Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan. Tujuan aku menulis kali ini adalah untuk berkongsi dilema yang aku hadapi selama ini.
Aku seorang rabun warna. Aku mula sedar akan kejanggalan atau something wrong with my eyes ketika aku berusia 7 tahun. Waktu itu setiap kali ke sekolah aku akan tengok lampu isyarat di jalanan. Waktu itu tiada yang pelik bagi aku. Everything looks normal.
Sehinggalah kita diajar akan fungsi lampu isyarat dengan warna dia. Semua maklum bahawa lampu isyarat hijau adalah dibenarkan untuk bergerak/jalan, kuning untuk bersedia, dan merah adalah berhenti. Bila aku tahu benda ni, aku cannot brain. Terus otak aku jadi confuse.
Sebabnya setiap pagi apa yang aku nampak adalah… putih, kuning, dan kuning pekat. Puas mata aku mencari dimanakah warna hijau and dimanakah warna merah. Memang sampai ke sudah aku tak jumpa. Hijau tu aku terang-terang aku nampak putih.
Dan selepas dari itu maka bermulalah titik-titik janggal dalam hidup aku.
Kebiasaannya semasa di bangku sekolah rendah kita banyak bermain dengan warna dan lukisan. Ironinya, aku ni adalah sedikit bakat untuk melukis dan selalu menyertai pertandingan di sekolah, majalah maupun di kaca TV dan selalu juga menang.
Namun kesukaran buat aku adalah untuk memilih warna yang betul ketika sesi mewarna. Jika diberikan pensel warna Luna, aku memang tidak akan mencampur-campurkan batang pensel.
Dari mana aku ambik, disitulah aku susun dan simpan semula. Jika dicampur, maka porak perandalah otak aku nak mengenal pasti setiap batang pensel semula.
Masa kecil aku agak struggle sebabnya aku tidak mendedahkan yang aku tidak boleh mengenal warna. Malu beb kena perli dengan kawan-kawan. Jadi aku memang act normal macam budak-budak lain.
Aku masih ingat, bila masuk sekolah menengah, ada satu ujian berkenaan rabun warna. Waktu itu, kami diberikan beberapa jenis ujian yang mana aku dan seorang lagi kawan aku yang juga rabun warna tidak dapat menjawab soalan ujian itu dengan betul.
Teruk beb kawan aku kena gelak oleh kawan-kawan yang lain. Aku bila nampak kawan aku kena gelak, aku jadi auto down. Terpikir, lepas ni aku pulak jawab salah..aku pulak digelakkan oleh mereka. Secara tak langsung aku hilang keyakinan diri.
Ada satu masa, aku dapat offer masuk ke sekolah berasrama penuh dan tentunya memerlukan medical test daripada doktor. Aku pergi medical test dan aku terus-terang pada doktor yang aku rabun warna.
Maybe doktor tu nak bantu aku lulus medical test tu, doktor tu kata “Awak tipulah awak rabun warna, cuba tengok gambar ni, nombor apa yang awak nampak?”…terus terang aku memang tak nampak langsung nombor apa yang muncul dalam test tersebut.
Korang tahukan test rabun warna yang detect number dalam bulatan tu. Doktor cincai-cincai dia bagi aku lulus. Maka dapatlah aku masuk ke sekolah berasrama.
Sewaktu aku menduduki SPM, kertas soalan Biologi, Kimia, dan Fizik adalah berwarna. Maka ada soalan-soalan objektif dan subjektif yang sememangnya memerlukan kita untuk mengenal pasti warna.
Contoh masa tu, soalan Biologi..kembar seiras tapi warna anak mata berbeza. Aku main hentam je jawab soalan tu. Nak tanya cikgu aku malu. Jadi aku main teka je warna apa yang aku nampak.
Sama juga dengan Fizik, boleh pulak dia tanya kod warna perintang. Aku tak nampak weiiii…Serius waktu ni aku sangat-sangat malu nak beritahu pada cikgu akan masalah yang aku hadapi.
Seterusnya bila aku nak masuk universiti. Sewaktu nak pilih kursus tu kan, aku sebenarnya nak ambik achitecture sebab minat aku dalam melukis dan design. Malangnya syarat kemasukkan awal-awal dah bagitahu yang calon tidak boleh rabun warna.
Sementelah untuk kursus arkitek perlu melalui temuduga dahulu. Hampa sangat aku waktu tu sebab aku tak dapat nak optimise potensi dalam diri aku.
Aku bertukar ke kursus kejuruteraan pula. Rasa seperti dianak tirikan pon ada. Sesetengah kursus meletakkan syarat tidak boleh rabun warna. Pilihan kursus aku agak terhad dek kerana kekurangan aku.
Aku nak jadi someone but cannot. Dihalang oleh diri aku sendiri. Apatah lagi kalau aku memilih untuk menjadi pilot, lagilah kena tendang awal-awal.
Waktu ni aku pasrah. Pilih je kursus mana yang boleh. Supposedly university becomes your training place before you get into your career but it seems like not for me. So aku rembat jelah kursus mana yang boleh.
Seterusnya ketika aku mengambil ujian lesen. Ya ampunnnnnn… Aku rasa ujian lesen lebih susah dari SPM. Rasa beban dan berat gila otak aku. Aku ego. Berlagak normal walaupun sebenarnya hampeh. Aku seboleh-bolehnya nak lulus ujian lesen komputer sama macam orang lain.
Jika calon lain sibuk menghafal part undang-undang, aku pulak 200% fokus menghafal gambar rajah nombor yang bulatan tu. Aku hafal gambar setiap satu.
