Mengharap Peluang Kedua

Assalamualaikum buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT.. 

Perkongsian aku ini adalah untuk meminta pendapat atau ada diantara kalian ingin berkongsi pengalaman yang sama seperti aku, segala nasihat atau kecaman aku terima dengan hati yang terbuka.

Aku merupakan ‘bekas penagih’ yang dalam proses untuk berubah ke arah lebih baik tetapi ada ketika aku tewas lebih² lagi dalam mengawal emosi sehingga memberi kesan kepada rumahtangga yang aku baru bina belum sampai setahun usianya..

Aku berkawan dengan isteri aku sudah lama jadi isteri aku sudah tahu segala kisah silam aku keluar masuk penjara.

Pendek kata segala tentang aku dia tahu sehingga lah kami ambil keputusan untuk berkahwin, bermula lah ujian diatas khilafku sendiri..

Sesiapa ada ahli keluarga atau pasangan yang terjebak dalam najis dadah dan sedang dalam proses pemulihan tahu la betapa struggle nya untuk melawan diri dari terjebak semula lebih² lagi dalam mengawal emosi ‘baran’..

Selain dari kekuatan diri sendiri sokongan dari keluarga/pasangan amat² diperlukan.

Aku pendek kan cerita, selepas berkahwin isteri aku berubah selalu tarik muka, layanan yang dingin sesekali bila aku tanya apa masalah jawapannya ‘tiada apa’..

Respon seperti itu aku rasa tak puas hati, aku mula lost control tanpa sengaja aku telah mengasari isteriku.

Demi Allah aku tak berniat untuk berkasar aku sekadar inginkan penjelasan mengapa dia berubah sedemikian rupa..

Untuk pengetahuan semua aku berkahwin dengan janda (anak2 dah besar) dengan aku merupakan perkahwinannya yang ke-3.

2 bulan selepas kejadian isteriku minta izin untuk balik ke rumah keluarganya untuk seketika, aku izinkan, aku tak dapat ikut sekali atas tuntutan kerja,

Tak lama selepas untuk aku dapat whatsapp yang sangat mengejutkan isteri ku meminta cerai atas alasan sikap panas baran aku dan dia tak boleh terima lagi.

Jauh disudut hati aku masih sayangkan perkahwinan ini dan aku berharap masih diberi peluang untuk aku perbetulkan keadaan, aku benar² menyesal,

Aku pernah pergi ke sana untuk berjumpa isteriku untuk memujuk nya kembali kepangkuanku malang nya isteri aku tak mahu berjumpa dengan aku, mungkin masih marah aku akur..

Isteriku telah bercerita masalah rumahtangga kami dengan keluarganya tentang aku berkasar dengan nya, oleh kerana aku ‘bekas penagih’ mungkin keluarganya beranggapan kedatangan aku ketika itu untuk membuat kecoh,

Dan mereka memberi amaran kepadaku agar jangan menganggu adik mereka buat sementara jika aku berdegil mereka akan laporkan kepada polis..

Kedatanganku hanyalah ingin menjernihkan keadaan sahaja sebab aku tau semuanya berpunca dari sikap ku yang baran..

Dalam tempoh perkahwinan kami sekali tu sahaja aku bertindak agresif.

Demi Allah, aku tak bersedia untuk akhiri perhubungan ini.. Kini kami berjauhan aku pun dah tak dapat berhubung dengan isteriku kerana sudah di block.

Tak mengapa lah jika ini kifarah pada dosa2 ku yang lalu aku redha.. Tetapi aku masih hendak selamatkan perkahwinan ini..

Aku sudah buntu apa lagi yang perlu aku lakukan.. Sekarang aku serahkan segala2 nya kepada yang Maha Esa.. Aku anggap segala ujian ini untuk aku lebih mendekat diri pada Allah SWT..

Andai panjang jodoh kami akan aku jaga rumahtangga kami sebaik yang mungkin dan aku tak akan mengulangi kesilapan yang lalu.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati ku.. 

– Encik Suami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *