Dia Suamiku Hanya Pada Jasad II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dia-suamiku-hanya-pada-jasad/).

Salam semua. Aku baru perasan confession pertama hari tu aku tak bagi salam pun. Main tulis je. Masa tu hati tengah bercelaru. Sekarang pun bercelaru, sedih, rasa tak nak hidup semua ada.

Banyak nya komen kecaman. Aku terima dengan hati yang terbuka. Tak boleh nak buat semua orang suka kita kan, mesti akan ada haters.

Sungguh tak sangka confession aku ni mendapat komen yang sangat banyak. Ada juga yang cakap kisah aku ni novel, atau drama tv. Terpulanglah. Ada juga yang cakap, yang buat confession ni sebenarnya Ika, sebab macam syok sendiri.

Kalau lah betul semua tu kan. Alangkah bahagianya aku Ika tu syok sendiri. Kalau lah aku boleh bertukar badan dengan Ika, memang aku nak. Hakikat pahit untuk di telan, aku, Aira lah sebenarnya yang syok sendiri.

Iya, aku seperti yang kebanyakan korang cakap, aku selfish, pentingkan diri. Tapi hati aku belum sehitam itu untuk burukkan Ika, lagi-lagi selepas dia nampak ikhlas memohon kemafaan dari aku. Aku juga tak pernah burukkan Ika pada ibu mertua aku, walaupun aku selalu mengadu domba pada dia.

Jujur, itu semua aku lakukan untuk pastikan Eiq tak ceraikan aku. Maaf aku kecewakan korang, aku tidaklah sejahat watak jahat dalam drama tv tu, kerana ini bukan cerita rekaan, dan aku juga manusia yang masih ada hati perut terhadap manusia lain.

Cuma dengan Eiq, aku tak mampu. Aku tak mampu lepaskan dia lagi. Aku ada terjumpa satu video dekat TikTok, dalam video tu cakap, lelaki susah nak move on dari cinta pertama dia, lagi-lagi kalau cinta pertama tu ‘type’ dia, tak kisah lah walau buruk dan tak bagus sekali pun.

Tapi aku percaya, kata-kata dalam video tu terpakai baik untuk lelaki atau perempuan. Dalam kes aku, akulah orang itu. Aku tak dapat move on dari Eiq, cinta pertama aku, salah satu sebab nya, sebab dia ‘type’ aku.

Eiq berwajah hitam manis, wajah lelaki tipikal melayu orang kampung. Gagah dan berbadan tegap. Bagi aku dia lelaki sejati, tau serba serbi kerja lelaki. Dia juga baik dan taat dengan keluarganya. Juga seorang yang rajin bekerja. Memang itu ciri-ciri lelaki yang aku suka.

Dan aku pula, aku tak tau nak kata aku ‘type’ Eiq ke tak. Sebab aku tak pernah tau dia suka perempuan yang macam mana walaupun kami rapat (sebelum ‘bercinta’).

Setiap kali aku tanya dia suka perempuan macam mana, dia tak pernah nak jawab. Dia hanya tukar topik, atau jawab acuh tak acuh. Contoh nya ‘suka perempuan cantik la’. Lepas tu dia akan gelak. Jadi aku hanya anggap itu gurauan.

Tapi anggapan itu hilang bila aku jumpa Ika. Benda pertama yang terlintas dalam hati aku masa tu, ‘betul lah suami aku suka perempuan cantik’. Lagi pula, vibe yang Ika berikan sangat baik.

Aku yang baru pertama kali jumpa Ika pun dapat rasa vibe tu, apatah lagi suami aku yang dah bertahun mengenali dan meluangkan masa bersama. Orang kata biar muka tak lawa, janji hati baik. Macam mana pula dengan muka lawa + hati baik? Korang fikir lah sendiri.

Dari segi rupa paras, memang aku kalah. Tapi dari segi kerjaya, pendapatan dan jaminan masa hadapan, aku jauh lebih baik. Aku bekerja dalam bidang professional yang sentiasa high in demand tak kira macam mana pun situasi ekonomi.

Ika pula, hanya dalam bidang pengurusan acara. Kalau ekonomi lumpuh, lumpuh lah pekerjaan Ika. Eiq pun sama, dalam bidang yang ‘kurang penting’.

Lumpuh Ika, lumpuh lah Eiq kerana bidang mereka berkait rapat. Itu yang aku cuba terapkan pada Eiq. Yang jika Eiq bersama aku, kehidupan nya lebih terjamin dan secure. Cinta dan paras rupa sahaja tak boleh beli beras kenyangkan perut jika terjadi apa-apa.

Tapi aku silap. Aku lupa yang Eiq seorang yang rajin berusaha dan bekerja. Zaman covid dulu, Eiq hilang kerja dan perniagaan dia lumpuh 100% kerana kerajaan tak benarkan industri retail beroperasi.

Tapi Eiq bijak menyesuaikan diri dengan keadaan. Dia cari wang untuk sara diri dan keluarga dan bayar komitmen dengan menjual face mask, jual supplement yang masa itu banyak demand. Dia juga jadi rider GrabFood secara full time.

Dia tetap bagi nafkah dekat aku masa tu walaupun cuma RM200-300. Sekarang dia bagi aku dalam RM1500-2000 sebulan.

Mungkin masa ini lah yang dia kata ‘Ika terima dia susah senang dia’. Sebab masa tu dia memang betul susah sehingga terfikir nak jual syarikat kecil dia tu. Tapi atas nasihat aku dan family dia, dia batalkan niat tu.

Aku ada offer nak tolong bayarkan hutang-hutang dia sementara, tapi dia tolak mentah-mentah. Masa tu aku ingatkan dia malu, atau tak nak susahkan aku. Sekarang baru aku faham yang dia sebenarnya tak nak terhutang budi dengan aku.

Ya aku tau aku selfish. Aku tau akibat dari perbuatan aku sendiri, Eiq semakin menjauh. Kadang dia okay, nak bercakap. Kadang tak bercakap langsung, kadang sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Aku dah lama tahu dan fikir semua tu.

Aku luahkan dekat sini sebab aku perlukan medium untuk aku lepaskan segala yang menyesakkan fikiran dan hati aku. Masa baca komen korang, aku rasa ada kekuatan nak mengundur diri.

Tapi bila pandang muka Eiq, kenang saat indah dia lafazkan akad rasa tak mampu nak lepaskan. Tak mungkin aku mampu ceritakan pada teman-teman rapat atau orang sekeliling aku.

Pada mereka, Eiq sangat sayangkan aku. Pada teman-teman aku ceritakan betapa Eiq sayangkan aku, Eiq ajak aku kahwin sejurus selepas aku habis belajar sebab takut aku terlepas ke tangan lelaki lain. Aku perlu lakukan itu sebagai ‘validation’ untuk diri aku sendiri.

Ya aku memang selfish. Tempat ini sahajalah yang sesuai aku ceritakan semua perkara sebenar, tempat aku mengaku perangai buruk aku kerana takde sesiapa kenal aku.

Dulu aku fikir selepas kahwin, tinggal serumah, tidur satu katil, hari-hari luangkan masa bersama, Eiq akan jatuh cinta kat aku. Memang aku silap besar. Macam-macam aku buat untuk pikat Eiq.

Aku kuruskan badan, aku belajar make up, pakai seksi dekat rumah. Google cara-cara melayan dan memuaskan suami di tempat tidur. Tapi kenapa Eiq seperti tak ada nafsu dengan aku?

Adakah nafsu dan keinginan seksual wujud selari dengan rasa sayang dan cinta? Kalau cuma dengan rasa cinta baru bernafsu, kenapa ada lelaki yang melanggan pelacur?

Walaupun aku cakap Ika beri vibe yang baik, tapi dia tetap manusia biasa, ada juga red flag ya. Ketika kali terakhir kami berjumpa, aku mintak Ika jujur. Sekiranya Eiq meminang dia, dia sanggup tak jadi isteri kedua? Korang tau dia jawab apa?

‘Jadi isteri kedua lepas tu viral satu bandar kita ni, pastu orang akan kecam saya tanpa tahu cerita sebenar. Saya malu, keluarga saya malu. Saya perlu jaga maruah dan air muka keluarga saya’.

Lebih kurang macam tu la ayat yang keluar dari mulut Ika. Aku tak tau nak describe cara dia bercakap masa tu, sinis ke, tegas ke, menyindir ke.

Di bandar tempat asal kami ni, keluarga Ika antara keluarga yang dikenali dan dihormati kerana keturunan dan kedudukan mereka. Ika terang-terang cakap dia taknak jadi isteri kedua, orang tua dia tak akan setuju. Jadi nampak lah dekat situ dia lebih rela menjaga nama dia dari bersama dengan Eiq.

Kalau aku di tempat dia, aku takkan kisah apa orang cakap sebab yang hidup nya aku dengan Eiq. Hanya kami yang faham kisah kami dan merasa perasaan kami. Tapi dia tak sanggup. Siap cakap takut viral satu bandar tahu, padahal bukan aku nak viralkan pun.

Lagi red flag Ika yang aku dapat tahu melalui kawan-kawan aku yang pernah satu sekolah dengan dia. Ada lah cara aku nak korek tu tanpa dorang syak apa-apa. Menurut kawan-kawan aku ni, Ika ni jenis yang agak sombong, hanya berkawan dengan orang yang setaraf dengan dia sahaja.

Jadi aku musykil kalau betul apa dorang cakap, kenapa dia pilih Eiq jadi boyfriend? Ada udang di sebalik batu ke? Takde orang nak dia ke sebab dia sombong dan memilih, so asal boleh je dengan Eiq. Ya Eiq ada juga rupa tapi tidak lah sama cantik sama padan. Keluarga Eiq juga orang biasa-biasa.

Dan nampak senang juga untuk Ika menjauhkan diri dari Eiq sampai Eiq macam orang mati bini dah aku tengok. Kalau betul sayang mana mungkin sanggup bertahan bila di rayu dan di cari. Aku takut nanti Eiq pulak yang tersakiti.

Walaupun aku cakap Ika beri vibe yang baik dengan aku, tapi ada kemungkinan juga dia tak berani nak sombong dan mudah mesra dengan aku sebab dia rasa bersalah, antara kami bertiga dia ibarat penyondol kan. Entah lah.

Tapi jauh di sudut hati aku tak boleh dan tak mampu nak ada rasa marah dengan Ika. Kalau ada pun, itu disebabkan rasa cemburu. Eiq memang dah suka Ika dari zaman belajar lagi. Dan Ika tak tahu yang Eiq suami orang.

Aku pun pelik macam mana di bandar kami yang boleh dikata ‘everybody knows everybody’, dorang boleh berhubungan selama itu tanpa Ika tahu Eiq suami orang, tanpa kantoi dengan aku atau sesiapa bertahun-tahun.

Aku pun tak dapat nak brain waktu bila dorang berjumpa dan luangkan masa bersama.

Tak apa lah. Segala nasihat aku terima dan cuba apply. Aku masih belum mahu give up, aku masih nak cuba jadi suri hati Eiq. Sampai bila aku macam ni aku pun tak tahu.

Aku pun harap diri aku dijauhkan dari menjadi toksik sekiranya benar Eiq dan Ika tetap akan bersatu. Aku berharap aku tidak akan menjadi penghasut dan batu api menyuruh keluarga Eiq membenci Ika dan kasihankan aku.

Aku tahu itu perbuatan keji. Aku harap aku boleh handle perasaan aku agar tidak terjebak dengan perbuatan kotor.

Segala kecaman aku terima. Aku takde rasa apa-apa pun sebab buat masa ini aku tahu apa aku mahu, iaitu hati Eiq menjadi milik aku dunia akhirat.

Terima kasih semua sebab meluangkan masa baca drama hidup aku. Terima kasih sekali lagi kepada yang komen beri nasihat dan pendapat. Aku hargai. Semoaa korang semua sentiasa dalam lindungan Allah.

– Aira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Bagi aku ika tu cakap tak nak jadi isteri kedua , bukanlah red flag.. aik ye lah. Walaupun dia suka eiq, dia tak nak lah jadi isteri kedua . Dia tak nak bersama dengan eiq , dia tak nak hancurkan rumah tangga korang . Addui awak ni . Kira ok lah, dia pun memang nak berundur. Eiq tu tak guna jugak sebab dia tak jujur dengan Ika yang dia dah kahwin dengan awak. Lepas ika dapat tau, ok lah tu dia nak undur diri .

    Kalau ika setuju jadi isteri kedua , mesti kau pulak yang meroyan lagi .

    • jika mahu Eiq hargai dn sayang kn awk…awk kena terima ika seikhlas2 jd madu awk…dr situ hati Eid akn terharu dn bangga dgn pergorbanan awk…tentang ika x sanggup bermadu, blh pujuk dia utk terima jika dia benar² sayangkan Eid..Sy doakn semoga Allah mudahkan segala urusan awk

  2. Entahlah , bagi aku kau tetap selfish !kau masih paksa dia weh untuk miliki hati kau dunia akhirat. Uish .Dia lelaki kot . Eiq tak nak dengan kau. Lafaz akad nikah tu pun terpaksa . Apa lah kau nak simpan eiq tu lagi. Dia pun tak jujur dari awal dengan ika sebab dia tak nak ika tu hilang.

  3. Entahlah tt, hmm. Bagi aku, kau tetap seorang selfish sampai sekarang. Kau paksa hati orang yang tak nak kau. Sedihnya hidup kau

  4. Ika seorang yang baik dan mementingkan maruah keluarga melebihi rasa sayang kepada lelaki..berdoa lah mintak petunjuk Allah..semoga dibuka pintu hati dan dilapangkan dada confesor. Boleh Jadi Kamu Membenci Sesuatu, Padahal Ia Amat Baik Bagimu, dan Boleh Jadi Kamu Menyukai Sesuatu, Padahal Ia Amat Buruk Bagimu.

  5. Maaf kalau komen saya menyakiti confesor. Pada saya awak selfish dan awak sangat ego. Kenapa nak kata Ika tu red flag bila dia tak nak jadi isteri kedua? Celah mana red flagnya? Betullah tindakan dia, jaga maruah dia dan maruah keluarga daripada dapat malu bila jadi isteri kedua. Kenala saya rasa macam confesor ni nak salahkan Ika dan eiq sedangkan masalah ni confesor yang cipta. Dari awal lagi confesor dah selfish n ego. Aku pun pempuan tapi aq tak suka pempuan yang selfish n ego

  6. Taknak jd isteri kedua tu bukan redflag, tu pilihan, kalau masih single cantik baik, blh dpt yg komitmen dgn kita je, buat apa nak menyemak kena bahagi masa dgn 1st wife..buat serabut je. Understood je kalau ko dpt nafkah 1k,2k takde anak nak tanggung penat/stress jg anak…why bother nak ceraikan… Mujur baca laju2 sekali jln je..hidup ko simple amat..hidup je lah aman2. Xde manfaat kt org lain pun confession ni.

    • jika mahu Eiq hargai dn sayang kn awk…awk kena terima ika seikhlas2 jd madu awk…dr situ hati Eid akn terharu dn bangga dgn pergorbanan awk…tentang ika x sanggup bermadu, blh pujuk dia utk terima jika dia benar² sayangkan Eid..Sy doakn semoga Allah mudahkan segala urusan awk

  7. Allah yg pegang hati hamba2nya, awak berdoalah kepada Allah, semoga Allah membuka pintu suami awak untuk awak sepenuhnya.

  8. Jangan fikir utk membandingkan diri sendiri dgn org lain..ingat 1 hati manusia Allah yg pegang so berdoa solat sunat tgh mlm beristikharah lah minta pd allah utk bantu allah suka hambanya meminta minta jgn pts doa. Good luck

  9. Kelakarnya dalam hidup ni, saya kenal benar cerita ni.

    Saya juga mengenali watak ‘Ika’ & ‘Eiq’ ini.. ‘Aira’? Saya tak kenal.. tapi saya pernah dengar ceritanya.

    Saya pulak? Watak paling jahat, paling dibenci dalam cerita ni. Anggap jela saya watak antagonis yang tergila²kan ‘Ika’ namun dibenci kedua mereka. Bahkan kadangkala saya rasakan seluruh dunia membenci saya.

  10. Kalau aku jadi Ika pun aku buat benda sama. Tak rela jadi no. 2 & ada maruah keluarga yang perlu dijaga. Lagipun laki kau dah menipu dia, kalau aku la aku tawar hati dah dengan si Eid tu. Dari jadi buah mulut orang, baik angkat kaki. Bagusla si Ika tu boleh berfikir waras. Bukan ikut suka hati je rampas laki orang.

    Sis, jangan cuba cari kesilapan di sebalik celah2 lubang yang kau (ter)jumpa. Jangan cuba justify benda yang tak sahih pun. You look petty & try hard sangat.

    Moga yang baik2 je buat kau sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *