Is It Valid or Overreact?

Assalamualaikum semua, terima kasih admin jika post ini dipilih untuk disiarkan.

Aku Delima, berusia 28 tahun, aku dah berkahwin hampir setahun. Penulisan aku disini aku nak minta pendapat dari semua warga IIUM Confession.

Aku baru setahun jagung dalam mendirikan rumahtangga dan masuk dalam keluarga yang baharu (Baca: Keluarga mertua).

Saya budak baru belajar, kalau boleh tolong ajarkan.

Alhamdulillah aku diterima dengan baik oleh keluarga mertua, ipar duai semua baik. Buat masa ni tak ada bergaduh atau bermasam muka sesama kami.

Keluarga aku dan keluarga suami agak berbeza taraf, boleh dikatakan keluarga suami sejenis keluarga yang agak berada, rumah mewah, kereta mewah. Aku dari keluarga yang biasa2 je, duduk flat. Aku pun tak tahu kenapa suami berminat nak kahwin dengan aku ni.

Family husband sejenis yang beli & pakai barang yang branded, kalau barang2 dekat pasar malam ke uptown diorang tak pandang sangat lah nk shopping pun tempat2 high end.

Jadi dekat sini taraf tu agak berbeza dengan keluarga aku. Tapi so far diorang tak ada la membanding2 kan darjat aku disitu. Tapi aku sebagai ahli keluarga yang baru aku terasa sikit lah jurang disitu. Macam kita ni sedar diri.

Kadang2 aku mempersoalkan kenapa aku yang dipilih dijadikan isteri? Sedangkan suami aku tu boleh dapat perempuan yang setaraf kehidupan dengan dia.

Lepastu kadang2 aku rasa macam agak sedikit kejutan budaya bila dah masuk family ni, sebab diorang punya perbualan antara keluarga, anak beranak, adik beradik tu macam agak riak, walaupun antara diorang je boraknya, sebagai contoh,

“Eleh kau pakai beg carlorino je, aku pakai beg coach, tu je yang kau mampu?”, aku sebagai pendengar dekat situ rasa macam bertapa kerdilnya aku ye yang hanya mampu pakai beg online beli di “beg kuning” sahaja.

Hahaha ni perbualan antara kakak dan adik dia, suami pun ada masa borak dengan adik beradik dia pun dia akan borak membanding2 kan siapa punya barang lagi mahal.

Masa bercinta dengan suami tak ada pulak dia tunjukkan benda2 macam ni, sebab bila dia dengan ahli keluarga dia yang lain dia akan jadi macam tu, borak semua nak membongkak & riak.

Kadang2 aku rasa menyampah & meluat sangat kalau dengar perbualan antara diorang tu, btw aku jenis yang banyak cakap juga, tapi bila dengan diorang aku jadi pendiam sebab aku tak pandai borak cara diorang, aku tak biasa. Aku tak dapat nak blend in sekali.

Ke sebenarnya diorang borak2 tu sebab perli aku ke? Umpama time borak tu ada tersirat untuk aku jugak, macam kau tu mampu ke? Hahaha ke aku yang overthinking.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tidak dimewahkan dengan harta benda. Diajar untuk humble, so aku dah terbiasa dengan benda tu. Aku selalu merendah diri. Aku segan kalau nak bermegah2 dengan apa yang aku ada.

Tapi bila setiap kali aku balik rumah mertua, aku jadi sangat triggered & annoyed sangat dengan diorang kalau tiap kali dengar diorang berborak tu. Macam berlumba2 siapa lagi kaya, siapa yang paling banyak melancong.

Ke benda ni memang normal untuk orang2 kaya & golongan berada ni? Kadang2 suami aku terbawa2 sikap dia dengan family dia bila borak dengan aku,

Mungkin sebab dah kahwin setahun so bagi dia dah selesa & dia rasa aku pun selesa dengan “budaya” diorang tapi aku still tak boleh sampai aku cakap dengan husband,

“You dengan family you boleh cakap besar macam ni, tapi I tak boleh, I rasa menyampah tahu tak” haha berdosakah aku buat macam tu? Over react kan.

Lagi satu, aku sejenis yang suka buat muka kalau rasa menyampah, so aku takut jugak waktu berkumpul ramai2 dengar diorang berborak aku rasa meluat & aku terbuat muka depan diorang, tapi aku cuba sedaya upaya untuk gelak ke senyum ke time berborak tu.

Untuk mengelakkan aku daripada tunjuk muka meluat dengan setiap patah perkataan yang diorang ucapkan.

So aku ke yang over? Aku cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan sebab family mertua baik je, cuma part berbual tu je lah yang agak annoying, atau tu cara diorang mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mereka.

Jadi apa pendapat korang yang baca ni?

– Delima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *