Peraturan Yang Mudah

Assalamualaikum warganet. Kenapa ada yang “shaming” atau memalukan orang yang ikut peraturan ye?

Tak semua orang nak hidup dalam “rebel”, selagi peraturan tu tak membunuh, tak merugikan dan tak meletihkan aku, aku akan ikut.

Tapi masalah sekarang bila orang memburukkan aku sebab mengikut peraturan, sampaikan anak2 aku pun start questioning aku.

“Papa, kenapa papa ikut, tapi ABC tak buat pun?”.

Aku dah slowtalk dengan anak supaya faham, jangan nak hidup dalam kekusutan sebab nak lepas dari satu peraturan yang sangat mudah untuk diikut.

Aku rasa zaman sekarang SESETENGAH orang stress tanpa sebab munasabah, sebab semua benda nak “rebel”, sekecil2 peraturan pun nak memberontak.

Kalian yang ada masalah sebenar dan sedang stress, mohon jangan terasa.

Ayat aku tuju kepada orang yang mencari masalah disebabkan nak memberontak benda kecil.

Aku lagi senang hidup sebagai “ordinary person” dari kusut kepala nak fikir cara nak lepas dari peraturan, dan cara nak teruskan sembunyi pemberontakan tersebut.

Yela sekali kau tipu, banyak kali kau kena terus menipu sebab nak tutup penipuan sebelum2 ni.

Tak ke kusut?

Hidup di kondo ni banyak peraturan sebab nak jaga keamanan sejagat. Ada yang memang tak sesuai duduk kondo sebab ni.

Aku bagi contoh paling senang dan berkait dengan hidup aku.

Kondo aku duduk kena daftar haiwan peliharaan. Limit 2 ekor.

Aku dah daftar seekor kucing aku tapi jiran aku tak daftar. Cara daftar dengan bagi gambar atas bawah kiri kanan, jenis baka & vaccine status. Tak ada apa2 bayaran.

Jiran aku ni dengan bangga bagitahu depan anak2 aku yang aku bod*h sebab skema ikut peraturan bangunan residen kami.

Katanya leceh nak ambil gambar kucing dari 4 sudut tapi post gambar kucing di media social boleh pula. Hari2 pula tu.

Satu hari, kucing jiran aku terlepas. Guard kondo yang jumpa, dan kucing di bawa ke management. Gambar kucing di ambil dan notis dalam group dikeluarkan. Owner boleh claim kucing.

TAPI disebabkan jiran aku ni tak daftar kucingnya, dia tak berani nak pergi ambil kucing tu sebab nanti kena denda.

Aku tak tahu nasib kucing tu macam mana sampai sekarang.

Contoh kedua. Kondo aku juga ada peraturan kalau nak bawa masuk barang besar macam sofa atau peti ais. Kena daftar, bayar deposit (akan dikembalikan) dan lift tu kalian punya untuk masa pemindahan tu.

Maksudnya sepanjang pemindahan barang2, orang tak boleh guna “lift kau”, proses pemindahakn lebih cepat dan lebih selamat.

Kenapa lebih selamat?

Nampak macam leceh je?

Kondo aku ada 4 lift. 3 lift penduduk, 1 lift heavy duty / bomba.

Satu kejadian di kondo aku juga. Seorang owner cuba pindahkan sofa 3-seaters, 2 peti ais saiz besar, dan 1 peti ais saiz mini tanpa daftar.

Dia guna lift biasa dan dalam tu ada budak sekolah. Peti ais mini jatuh atas kepala budak tu. Owner kata dia tak perasan budak tu masuk…

Kalau kau daftar dan kau dapat satu lift khas untuk kau seorang guna sepanjang pemindahan tu. Benda boleh dielakkan daripada terjadi.

Guard akan jaga kau, guard akan halang budak2 / orang masuk “lift kau” sepanjang proses.

Benda “leceh” hanya daftar, dapatkan lift khas, bayar deposit yang akan dipulangkan sahaja.

Tu contoh paling simple dan direct aku boleh bagi.

Banyak lagi la contoh lain yang mengikut peraturan yang simple boleh mengelakkan diri anda dari kekusutan yang kekal.

Aku tak sentuh tentang peraturan besar yang melibatlan jalan raya atau negara. Aku sentuh yang senang, mudah & tak membotakkan kepala anda.

Sekian dari papa yang cuba didik anak untuk berdisiplin dan tak menyusahkan orang di masa hadapan.

– Papa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Manusia akhir zaman sangat berbangga jika dpt mengalahkan peraturan. Sedangkan peraturan tu utk memudahkan manusia. Peraturan Allah pun nk dibangkang, apa lg peraturan ciptaan manusia…..

  2. Saya duk kondo juga. dan saya macam penulis, jenis ikut peraturan. walaupun kadang rasa ala, lecehnya. tapi untuk kesenangan bersama. Penduduk selamat, kenderaan selamat, kawasan bersih. Tetamu yang bertandang selalu puji kawasan kondo saya. Baru rasa berbaloi dengan harga maintenance yang dibayar setiap bulan tu. Bab lif tu saya sokong sangat. memang kena daftar. senang. guard akan jaga lif. dan tidak ada urusan pindah, ubahsuai ke apa dalam waktu cuti umum, cuti hujung minggu.

  3. Yeah, thumbs up for you ‘papa’. Sometime, we just have to admid that we’re surrounded by idiot people.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *