Murahnya Panggilan “Sayang” II

Untuk part I, (https://iiumc.com/murahnya-panggilan-sayang/).

Assalamualaikum, aku sambung confession aku di sini. Baca semua komen korang, rasa lucu, geram pun ada.

Korang fikir aku ada perasaan dengan dia? Celah mana ada perasaan sedangkan aku tak pernah jumpa dia.

Sebelum aku reply mesej dia tu, aku stalk fb dia. Ya, dia memang senior aku. Aku nampak muka dia, gambar dia. memang dia. Beza 2 tahun je.

Bila aku tengok, ada gambar yang kena tag tu, gambar aku pun ada sekali jugak. Aku ada dalam gambar tu rupanya, dalam program sukarelawan masa di Universiti.

Betul lah, dia menang senior aku. Tapi pelik, tak pernah kenal dia pun masa tu.

Dan dia bukan laki orang, maybe Boyfriend orang la tu. Kita mana tau. Kot kot buaya.

Rupanya aku pun berkawan dalam media sosial secara tak sengaja dengan kakak dia ye hahaha. Manalah aku tau, kebetulan kot. Sebab memang satu kampung je.

Korang fikir aku desperate sangat ke nak ada relationship? Aku tak ada perasaan dengan dia pun seriusssss..

Aku memang dah bertegas dengan dia banyak kali, dah dia bengap tak faham bahasa, siap buat another account sampai dua kali.

Lepas dia buat fake account lagi satu, aku terus bertegas.

“Kau jangan fikir dengan rupa kau, yang boleh la ada rupa, dan kerja yang kononnya bagus tu. Kau boleh senang senang dapat mana mana perempuan yang kau nak.

Kau fikir aku perempuan macam tu lah, senang senang cakap sayang. Fikir terus jatuh hati lah, jangan jadi lelaki murahan. Jangan membuang masa”

Hah ni memang betul. Kalau boleh aku masukkan ye screenshot chat kitorang. Hah lepas tu dia pun reply,

“Sampai hati ye cakap macam ni. Aku ingat kau ni lain. Ingat jenis ayu, jaga bahasa, soft spoken. Ok tak apa, memang buang masa kan. Tak nak tegur dah”

Tengok, dia merajuk lagi kan?? Hahahaha aku terus Block dia. Semua laman sosial dia aku Block.

Tapi itulah, kakak dia ni tiber ada chat aku, cakap. “Jangan lah block dia, mungkin dia hanya tersilap langkah. Berilah dia peluang”

Aikk tak faham aku hahaha. Cara kakak dia cakap, macam kita ni dah ada relationship.

Tapi, aku seen je chat kakak tu. Esoknya, baru aku reply buat buat tak tahu. “Maaf kak, saya baru dapat reply, busy banyak program kat sekolah”

Bukan hari hari pun dia chat aku. Masa dia cuti tu, dia chat aku. Masa cuti dia tu lah, dia clingy sangat. Addoi.. aku ghosting je dia.

Ya Allah. Memang aku lambat reply bukan ada niat sengaja lambat. Sebab memang busy. Pasal dia kerja Aviation tu, aku tak rasa pun dia kerja pilot.

Ada yang komen, Cakap aku kemaruk dengan dia lah. Aku memang dah pernah Block dia. Hahaha tapi dia chat aku di WhatsApp, dia kata jangan Block. Dia janji tak ganggu aku.

Tapi hahh buat lagi, kacau jugak. Dah banyak kali aku bagitau, kita tak ada apa apa, jangan anggap kita lebih dari kawan. Tak faham bahasa lelaki tu.

Aku meluah di confession tu, saja je lah nak tanya pendapat korang. Aku dah Block dia lah. Tapi dia create another account lagi. Penat lah nak Block lagi. Aku pun ada kerja.

Aku memang tak ada perasaan pun dengan dia. Bukan dia je lelaki yang chat aku macam tu. Tapi elok je tak ada nya bersayang sayang. Ok je kawan macam biasa.

Fikir aku ni kemaruk sangat ke even dia ni ada rupa kerja bagus tu. Tak hamak pun lah.

Confession aku ni sebenarnya lebih kurang je dengan “perkenalan yang membuang masa” tu. Korang ni pilih kasih eh. Confession kat sana positif je komen, hahahaha, kenapa aku, lain pulak komennya. Macam aku yang suka dia.

Ya Allah. Dia yang sibuk sibuk jadi buaya weh. Aku cakap dia ada rupa, ye memang betul tapi aku tak suka.

Oklah sekian confession saya..

– Adara Kesuma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *