Untuk part I, (https://iiumc.com/kehidupan-kami-selepas-suami-kemalangan/).
Saya baca semua komen2 dan kata2 semangat dari anda semua. Terima kasih yang tak terhingga. Saya jawab beberapa persoalan di sini ye.
Hari pertama suami saya accident.. Semasa on the way ke hospital.. Saya cuba terima kenyataan. Saya letak tangan di dada saya dan saya cakap aku redha ya Allah..
Ya.. Saya ada menangis.. Itu pun hari ke 4 suami saya koma. Saya menangis sebab susahnya saya nak terangkan pada anak2 keadaan bapa diaorang masa tu.
Bangun pagi anak2 tanya papa masih tidur ke? Saya dan anak2 sungguh2 menangis masa tu. Bagi saya cukup setakat itu sebab menangis akan membuatkan kita semakin lemah..
Sebelum discaj dari hospital.. Seorang doktor ada cakap pada saya. Suami puan yang dulu dah tak ada.. Puan kena terima suami puan yang baru..
Masa tu saya masih dalam keadaan blur².. Bila dah lama² baru saya sedar.. Ye suami saya yang dulu dah tak ada.. Berubah dari segi perangai, berubah dari segi emosi, berubah dari segi pemikiran segala2nya berubah.
Kenapa saya dan anak3 masih bertahan dengan kehidupan ini?
Sebab sebelum kemalangan suami saya sangat2 bertanggungjawab pada saya dan anak2.. Dia akan korbankan segalanya demi kami.. Kenapa saya tidak boleh korbankan segalanya sekarang?
Banyak kali juga suami saya suruh cari lain yang boleh jaga saya dan anak2. Tapi saya cakap saya akan doa setiap hari supaya Allah tetapkan hati saya untuk dia.. Selagi saya ada biarlah 2 tangan ni yang menjaga dia..
Ubah niat kita.. Kita sayang suami kerana Allah… Jangan sayang suami melebihi sayang kita pada Allah
Suami saya seorang pencarum perkeso tetapi tidak layak untuk dapat pencen ilat sebab kemalangan bukan di waktu bekerja dan suami saya masih mempunyai pendapatan.
Perkeso biaya kos rawatan untuk masukkan 5 besi di tangan dan kaki dan 1 skru di muka (tulang muka suami saya ada lebih 6 tulang patah) hampir RM10 ribu..
Suami saya juga ada menerima rawatan di pusat rehabilitasi perkeso melaka hampir 2 bulan kos untuk 1 hari RM1200.
Sekarang.. Fizikal suami saya alhamdulillah hampir 80% sembuh..
Saya sekarang banyak ke pakar psikatrik.. Psychology untuk pulihkan semangat suami saya… Nampak sembuh hakikatkan sedang berperang dengan emosi..
Di sini perlukan kekuatan untuk menjaga suami saya sebenarnya… Tapi bagi saya Allah akan bagi kekuatan pada saya dan anak2 untuk jaga suami saya dan Allah sentiasa lindung saya dan anak2 dari perkara2 yang tak diingini..
Kita sebagai isteri/suami jgn terlalu selesa dengan kehidupan kita.. Bersedia untuk diuji.. Sebab dunia ni ladang ujian..
Andai kita bersedia insha Allah kita jatuh tapi tak terlalu sakit walaupun orang nampak ujian kita tu sangat berat…
Serahkan diri sepenuhnya dalam jagaan Allah.. Setiap hari saya serahkan jiwa saya.. Suami saya anak2 saya.. Seluruh kehidupan saya pada Allah.. Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kami.
Sekian coretan kehidupan keluarga kami selepas suami saya kemalangan :)
– Ku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga Puan terus tabah dan bersabar atas ujian ini, semoga Allah mempermudahkan semua urusan Puan dan keluarga, memberikan kesembuhan penuh kepada suami Puan dan juga Allah memurahkan rezeki Puan sekeluarga, kembali bahagia dan ceria selalu