Coretan Anak Sulung

Salam, hi. Harap coretan aku ini disiarkan.

Hi semua, aku Bunga, anak sulung. Terasa nak bercerita pengalaman sendiri sebab ada tengok video seseorang yang dia minta maaf pada anak sulung dia.

Ada yang kecam, ada yang beri komen positif. Bila aku tengok video tu, aku ada 2 perasaan.

Sedih dan happy. Sedih sebab mak ayah aku tak pernah buat macam tu, happy sebab rasa beruntungnya budak tuh mak dia minta maaf pada dia.

Mungkin ada yang akan cakap, tak penting pon. Tapi pada aku, benda tuh beri impak pada perasaan kau.

Anak sulung ni banyak tanggungjawab. Dia yang paling tua, jadi dialah yang kena bantu mak dan dia jugak yang selalu kena marah kalau ada benda yang tak kena pada mata mak ayah.

Macam cerita aku, aku lah yang selalu kena suruh itu ini. Bayangkan, baju sekolah adik aku, aku yang kena basuh, basuh tangan ye, bukan basuh guna mesin.

Masa tuh aku bersekolah menengah, adik aku bongsu sekolah rendah. Jadi, aku basuh lah ala kadar, tanda protes.

Bila mak nampak baju tak bersih diberus, terus laa kena marah. Ayat dia, “kenapa kau basuh tak bersih? Takkan kau nk biarkan adik kau pakai baju kotor pegi sekolah?”

Dah macam tanggungjawab aku pulak yang kena pastikan adik-adik pergi sekolah dengan pakaian yang bersih. Kasut sekolah pon, aku lah yang tukang cuci.

Anak sulung ni banyak benda kena hadap, bapak aku susah, jadi lepas balik sekolah, selalunya aku lah yang ikut bapak aku pergi cari tin untuk dapatkan duit untuk beli makan harian.

Nak naik sekolah darjah 1, bapak aku tak mampu belikan baju baru, mak aku tebalkan muka pergi rumah jiran. Minta baju sekolah anak dia.

Tapi jiran aku dah buat kain buruk, mak aku ambil bawa balik dan basuh. Baju tulah aku pakai untuk pergi sekolah.

Bila ingat balik, sedih rasa. Sebab adik2 aku tak merasa susah macam mana aku susah.

Tapi bila dah pernah rasa susah, bila aku ada duit, aku lebih hargai duit tuh. Bukan kedekut, tapi sebab aku tahu, susah nak cari duit

Bagi aku, kebanyakkan anak sulung ni anak yang penurut. Entah lah, sebab mungkin kami ni selalu kena marah, dan selalu dipaksa untuk dengar cakap mak ayah.

Apa mak ayah cakap, kena akur, tak bole nak bantah. Kalau bantah, aku lah anak yang paling derhaka.

Aku berkerja, dan tempat kerja aku ni ada beri bonus. Untuk tahun pertama aku dapat bonus, aku dah plan nak beli iphone.

Sebab masa itu masih muda, telefon tu pulak tengah trend. Jadi diri ni nak lah merasa.

Aku keluarkan semua duit dengan niat esoknya nak pergi beli. Tapi bila aku cerita dekat mak, mak aku marah.

Gaduh besar ye masa tuh. Itu duit bonus pertama aku, hasil titik peluh aku.

Tapi mak aku bantah, tak bagi aku beli. Sampai aku menangis.

Sebab macam aku cakap, anak sulung ni macam ditakdirkan kena patuh cakap mak bapak. Mak ambil semua duit aku, tak bagi aku beli.

Bukan ambil separuh atau sikit ye, tapi ambil semua. Aku memang frust masa tu, aku nak melawan, tak mampu.

Jadi, aku tulis surat. Aku luah semua aku rasa, aku tulis, salah ke aku nak beli sesuatu yang agak mahal hasil dari titik peluh aku?

Ini baru kali pertama aku nak beli barang yang agak mahal. Aku suruh adik aku bagi surat pada mak aku.

Lepas dia baca, dia bagi semua duit tu. Dan dia cakap ‘ambil lah duit kau semua tuh’.

Berat rasa hati masa tu. Serba salah jadinya.

Tapi untuk pertama kalinya, aku jadi selfish. Dan aku pergi beli.

Tapi bila adik aku beli telefon yang agak mahal jugak tanpa beritahu dia, dia tak marah. Dia tak marah macam mana dia marah aku.

Kadang-kadang aku rasa tak adil. Tapi bila aku suarakan tentang ni, mak ayah aku akan cakap, ‘kau ni busuk hati, tak boleh tengok orang senang’

Padahal aku lah anak yang paling banyak kena berkorban.

Ada sekali makcik aku nak bawa balik kami salah seorang balik ke kampung dan mak aku suruh makcik aku bawa adik aku sahaja. Aku?

Kena tinggal, sebab kena tolong dia jaga adik yang lain dan bantu buat kerja rumah.

Walaupun dah meningkat dewasa, kalau aku bergaduh dengan adik-adik aku, aku lah yang akan dimarah balik dengan mak ayah aku.

Pernah aku bergaduh dengan adik aku, salah tu memang salag adik aku. Dan lebih kurang sebulan kami tak bertegur.

Ayah aku suruh aku yang minta maaf pada adik aku, walhal dia yang salah. Dan mak aku?

Pergi cerita pada semua yang salah tuh, salah aku. Banyak benda yang aku kena mengalah, kena suruh buat itu ini.

Anak yang lain? Di timang-timang.

Semua benda yang leceh atau menyusahkan, mesti nama aku yang akan disuruh buat. Kadang-kadang aku rasa seperti orang gaji dirumah sendiri.

Mak aku paksa aku buat personal loan guna nama aku, bila aku tanya untuk apa, dia cakap bayar hutang. Dan bila aku tanya, macam mana mak nak bayar, dia cakap, guna hasil kerja ayah aku.

Aku tak nak, tapi dipaksa. Jadi, aku terpaksa setuju.

Selepas 1 loan dah buat, mak bayar. Dan lagi sekali mak suruh buat loan lagi dengan alasan yang sama.

Untuk bayar hutang. Bila aku pertikaikan, dia tetap cakap bayar hutang.

Dan aku dipaksa lagi. Dan lagi sekali aku buat loan.

Jadi, dah 2 loan atas nama aku. Selepas 2 tahun, bapak aku berhenti kerja. Mak tak mampu bayar, dan dia suruh aku yang bayar.

Bayangkan, mak aku yang guna duit itu semua, tapi aku yang kena bayar.

Kau orang rasa sakit hati tak? Sakit sangat.

Lagi-lagi loan ni mak aku dengan adik aku yang punya plan. Sampai sekarang aku tak tahu hutang apa yang dia buat sampai paksa aku buat 2 loan.

Terlalu banyak benda aku kena buat, tapi 1 terima kasih pon tiada. Kecewa rasa hati.

Kadang-kadang aku rasa macam dipergunakan oleh mak sendiri. Aku bukan buka aib mak bapak aku.

Tapi, itu lah kenyataan. Aku ni tak boleh nak melawan, kalau melawan terus di cop anak derhaka, busuk hati, anak kurang ajar.

Mak bapak aku banyak lebihkan adik-adik aku dari aku. Sedih sangat rasa.

Kadang-kadang rasa, betul ke aku ni anak mak bapak aku? Ke aku anak angkat?

Anak kena kutip? Tapi, mak aku mula rapat dengan aku lepas adik aku marah dia.

Dia call aku menangis. Walaupon aku ni selalu diabaikan, tapi bila dengar mak menangis, aku tak sampai hati.

Aku marah adik aku sebab buat mak menangis. Sejak hari tu, mak rapat dengan aku.

Kerap call aku, kerap video call. Mak nak jaga anak-anak aku semasa aku dan suami bekerja.

Mungkin sebab nak dapatkan duit extra. Tapi takpe, aku happy bila dapat rapat dengan mak.

Time aku susah, mak ada dengan aku. Mak tolong aku.

Mungkin masa tu mak baru sedar kewujudan aku. Tapi sekarang mak aku dah tak ada.

Dia dah pergi selamanya. Aku sedih sebab sejak rapat dengan mak, mak tempat aku mengadu.

Aku pun tempat mak mengadu. Hari-hari mak akan call atau video call.

Aku rindu mak walaupon pada mulanya mak anggap aku macam tak wujud. Aku sempat jaga mak masa mak sakit.

Sempat mandikan dia, cebukkan dia. Tiada rasa ralat bila dia pergi.

Cuma sedih sebab tiada lagi tempat mengadu. Aku rindu mak.

Dan sekarang aku ada anak, aku tak layan anak aku macam mana mak bapak aku layan aku. Apa sahaja yang anak sulung aku bantu aku, aku akan cakap terima kasih.

Kadang-kadang aku peluk cium. Kalau aku ada terbuat silap pada dia, aku akan minta maaf dengan dia.

Kita tak rugi apa-apa kalau minta maaf pada anak dan ucap terima kasih. Aku tanamkan pada diri aku, aku taknak layan anak aku macam mana aku dilayan masa kecil.

Kalau boleh, aku nak jadi ibu yang lebih baik. Kalau buat kerja rumah, contoh lipat baju.

Aku akan lipat sama-sama dengan dia. Aku taknak dia rasa macam dia dipergunakan.

Kalau time makan, adik-adik dia ada tertumpah nasi, dia akan sapu dan aku basuh pinggan. Tapi, kadang-kadang ada hari dia malas sapu, dia akan minta aku yang sapu dan dia yang cuci pinggan.

Aku akan kerjasama dengan anak-anak bila minta mereka bantu aku. Jadi mereka akan rasa kerjasama antara keluarga.

Jadi, tolong lah layan anak sama rata. Jangan ada pilih kasih.

Kalau dah minta tolong, ucap lah terima kasih. Kalau salah, minta maaf.

Kita takkan rugi. Malah, anak-anak akan lagi sayang.

Itu sahaja luahan aku sebagai anak sulung. Doakan mak aku ditempatkan ditempat orang-orang beriman.

Terima kasih..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *