Assalamualaikum semua, terlebih dahulu izinkan saya perkenalkan diri saya.
Saya seorang lelaki berusia lewat 20 an, bekerja biasa-biasa je, tetapi bergaji lebih tinggi sedikit dari bakal pasangan saya dan bakal berumahtangga InsyaAllah tahun ini bersama bakal pasangan saya yang seusia dengan saya.
Ceritanya macam ini, saya dan bakal pasangan sebenarnya bercadang untuk hanya buat majlis kecil-kecilan untuk kenduri kahwin dan meraikan hari bahagia kami nanti. Tapi kedua-dua keluarga baik sebelah lelaki dan perempuan nak adakan kenduri.
Ikutkan kalau kami berdua cuma nak buat makan-makan je setelah habis akad nikah. Ataupun sedekahkan makanan dekat masjid atau tahfiz. Saya dan pasangan ada berbincang pasal ini.
Isunya sekarang ayah kepada bakal pasangan saya nak adakan kenduri kahwin nak jemput saudara mara, orang kampung sebab risau nanti orang kata apa kalau tak buat kenduri.
Saya dengan pasangan pun cadangkanlah untuk gabungkan sekali majlis sebelah lelaki dan perempuan kerana kami satu daerah lagipun jarak tak sampai 10km pun perbezaan tempat tinggal kami.
Kali pertama berbincang kami kedua-dua keluarga setuju sahaja untuk gabungkan sahaja majlis.
Namun selepas angkat nikah, ayah kepada bakal pasangan perempuan minta untuk kalau nak gabung jemputan, keluarga lelaki perlu la yang tanggung dan kami memang bersetuju untuk macam itu.
Bila selepas kami survey katering dan cakap semula perkara ini, ayah kepada pasangan tak nak pula untuk gabungkan majlis.
Saya sedikit terasa sebab majlis itu nanti sepenuhnya guna duit hantaran yang saya bagi. Hantaran yang diminta taklah terlalu membebankan bawah 10k sahaja, tapi bila dah ayah dia macam itu saya rasa macam saya pulak yang kena sponsor untuk kenduri keluarga mereka.
Sepatutnya kalau mak ayah dia juga yang nak buat kenduri, merekalah yang kena keluarkan modal sendiri kenapa kena gunakan wang hantaran yang boleh digunakan untuk benda lain.
Saya jadi tak ikhlas bila asyik fikirkan benda ini, kerap terasa dengan bakal pasangan walaupun sepatutnya saya iklaskanla duit tu.
Bila saya nak berbincang dengan ayah bakal mertua, dia risau kalau gabungkan sekali majlis ada yang tak kena sebab kena ikut pendapat keluarga mereka.
Saya menulis sebegini sebab gaji saya pun tak seberapa, masih mencari peluang kerja yang lebih baik tetapi belum ada rezeki lagi.
Saya fikirkan kehidupan lepas kahwin yang lagi banyak gunakan wang dan bukan digunakan untuk majlis yang sehari sahaja.
Sekian luahan dari saya, terhadap pandangan mengenai adat yang menyusahkan.
– Lelaki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pihak bakal isteri boleh gunakan duit hantaran untuk buat kenduri disebelah dia, terpulang kepada pihak bakal isteri awak