kawin juga. So aku memang sokong plan dia. Kitaorang setuju untuk bersederhana ja untuk majlis nanti.

Tapi sekarang ni mami memang merajuk betul dengan tunang aku. Tunang aku kata tak nak ikut mami sebab alasan mami tak munasabah. Yela beli mahal untuk menunjuk pada orang je kan.

Aku pon offerlah juga untuk support beli gelang yang mami nak tu, tapi tunang aku bekeras taknak ikut cara mami.

Mami cakap yang tunang aku tak menyimpan padahal aku nampak jerih perih dia kumpul duit.

Merajuk dia dengan mami. Sedih sangat dengar dia luah. Malu dia sebab dorang sampai bertekak dekat kedai.

Tapi aku masih risau kalau2 berpanjangan rajuk mami. Aku masih buka offer untuk support kalau2 rajuk mami tak surut.

Korang rasa macam mana, patut ke kami tetap dengan pendirian kami dan berkeras dengan mami atau patut ke kami ikut mami. Jatuh ke air muka mami kalau kami berpendirian begini.

Dan macam mana dengan selepas kahwin nanti. Macam mana kami nak terus tetap pendirian untuk hidup bersederhana dalam kemampuan tanpa hiraukan kata2 orang terutama sekali mami.

Aku dah biasa dengan circle yang bersederhana, tapi belah tunang aku mungkin lain. Korang ada tips tak. Banyak2 terima kasih yang sudi kongsi.

– Tunang orang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Tak perlu ikut kata mami tu. Lebih baik bersederhana. Acara majlis satu hari sedangkn pasangan akan lalui alam perkahwinan seumur hidup. Jangan dilayan rajuknya. Dia hanya nak menunjuk2 membangga konon anaknya banyak duit beli gelang mahal. Simpan duit untuk jalani kehidupan selepas majlis. Banyak lg nk guna duit di alam rumahtangga. Nnti yg tanggung awak dn suami jg.

  2. ckp la ngan mami tu:
    apa kata mami sponsor sikit gelang pulut dakap.. alang2 nak menunjuk kita tunjuk betul betul..hihihi
    tapi duit mami laaaaa
    kikiki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *