Assalamualaikum & hi pembaca IIUM Confession yang disayangi & terima kasih kepada admin sudi pos confession ni.
Jadi, tujuan aku menulis ni sebab nak minta pendapat/pandangan ataupun mungkin pengalaman dari pembaca-pembaca yang dihormati. Maaf ya kalau tajuk ni misleading, tak sama dengan isi.
Nama aku Akira. Umur aku akhir 20an dan tengah buat part-time degree. Tahun lepas, aku pindah ke JB sebab dapat kawaran kerja & tukar angin sebab nak merawat hati yang lara.
Pada masa yang sama aku berkenalan dengan Puyuh (bukan nama sebenar obviously). Puyuh 3 tahun lagi tua dari aku & dah bekerja lebih dari 10 tahun di Singapura.
Sepanjang aku kenal dengan Puyuh untuk beberapa bulan ni, aku boleh katakan yang Puyuh seorang yang penyabar dan hormat aku sebagai seorang wanita.
Setakat ni, dia tak pernah lagi tinggi suara atau marah dekat aku. Kalau datang mood tak baik aku, dia akan tegur cakap baik-baik dan bagi nasihat dekat aku.
Kalau kami berjumpa pun, cukup sekadar makan lepastu masing-masing balik ke rumah. Datang dengan kenderaan masing-masing, balik pun dengan kenderaan masing-masing.
Dia pun tak ada nak ambil kesempatan pegang tangan aku ke apa. Dia bercakap pun beradap. Tak pernah nak buat lawak lucah ataupun double meaning.
Aku ada tanya dekat Puyuh beberapa soalan yang aku rasa penting untuk kenal Puyuh ni macam mana orangnya, terutama sekali berkaitan dengan pendidikan.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang menekankan pendidikan. Bagi ayah dan ibu, kami empat beradik kena ada paling kurang diploma. Ayah aku sendiri pun sambung belajar masa dia dah berumur 40an.
Jadi bagi keluarga aku, pendidikan adalah segala-galanya dan sedikit sebanyak ia dah mempengaruhi aku & meletakkan pendidikan sebagai salah satu kriteria dalam mencari suami.
Berbalik kepada Puyuh, pendidikan tertinggi Puyuh ialah SPM. Selepas sekolah, Puyuh terus bekerja di Singapura.
Aku pernah tanya Puyuh sama ada dia berniat untuk sambung belajar atau tak, dan jawapannya tidak sebab Puyuh tak minat belajar.
Kemudian aku tanya berkenaan target jangka pendek dan panjang Puyuh tapi jawapan dia agak mengecewakan aku sebab target Puyuh hanyalah untuk benda material. Beli itu, beli ini.
Aku sebenarnya berharap yang target Puyuh mungkin untuk sertai mana-mana kursus yang boleh jadi nilai tambah kepada diri dia sendiri dan pada masa yang sama boleh memudahkan dia dapat kerja berjawatan dan gaji yang lebih baik.
Aku suka orang yang ada wawasan dan cita-cita untuk menambah baik diri sendiri, tapi agak terkilan sebab tak nampak perkara tu dalam diri puyuh
Jadi, soalannya yang sentiasa bermain dalam fikiran aku, adakah okay sebenarnya kalau isteri mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi dari suami?
Maksudnya senang ke sebenarnya perbincangan dan nak mencapai kata sepakat dalam satu isu tu. Contohnya berkaitan perancangan keluarga, kewangan dan sebagainya.
Kepada pembaca yang dah berkahwin dan mungkin ada dalam situasi yang aku nyatakan tadi,
Aku berharap yang mungkin korang boleh berikan aku pandangan, nasihat ataupun ceritakan pengalaman korang sendiri berhadapan dengan situasi ini dekat ruangan komen.
Kepada yang nak komen negatif atau condemn, aku bukannya memilih nak lelaki yang sempurna serba serbi tapi bila benda berkaitan dengan perkahwinan ni, kita kena timbang tara dan ambil kira banyak faktor.
Sekian, terima kasih.
– Akira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pada pendapat saya, pendidikan yg tak sama taraf, agak susah utk mencapai kata sepakat dlm apa keputusan….mungkin salah seorang kena mengalah. Tak mustahil jg utk Akira influence Puyuh utk upgrade taraf hidup.maybe dlm kemahiran jika dia tak minat akademik.
Apa2 pun buat la solat istikaharah , minta pentunjuk Allah…
Ia bergantung pada diri awak dan cara penerimaan dia ttg pendirian awak…. Misalnya Sy xsuka lelaki merokok dan Sy tegaskan Sy xkn keluar dgn dia jika dia merokok depan saya atau Sy boleh ‘nego’terima dia dgn sikap tersebut, tetapi Sy selalu nasihat…keep on track nasihat berjela2 dan tegaskan pendirian saya dan sy ‘beri masa utk dia berubah’… Ya 2 tahun sebelum kahwin suami Sy bebas rokok
Biasanya, bila taraf pendidikan berbeza ni, mmbwa kepada cara pemikiran berbeza. Bila buat keputusan utk bersama dgn mereka, memang perlu ada tolak ansur… kita xboleh paksa dia berubah untuk mengikut kehendak kita. Setiap individu ada kelebihan & kekurangan masing2… tiada yang sempurna dalam dunia ini.. apa yang penting bg sis yg mesti ada pd seorang lelaki ialah, tanggungjawab, protect & provide for the family. Tepuk dada, tnya selera Akira sendiri.. selebihnya serah pada Allah..
Pada pendapat saya, kalau setakat degree – spm taklah terlalu jauh sangat dari segi pelajaran. Mungkin benda ni boleh dibawa bincang lagi. Sebab kalau ikutkan pengalaman kerja + rajin tu lagi penting.
Btw, saya dulu lepasan master, masa nak cari calon tu yang taraf diploma kemain susah nak bawak bincang. ego sikit. mungkin x sekufu dari pemikiran.
Sekarang alhamdulillah, dah berkahwin dengan suami yang taraf degree, saya pula soon insyaAllah Phd. Tapi suami sangat menyokong saya sambung belajar hingga tahap tertinggi ni. Asalkan saling menghormati dan terima pendapat antara satu sama lain.
Ibu saya lebih berpendidikan daripada ayah saya. Alhamdulillah, baik2 saja. Tapi bukan nak kata semua orang pun sama juga. Pandangan saya, ia bergantung kepada individu.
Ibu & ayah saya ada pendapat masing2, tapi berdasarkan pemerhatian saya – mereka saling memahami. Memang dapat nampakla pandangan ayah saya kadang2 tak kena sangat, tapi ibu saya akan betulkan. Benda jadi mudah bila ayah saya berpandangan terbuka. Ayah terima pandangan/teguran ibu, jadi tiada perbalahan berlaku. Begitu juga sebaliknya.
Yang penting, jangan ego. Jangan tegakkan benang yang basah. Buka ruang untuk perbincangan. Jangan rasa diri tu betul sentiasa. Kadang2 dua2 pihak pun salah – sebab itu perlu perbincangan/mesyuarat.