Contoh jika dalam bulatan adanya nombor 57, maka design atau corak bulat kecil dan bulat besar di part kanan perlu ada berapa. Aku rasa macam gila jap sebab aku terpaksa hafal benda yang tak sepatutnya aku hafal.
Kalu orang lain just tengok terus tahu dalam tu ada nombor apa. First time dalam hidup aku hafal gambar and corak. Biasa hafal ayat je. Aku tidak fokus pada benda lain.
Matlamat aku pada ketika itu perlu betul semua ujian warna dan tidak kantoi atau repeat test. Alhamdulillah, ujian warna aku lepas semua walaupun tak nampak. Part undang-undang aku salah 2.
Bila masuk part kerja. Aku tidak tahu dari maha datangnya keyakinan aku atau aku pura-pura profesional. Aku pernah bekerja dengan satu syarikat Jepun dan aku berada di jabatan New Product Innovation. Kerja aku adalah transform sampel dari Jepun into mass production.
Dengan kata lain, designer Jepun bagi sampel, aku perlu pergi pada supplier and minta dorang buat mass production based on sampel yang mana memerlukan untuk aku mengenal dan mengesahkan warna.
Aduhhhhh…. Bayangkan Jepun punya teliti bila mereka bagi warna biru gelap, aku perlu pastikan mass production sejibik dengan biru gelap yang ada pada sampel. Tak boleh gelap sikit, tak boleh terang sikit. Perlu sama.
Sementelah aku berjumpa supplier, mereka menghasilkan sampel mereka sendiri dan memerlukan aku untuk membuat approval.
Once aku kata OK, dorang terus jalan production dorang. Tak kan lah aku pergi supplier and dorang kena decide. Tentunya mereka mahukan aku yang decide adakah sampel dorang sama atau tak dengan sampel dari Jepun…
And aku kena decide lebihkan warna hitam, kurangkan warna merah and bla bla bla… And lastly aku kena turunkan signature.
Seorang yang tak mampu untuk mengenal warna terpaksa melakukan ini semua selama 3 tahun. Selama itu aku memaksa mata aku untuk memberikan kerjasama yang baik. Mohon maaf atas segala kekurangan.
Aku pernah mendapat satu temuduga dengan sebuah syarikat di Singapura. Waktu tu penemuduga interview secara grouping. Aku pada masa tu bersama 2 orang lagi rakyat Malaysia dikumpulkan dalam 1 group.
Naaahhhh, jimbet betul. Penemuduga tu keluarkan ujian rabun warna nombor puaka tu… dan paling sadis dia tanya aku dulu. Jimbet. Aku main hentam keromo je jawab. Sebabnya aku memang tak nampak. Wajah penemuduga mula curiga.
Dia terus tanya orang sebelah aku. Hanat sungguh.. Laju je budak tu jawab. Tahu apa aku nak buat waktu tu. Aku nak hafal jawapan yang budak tu sebut tadi. Budak ni pon satu hal. Laju pulak dia bagi jawapan. Tak sempat aku nak hafal semua. Cisss.
Selepas itu, penemuduga tadi berpaling kepada aku semula dan tanya semula soalan-soalan tadi. Aku cubalah ulang balik jawapan budak tu tadi tapi malangnya.. Penemuduga tadi flip flop kan kertas soalan.
Dengan kata lain dia tanya aku dengan turutan soalan yang berbeza, tak sama macam budak tadi. Kemonyetan apakah ini.
Selepas selesai sesi tersebut, penemuduga berbual dengan aku dan bertanyakan keadaan aku. Lalu dia memberitahu yang syarikat tersebut tidak dapat menerima orang yang rabun warna kerana melibatkan mesin dan warna kabel. Pulanglah aku dengan harapan yang sendu.
Untuk orang macam aku, incase kalau korang nak bagitahu di mana kereta korang parking, tolonglah jangan bagitahu kereta warna apa.
“Ouh kereta saya kereta Saga warna grey”.
Memang sampai ke sudah aku tak jumpa kecuali hanya ada 1 kereta Saga sahaja kat situ. Please tell me your plate number.
Dan ini problem juga jika aku hendak membuat apa-apa report yang perlu menerangkan perincian orang tu pakai baju warna apa, bawa kereta warna apa, and so on.
Untuk aku, paling tidak cerewet memilih warna baju lagi-lagi time raya. Kalau aku rasa warnanya cantik aku ambik tanpa perlu tahu warna sebenar baju tersebut. Dan jangan pelik jika aku nampak warna lampu break dan lampu signal sama. Dua-dua aku nampak kuning.
Yang membezakan dua lampu ini adalah, satu berkelip-kelip dan satu lagi hanya muncul time-time tertentu. Kadang-kadang ada juga orang tanya soalan yang aku tak mampu nak jawab.
Contohnya “Macam mana kau tahu warna darah tu warna merah. Betul ke yang kau nampak tu warna merah”. Jimbet betul soalan.
– AhmadSI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mengada la kau..bnyk sgt cekadak ko komplen listkan satu satu..
aku pun buta warna tapi xde la nk buat karangan panjang berjela tulis semua kekurangan2 aku rasa dlm hidup..
Ko enjoy ye la hidup..minta tolong org keliling kalau kompius sgt dgn color2 tu
Overthinking gila!
lol orang tu just share pengalaman je. dah memang itu yang dia hadapi selama ini. dah memang page ini untuk share pengalaman individu. jangan bitter sangat. raikan perbezaan