Salam semua. Aku Orked. Aku nak mintak pendapat semua. Awal tahun 2023 tahun lepas, ketika sambutan tahun baru, adik aku Aprikot tak pulang ke rumah kami dan beberapa hari tak dapat dihubungi. Cuma adik iparku yang pulang ke kampung masa tu.
Adik ipar ni aku namakan Avokado. Aku diberitahu masa tu Aprikot ada tournament Bola Jaring.
Pada mulanya aku takla syak apa-apa. Pada malam tahun baru 2023, aku terdengar perbualan mak dan adik perempuan aku, diorang bercerita dengan nada berbisik tentang adik aku Aprikot.
Setelah aku risik dengan adik perempuan aku, rupanya adik aku Aprikot tengah buat hal. Avokado mengadu dekat adik perempuan aku yang beberapa bulan lepas kahwin, adik aku berubah 100%. Tak pernah kasi nafkah, semua hal rumah Avokado setel sendiri.
Aku lebih percaya Avokado dari adik aku sendiri sebab adik aku sampai sekarang takda nak ambil tahu hal di kampung, dan paling susah nak bertanya kabar mak di kampung.
Beberapa hari lepas tahun baru, kami dapat call Aprikot. Dalam masa yang sama, aku stalk satu persatu kawan adik aku dekat Instagram. Dekat salah satu story follower dia, aku nampak adik aku. Lepak dengan geng2 netbal.
Ya, adik aku lelaki main netball. Tu normal je. Tapi bila aku stalk kawan2 dia, baca komen2, aku rasa nak muntah pula. Semuanya macam lelaki2 gay yang ambil gambar dengan post2 yang menggelikan, yang bagi aku lelaki straight takkan ambil gambar macam tu.
Jadi aku tunjuk mak aku gambar2 adik aku yang dalam story kawan dia tu. Mak aku call adik aku nangis-nangis, sebab adik aku tak dapat dihubungi dah berapa hari.
Ko bayanglah, tidur asing dengan isteri hampir setahun, keluar malam taktau pegi mana, Avokado balik rumah makan sorang. Aprikot tak pernah ambil tahu makanan ada atau tidak atas meja.
Avokado ni, baik sangat orangnya. Lepas setahun diabaikan baru dia bercerita dengan kami. Aku dan yang lain memang terkejut masa tu.
Mak aku decide nak pergi rumah diorang beberapa hari lepas tu sambil nak bawak adik aku jumpa ustaz. Mula-mula aku tak faham jugak kenapa nak kena jumpa ustaz.
Mak aku cakap, adik aku asyik berkepit dengan kawan dia si X. Budak X ni satu tempat kerja Aprikot, geng netball dia. Mak aku takut kena guna-guna. Bila ustaz cek, takda apa pun.
Puas aku dengan adik beradik aku nasihat si Aprikot ni. Ingatkan dia tentang tanggungjawab sorang suami. Kadang aku terpikir, adik aku ni tak puas bujang ke. Sebab kahwin dalam masa baru bulan pertama kerja. Tapi masa tu PKP, dan mak aku sponsor semua perbelanjaan kenduri.
Fast forward, dalam setahun ni, aku ingat adik aku ada perubahan. Bila raya, diorang dah balik sama-sama. Aku sponsor kitorang berjalan pegi bercuti oversea sama-sama Avokado, Aprikot aku dan mak. Adik aku memang jenis pendiam, so aku ingat macam normal je semua.
Sampailah baru ni, Jan 2024, Avokado call aku. Avokado cakap, baru ni dia nak bangun awal pagi pergi kerja dan adik aku masa tu masih tidur. Dia tergerak hati nak tengok telefon Aprikot.
Terkejut Avokado bila tengok wasap adik aku dengan nombor yang dia save 777. Perbualan dalam tu sangat menjijikkan. Aprikot siap panggil budak tu daddy.
Aku rasa macam sedih betul dengan adik sendiri. Padahal dia kahwin dengan Avokado, girlfriend dia masa sekolah kot! Avokado sempat ambil gambar dan send kat aku. Aku tak sangka rupanya lepas setahun adik aku makin teruk.
Avokado terlalu banyak makan hati. Avokado wasap aku, yang dia dah tak tahan betul sekarang ni. Dia nak berpisah dengan Aprikot.
Walaupun Aprikot adik aku, tapi aku sokong Avokado. Aku rasa cukuplah nak masuk 3 tahun Avokado membazirkan hidupnya dengan orang yang tak tau menghargai.
Tak kisahla bujang atau dah kawin, bagi aku kita hidup kena gembira, bermanfaat dekat orang lain. Cuma sekarang ni, kalau diorang jadi berpisah, aku cuma risaukan mak. Mak aku terlalu nak menjaga namanya sebab mak aku orang yang disegani dikampung kami.
Jadi dia selalu cakap yang “nanti apa orang kata” bukannya tentang apa Allah kata. Dan mak selalu menangkan anak lelakinya.
Kalau aku bercerita pasal mak memang panjang, cukuplah aku katakan yang adik beradik aku berjaya break the cycle dan tak nak berfikiran macam mak.
Aku buntu macam mana nak buat benda ni jadi lebih baik sebab Aprikot tetap menidakkan semua walaupun kantoi.
Kalau aku minta Avokado bersabar pun tapi sampai bila. Sampai bila kena hidup macam orang bujang, sedangkan dia isteri orang.
Nak pisahkan adik aku dengan kawan dia X tu aku taktau caranya. Sebab kalau tengok wasap tu, ayat diorang betul2 nak hidup semati bersama. Aku nak ubah adik aku jadi normal semula. Mohon beri cadangan semua.
– Orked (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kejap adek kejap apricot kejap avocado, len kali gitau siap” adik ko laki ke pempuan. Mula aku bc gay tu aku assume laki tp kt bwh men bola jaring ingat pempuan, tiber eh sebut tak bg nafkah pulok…ruponya mmg laki. Aduilaa.
Same goes to me. I’m confused mulanya. Better guna nama samaran je senang. But i think adik ipar u patut je berpisah setelah 3 tahun dia bertahan. Maksudnya dia cuba pertahankan istananya tp nmpaknya xde jln. Bukan dia x mencuba. Nampak dia syg pd suaminya di situ. Bukan senang trseksa zahir batin. Terseksa jiwa raganya. Kesian.. U deserve someone better dear.
Tak payah jumpa ustaz. bab gay ni bukan sebab buat. tu sifat mereka. Hanya mereka sahaja boleh ubah diri sendiri dan bertaubat. Bekas suami saya juga gay. Selepas kahwin baru keluarga dia tahu. itu pun setelah saya mengadu saya tidak diberi nafkah batin sejak bernikah 3 tahun. Mula syak disihir ke apa. Mertua bawa p berubat. Takda sihirnya pun. sekarang saya dah bercerai. tapi masih sakit hati, kecewa, geram. Si tak guna tu masih seronok dengan pasangan serumah dia yang gay. Dia sehingga sekarang block ibu kandung dia dan adik adik dia. Sebelum ambil keputusan bercerai, pelbagai cara saya cuba selamatkan rumahtangga. tapi dia takda usaha langsung. Dalam mahkamah masa lafaz cerai, duk buat nada sebak. Sakit pula hati dengan lakonan dia. Orang gay ni pandai berlakon yer. Ramai orang boleh tertipu dengan lakonan mereka ni. Tapi sampai bila lakonan nak bertahan? Saya sekarang benci tengok lelaki.