Assalamualaikum semua. Maaf kalau korang tak faham apa yang aku nak share, sebab aku tak pandai nak bercerita dalam tulisan, tapi aku cuba lah ye, harap semua faham.
Aku anak bongsu dari enam adik beradik yang lain semua dah kahwin tinggal aku sorang je belum kahwin dan umur pun dah nak ke 3 series.
Aku tinggal dengan parents aku dan aku tanam anggur dekat rumah dan jaga anak buah aku sorang.
Mak aku ego, kenapa aku cakap macam tu sebab aku kenal mak aku macam mana.
Mak aku seorang yang baik sebenarnya selalu utama kan orang lain dari dirinya sendiri dan mak sentiasa okay je walaupun dalam hati kata “tak nak” tapi terpaksa buat sesuatu yang dia tak nak sebenarnya,
Dari kecil lagi mak aku diusung dengan keluarga angkat mak. Keluarga kandung mak tak rapat sangat, bila mak dah besar baru mak tahu yang dia tu anak angkat tapi mak okay tak melenting ke meraung ke mak always okay je.
Anak-anak keluarga angkat mak tu masa mak kecil sampai mak anak dara selalu ambil mak aku bawa ke rumah dorang untuk tolong kemas-kemas rumah jaga anak diorang time pantang ke time raya ke,
Mak aku selalu ikut cakap diorang tak pernah mak nak tolak ikut je kehendak dorang tapi diorang bagi duit lah dekat mak aku, sekarang aku pula rasa benda yang sama.
Masa aku sekolah menengah aku seorang yang pemalas giler sampai kakak kakak aku marah aku. Lepas SPM aku berubah giler, aku tengok mak aku penat letih buat kerja rumah, so aku tolong mak basuh baju, mop lantai, tolong masak,
Aku buat semua benda cuma mak yang masak je sebab ayah aku cerewet tentang makanan. Kalau aku masak confirm dia kata tak sedap dan kacau selera dia. So mak aku la yang masak tapi aku tolong ye kalau masak berat-berat tu.
Sejak umur mak ayah makin menua ni baru aku faham bukan mudah nak jaga nak duduk dengan parents. Orang kata “duduk dengan parents lagi banyak dosa” baru aku faham maksud tu bukan mudah.
Mak aku ni ego sebenarnya dia nak mintak tolong tapi dengan cara memerli contoh “aduhh sakitnyaa lutut ni” (sambil urut) tapi pandang aku.
Tak salah weyh kalau cakap aku macam ni “dik tolong urut boleh lutut mak ni sakit”
Aku perasan mak aku ego masa kakak aku tegur hal apa ntah aku tak ingat hal apa, yang aku ingat kakak aku tegur aku, mak kau memang macam tu ego kau tu pandai-pandailah fikir.
Mula dari situ baru aku macam yeke, then esok-esoknya aku tengok confirm ego. Kadang aku ni tak faham perasaan orang tu macam mana, boleh ke kita nak tahu orang tu, padahal dia nak kita buat macam ni sebenarnya,
Aku manusia biasa tak sempurna kadang kalau kita buat macam tu sebenarnya dia nak buat kita macam ni kan dah jadi salah faham boleh terasa bergaduh, then nak salahkan aku ke.
Ya Allah, itu baru ego belum lagi benda-benda lain. Aku cuba jadi anak yang baik, kadang tu mak ayah aku tak nampak aku pun. Siorang pandang anak-anak yang dah kahwin.
Aku ni rasa kadang di ketepikan tapi walaupun mak ayah aku layan aku macam tu aku tetap sabar banyak-banyak dan aku tetap hormat diorang walaupun hati aku menangis, meraung..
Ada banyak lagi sebenarnya kisah-kisah aku, tapi tengok dulu kalau aku nak share aku akan share.
Last dari aku, aku nak cakap dekat korang semua parents kita manusia dan ade salah dan silap.
Maybe parents korang okay supporting tak suka marah-marah dan tak ego berbanding dengan parents aku, korang tak boleh nak tuding jari, mana yang duduk dengan parents ni orang mengalami nye sahaja akan faham.
Pada orang yang jaga/duduk dengan parents aku faham perasaan korang. Kita kena sabar walaupun kita banyak buat dosa dekat parents kita, yang penting kita dah bagi the best untuk dorang.
Biar orang nak kata kita macam mana yang penting Allah tahu dan nampak semua benda dan Allah juga saksi kita, yang kita dah buat sehabis baik untuk parents kita.
Sekian Dari,
– Berry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
First time tengok orang cakap, “duduk dengan parents lagi banyak dosa”. I think depends dekat orang juga kot. I’m happy living with my parents. Ada nak fikir pindah keluar, tapi sendiri yang sedih haha.
Macam tt kata ego tu, arwah nenek saya pun sama. But not ego for me. Saya & sepupu2 layan je hahah. Bagi kami, biasalah orang tua. Sama ada mereka malu, tak nak menyusahkan atau saja nak anak2 & cucu2 faham yang mereka ni dah tua, nak perhatian. Ada masa, straight forward juga kami kena sound hahah. Rindu pula arwah nenek.