Meroyan Atau Mengada

Salam semua. Lama dah karang cerita ni, sebab betul-betul nak bagi pembaca faham.

Aku anak kelima dari 6 beradik. Berumur 24 tahun. Yang aku nak ceritakan dekat sini tentang abang sulung aku. Dia dah berkahwin 7 tahun, ada dua anak. Jarak antara anak dia dalam 2-3 tahun.

Masa abang aku nak kahwin dulu, mak aku tak berapa berkenan dengan pilihan dia. Sebab sepanjang diorang berkenalan pun, asyik bergaduh. Tak dinafikan, abang aku ni kurang berdisiplin bila bab kerja. Lepak main game sampai 4 pagi walaupun esoknya bekerja.

Akibatnya gf dia masa tu (yang dah jadi isteri sekarang) selalu mengamuk sakan bila dia terlajak kerja. Mak aku la saksi episod pergaduhan berulang tu haha.

Kakak ipar aku yang aku kenal adalah seorang yang garang, tegas, suka bergaduh, mungkin sebab usia dia yang masih muda masa tu dan mungkin juga sebab perangai abang aku yang kurang berdisiplin dengan hidup dan kerja acuh tak acuh, sekejap berhenti, sekejap okay dengan kerja dia.

Kakak ipar aku pulak masa tu dah bekerja elok walaupun muda 3 tahun dari abang aku. Tapi abang aku yang aku kenal orangnya baik, lembut dan softspoken. Aku rasa abang aku berubah jadi pemarah dan kurang sabar akibat dari perangai kakak ipar aku jugak.

Dipendekkan cerita, akhirnya mereka bernikah. Fast forward tiga tahun kemudian, kakak ipar aku beranak.

Lepas beranak anak pertama, kakak ipar aku jadi semakin pemarah, emosi tak tentu hala, selalu complain penat, marah-marah abang aku tak cukup tolong walaupun abang aku masa tu dah mula bekerja ikut waktu pejabat balik.

Alasan dia? Trauma beranak keseorangan masa Covid dan kesakitan beranak yang teramat. Dekat sini dah nampak mengada dia, sebab orang lain pun beranak juga, berderet anak tapi tak la mengadu macam dia.

Ada satu masa time pantang, mak aku bagitau abang aku untuk balik ke rumah dia dan tidur situ. Tapi sebab perangai menyakitkan hati kakak ipar aku ni, dia tak nak dengan alasan Covid jadi dia takut nak beramai dengan baby – masa tu covid dalam pertengahan tahun 2021.

Lepas dipaksa, baru dia balik melawat, tu pun sekejap je untuk makan dan balik semula tapi tak tidur pun. Mak aku maki abang aku, bagitau yang abang aku tu patut didik isteri dia, jangan terlalu ikut telunjuk isteri.

Aku tak tau berapa lama benda ni berpanjangan, tapi abang aku ada cakap dia pun naik fed up dengan perangai kakak ipar aku yang mengada nak duduk rumah berpantang di rumah mak dia lama2.

Abang aku dah tak selesa duduk rumah mertua dia, jadi kebanyakan masa dia balik rumah dia sendiri atau rumah mak kitorang dan balik rumah mertua hanya bila perlu.

Kemuncaknya satu hari bila diorang balik ke rumah diorang sendiri masa hujung minggu, dan abang aku cerita pagi tu kakak ipar aku menjerit marah dekat abang aku sebab tak tolong dia bagi susu dekat baby yang terjaga tengah2 malam.

Aku rasa masa tu kemuncak sebab tak lama lepas tu, abang aku ceraikan isteri sebab gaduh berpanjangan masa berpantang.

Puas hati kitorang sebab kakak ipar aku memang melampau. Mak dan saudara mara aku yang dah beranak ramai pun tak pernah nak mengada meroyan macam dia. Terpaling stress lepas beranak kononnya.

Tapi diorang rujuk balik lepas kakak ipar aku merayu-rayu atas alasan anak. Baru dia sedar langit tinggi atau rendah gamaknya. Lepas tu, baru nampak perubahan kakak ipar aku, dia jadi lebih baik dengan kitorang sekeluarga.

Allah rezekikan dia mengandung lagi lepas tu. Kali ni, diorang diuji anak tak sihat. Masa lahir, anak kurang oksigen, jadi doktor kata ada effect pada otak dan mungkin perkembangan juga. Kemungkinan kurang upaya sampai ke besar sangat tinggi.

Memang betul, anak diorang kerap keluar masuk hospital walaupun masih bayi.

Maka terjadilah lagi sekali episode meroyan melampau kakak ipar aku. Aku tak faham macam mana seorang mak boleh tak berfungsi seteruk kakak ipar aku.

Aku faham dia sedih dengan keadaan anak dia, tapi kenapa sampai tak mampu nak sayang atau jaga anak tu?

Sampai kena ada pembantu 24/7 untuk jaga anak dia? Sebab dia sibuk melayan perasaan dia yang tak betul. Dengan alasan, depression dengan semua pengalaman dia sebelum ni lepastu diuji lagi dengan anak macam ni.

Pada aku, ni semua ketentuan Ilahi, jadi dia memang gagal habis terima ujian tuhan.

Aku rasa kakak ipar aku kurang iman. Tak mensyukuri apa yang tuhan dah bagi. Bayangkan orang lain nak ada anak pun susah, dia senang2 buat tak endah dekat anak dia.

Dekat sebulan kitorang cuba tolong/pujuk dia, tapi dia tetap berdegil dengan perangai menyakitkan hati dia yang kononnya meroyan.

Pada aku, dia hanya berlakon meroyan sebab dia masih boleh bercakap macam biasa, mandi, buat benda biasa dengan anak sulung tapi bila bab baby dia , terus depression kononnya.

Yang aku tau, dia ada pergi doktor psikiatri tapi tak tau la apa dia cerita dekat doktor tu sampai boleh kena diagnose macam macam dengan segala macam ubat padahal aku rasa lebih kepada kurang iman atau terlalu mengikut emosi.

Kalau orang yang betul depression, nak buat apa pun tak mampu. Nak bangun mandi pun tak mampu.

Dan sejarah berulang, dia diceraikan lagi sekali oleh abang aku yang dah tak tahan dengan perangai dia yang tak tentu hala. Binatang pun sayangkan anak, moga kita semua dijauhkan dari perangai tak semenggah macam tu.

Tak pernah lagi aku jumpa mak yang tak sayangkan anak dalam kenalan aku.

Kitorang memang sokong abang aku ceraikan sebab kakak ipar aku memang melampau kali ni, langsung tak takutkan balasan tuhan bila buat anak dia sendiri macam tu.

Anak dia dah nak masuk setahun sekarang, dan dia langsung tak endahkan. Mak jenis apa macam ni?

Jadi persoalan aku, korang pernah ke ada pengalaman orang terdekat yang meroyan sampai langsung tak sayangkan anak? Takkan meroyan sampai berbulan2?

Penat orang nak melayan emosi kau lagi, dengan nak fikir nyawa anak kau lagi. Memang orang meroyan/depression ni tak boleh fikir waras atas dasar perikemanusian atau naluri keibuan ke?

Kau sebagai orang dewasa boleh kot bezakan baik dengan buruk. Tak takut ke balasan tuhan sebab tak reti mensyukuri pemberian dia?

Sekian.

– Dina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

26 Comments

  1. Well, abg kau knp xkeje elok2, mak kau knp mrh2 smpi maki anak sndiri? Abg kau knp xmatang utk hndle rmhtgga sendiri? Abg kau knp skit2 mengadu kak mak n fam? Patutla kak ipar kau meroyan dpt fam in law mcm korang. Dr penceritaan kau, dpt ditafsirkan bhw korg in law yg toxic. Kau muda tgok ambk pengajaran mn tahu kedepan bnd yg jd kat kak ipar kau jadi balik kat kau.

  2. Contoh dia x endahkan anak dia macam mana? pembantu means orang gaji berbayar ke dalam cerita ni?

  3. Betul dah tu apa yg abg tt buat, iaitu ceraikan kak ipar tu. Sebab apa? Sebab abg tt, mak, tt, dan 1 keluarga semua tak guna, takde empathy, tak cerdik. Saya doakan semoga kakak ipar tt akan dpt kebahagiaan, dpt jodoh yg lebih baik yg appreciate kak ipar & anak2 dia. Utk tt,mak, abg & family, dah boleh karang ayat utk minta ampun maaf dgn kak ipar tu, sebab doa org teraniaya dimakbulkan Allah.

  4. Wahai anon benak ubi, moga kau rasa pengalaman beranak yang 100x lagi teruk dari kakak ipar kau rasa, dan berkahwin dengan family yang 100x toxic dari family kau. Kau memang confessor yang paling tak sedar diri yang aku pernah baca

  5. sy takda di tempat kakak ipar awak atau abang awak tapi tula, soft spoken apa semua tp abang awak membantu tak sepanjang kakak ipar berpantang dlm proses penjagaan anak? sebab sy pun ada suami yg kuat main game. so klau sama perangai sebijik mcm suami sy, Allah nauzubillah mintak jauh. mana ada ibu yg tak sayang anaknya kan? sy pun dulu akan fikir orang meroyan nie kenapa sebenarnya. susah sgt ke jaga anak smpai meroyan kan? tp lepas sy beranak anak first mei tahun lalu baru sy faham. kami ibu-ibu nie tak mintak pun nak emosi lebih time pantang tu. anak tak cukup susu sedih, anak lahir kecik sedih. mcm2 boleh buat emosi time tu. tambah pulak klau jenis psngn tak membantu, jaga anak tak tolong, emosi isteri pun diabaikan. Allah kesian betul klau smpai betul2 meroyan. meroyan nie memang real. pls jgn compare dgn orang lain sebab kita tak pernah betul betul ada ditmpt orang tu. emosional tank pun mungkin tak sama setiap orang. so the best way selagi boleh support dan tolong utk meringankan, orang tu pun mesti dah bersyukur sgt. semoga dipermudahkan urusan keluarga abg awak ya :)

    • Suami Isteri bekerja cari nafkah untuk hidup seharian..kenapa bab jaga anak dan urus rumah tangga kene Isteri seorang..perlu sama2..nauzubillah dapat suami yg malas membantu mcm abg awak..tak baik cakap macam tu kat kak ipar..kalau awak dpt laki malas tlg jg anak n buat kerja rumah, awak tahu la nnti berapa tensionnya manage rumah tangga sorang2..Alhamdulillah dah anak 2, sgt faham kebergantungan untuk suami tlg jg and buat kerja rumah sama2..baru isteri tak marah2..klu ko sorang bt semua bende mmg nak kene jerit membebel lepas geram..

  6. Awak belum kawin kan dik ? Tunggu la bila nnati awak kawin branak lepastu dpt suami jenis lepas tangan . Masatu awak pulak bleh tengok langit tinggi ke rendah macam awak cakap dekat kak ipar awak tu. Semoga berjaya dengan ujian allah dik nanti . Nnati jangan pula suami atau adik ipar awak yang tulis dekat iium pasal awak . Good luckkk

    • Jgn suka nk judge orang lain, isu mertua dan ipar duai ni masalah sejagat. Kau blom kawen dek, what do you know. Jgn cakap besar, nnti karma yg dapat. Tak takut Allah bayar cash pada awak nnti. Jng takbur, konon abg adek tu soft spoken la bagai, kau bukan bini dia kot. Yg tidur sebantal jer kenal siapa abg kau tu. Saya simpati dng kakak ipar masuk dlm keluarga awak. Hargai lah dan support mana yg boleh. Asik nk banding dng entah sapa sapa. Letakkan dirimu di tempat kakak ipar, dah lama kot kau cekik baby tu

  7. Semoga kau nanti dapat ipar duai and mil toxic macam kau dengan mak kau, lepas tu dapat laki perangai macam abang kau dan kau diuji dengan anak anak mcm sil kau. Ameen! – kau ni cakap macam kau dah beranak ramai, tapi aku rasa kahwin pun belum kau ni. lepas tu acah terpaling keibuan dan terpaling faham.

  8. Kalau dah jumpa doktor psikiatri tu, bukan boleh dibuat², bukan boleh dikelentong. Banyak proses penilaian dibuat sebelum doktor sahkan perlu ambil ubat ataupun tak. Bukan setakat dengar cerita saja.

    Memang ada sakit tahap tak peduli anak ni. Meroyan bukan ambil masa sebulan dua je. Ada separuh orang yang jenis pendam, dah bertahun baru beri kesan yang nampak kat orang keliling.

    Dapat suami yang membantu, syukur sangatlah. Kalau bantu on-off pun boleh stress, apa lagi tak bantu langsung. Paling tak, berilah sokongan semangat kat isteri.

    Kalau sis kata kakak ipar kurang iman, tak kurang jugak suaminya.

    Bukan saja² nak backup kakak ipar tu, tapi orang yang waras takkan pernah lupakan anaknya. Kalau dah langsung tak pedulikan anak, memang ‘sakit’ namanya tu.

  9. Jangan terlalu mudah untk awk judge org sbb awk xberada di tempat kakak ipar awk. Awk tidak alami apa yg dia alami. Awk cuma melihat apa yang berlaku secara nyata shja. Apa yg berlaku disebaliknya dlm rumahtangga abg dan kakak ipar awk, belum tentu awk tahu sepenuhnya. Siapa awk utk menghukum seseorang tu kurang iman dan sbgnya. Sblm awk ckp bkn2, judge kakak ipar awk tu, awk pasti ke abg awk tu dh sempurnakan kewajipan dan tanggungjawab dia sbg seorang suami dan ayh yg baik?

    Sy harap awk reflect balik setiap kata2 yg awk lemparkan pd kakak ipar awk. Takut2 nt dh kawen, awk jd lg teruk dr apa yg terjadi pd kakak ipar awk.

    Semoga Allah kuatkan semangat kakak ipar awk utk terus berjuang demi kesihatan mental fizikalnya, dan dia dpt menjadi ibu yg baik. Sy juga doakan semoga dia dikelilingi manusia2 yg baik yg dpt memberi sokongan positif pd dia.

  10. Betul kata org diatas. Kita xmelaluinya,senang nak cakaplah..paling senanglah suaminya..cerai sampai 2x.
    Pernah tolong ke tidak? Mentua serta ipar duai.Mmg bole depressionlah jawabnya. Dapat lagi anak mak ni,huhu..Hopefully dia baca confession ni so dia dpt cerita kisah dia pula.

  11. Kalau kita tak merasa lagi mmg senang nak cakap.
    Ada anak nanti u tahulah. Mmg dalam masyarakat kita dah terbiasa bab jaga anak semua serah pada isteri, macamlah perempuan ni lahir2 terus pandai jaga anak. Yang abang awak tu? Tak reti jaga anak ke? Kenapa dah tahu isteri mcm tu, dia tak take over? Perlu nak marah ke baru tahu tanggungjawab? Eish sungguh tak faham mentality org melayu, lagi tak boleh terima yang menulis ni perempuan. Nanti ada anak u hadaplah, jgn pass anak kat org lain nk jaga ye, then u know apa yg kakak ipar u lalui. Eish, panas hati pula. Ubah lah mindset tu, laki perempuan sama je, anak tu buat sama-sama so jaga sama2. Jgn nk emo salahkan kakak je.

  12. yang pernah ada anak dan lalui je tahu perasaan kakak ipar awak tu.

    dari apa yang saya baca, memang wajar kakak ipar awk jadi garang macam singa, sebab saya sendiri pun ada suami yang kuat main game, tak bantu kerja rumah, tak berdisiplin macam abang awak. sebagai lelaki dan ketua keluarga, yes dia kena didik kakak ipar, dan dia juga kena tahu tanggunggjwab dia sangat besar. memimpin dan membantu dalam kerja rumah. saya rasa kenapa kakak ipar awak jadi sangat sangat sangat stress dan sampai meroyan semasa pantang adalah sebab dari sikap abang awak, sejak belum kahwin, dah khawin, mengandung dan sampai lepas bersalin. perempuan tak akan stress tak tentu hala.

    yes trauma pengalaman bersalin dan meroyan tu mmg ada. bersalin tu sakit yang paaaaaaaaaaaling sakit selepas MATI. dosa kak ipar awak dah diampunkan masa di bersalin. tapi dosa abang ipar awak yang abai tanggungjawab dan dosa awak yang tak membantu dan membrurukan kakak ipar awak belum tentu diampunkan lagi.

    Ujian buat kakak ipar awak dapat suami yang pemalas, tak berdisiplin dan dapat pula adik ipar dan mak mertua yang bias.

    Saya sendiri rasa macam mana SAKITNYA DAN AZAB nya bila lepas bersalin dan pantang suami perangai masih sama tak tinggalkan game, tak berdisiplin. semoga awak akan rasa lebih teruk dari apa yang kakak ipar awak rasa.

    saya seorang pegawai kesihatan, yes nak bercakap apa apa mesti dengan ilmu dik. Depsression memang akan wujud bila persekitaran yang membuatkan kita stress berpanjangan, dalam masa yang sama kita kena hadap dan jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu. meroyan masa pantang memang betul berlaku. kalau saya jadi kaka ipar awak, eloklah oulangkan abang ipar awak tu kepada keluarga awk. buat apa ada suami tak guna. dan awak dan keluarga sendiri tak pernah pun hidup sekatil sebilik setiap hari dengan abang awak. sama dengan suami saya, depan keluarga dia pihak semut pun tak mati. tapi pemalas tak bertanggungjawab hanya isteri yang tahu. besar pahala kakak ipar awak bersabar dengan dia selama ni.

    DEPRESSIOn bukan maca sakit terlantar dik. masih boleh buat urus diri semua tu tapi dalam fikiran dan hati yang sakit. kalau sah doktor diagnose tu memang betul lah. kesiannya kaka ipar awak. moga banyak pahala dan syurag buat dia.

    dan untuk abang awak, semoga dia disusahkan hidup dan jumpa dengan pasangan baru yang lebih teruk sama perangai macam dia. baru ngam

  13. Selesai membaca sampai noktah akhir.

    Pertama: sayang diri sendiri.
    Bila kita belajar sayang diri sendiri, kita akan sibuk siapkan diri dalam pelbagai hal. Manusia tak sempurna tapi berusaha untuk jadi baik. Usaha gali ilmu sebanyak mungkin. Jika ada persoalan, usaha cari ilmu dari sumber yang soheh dan berautiriti dulu sebelum buat apa2 kesimpulan. Biar kita buat sesuatu dengan ilmu.

    Kedua: Berlapang dada.
    Menghakimi itu kerja Allah. Untuk semua hal yg tak selari dengan kehendak kita, cuba belajar berlapang dada ya. Kita tidak berada di tempatnya. Ujian yang sama, tapi semua orang akan hadapinya berbeza. Lihat saja ujian solat. Allah beri kewajipan solat 5 waktu. Ada orang boleh buat penuh. Ada orang lompong2. Ada orang boleh solat awal waktu, ada orang hujung2 baru boleh solat. Itu baru 5 waktu, waktu yg sama, subuh zohor asar maghrib dan isyak, tapi tak semua dapat berdiri rapatkan sof di masjid untuk solat berjamaah bersama.

    Ketiga: kalau tak boleh membantu, jangan musnahkan.

    Keempat: sukat keimanan.
    Tak ada alat sukat iman. Cuba tengok situasi ni, mungkin kamu pernah pergi darussyifa, perubatan islam tu. Di sana ramai jugak yg solat, bertudung labuh yang kena gangguan jin,sihir, santau. Adakah kamu nak cakap diaorang ni tak kuat iman?

    Kelima: apa saja yang datang dalam hidup kita, kutip semuanya sebagai ilmu. Panduan hidup kita di masa hadapan. Kelak akan menjadi bekal yang amat berharga untuk kita teruskan perjuangan mendapatkan syurgaNya.

    Teruskan berjuang masuk syurga.

  14. Astaghfirullah, bercerai sampai 2x, dua-dua lepas beranak dan dalam pantang? Pertama kali kena cerai pun mungkin kakak ipar awak dah teruk sangat mentalnya, tapi tetap korbankan diri nak rujuk sebab anak masih kecil. Waima macam mana buruk sekalipun perangai bekas kakak ipar awak semasa dalam perkahwinan, dia baru sahaja melahirkan zuriat abang awak – bertarung nyawa melahirkan anak. Betapa besarnya kasih dia pada abang awak. Mengandung 9 bulan, bertarung nyawa lagi. Abang awak pulak senang ye tak tahan kerenah/perangai/emosi/depresi kakak ipar awak semasa pantang.

    Kalau abang awak benci sangat dengan kakak ipar awak, kenapa masih mengandungkan kali kedua? Masa menulis ni baca balik tak, dan cuba tengok dari pandangan orang luar tak?

    BEKAS KAKAK IPAR AWAK SAKIT TAU TAK? SAKIT DEPRESSION/ANXIETY/PPD – DAH TAHUN 2024, CELIKLAH MATA SIKIT. ISU SAKIT MENTAL BUKAN KERANA KURANG IMAN. Tanpa kita tahu, dia lagi dekat dengan Allah SWT dari kita yang sihat ni. Jadi jaga-jaga. Rasa bekas kakak ipar awak memang teruk ujian dia sekarang, hit rock bottom habis, dianiaya orang yang sepatutnya melindung dia, kalau nama-nama kalian disebut dalam doa dia, bersedialah kalian. Doa orang dianiaya tiada hijabnya.

    Dia bukan dalam keadaan waras, kebencian terhadap anak dia bukan lah dibuat-buat. Mungkin juga dengan dia menjauhkan diri dan tidak menjaga atau involve dalam hidup anak tersebut, itulah yang terbaik. Daripada dia mencederakan/membunuh bayi tersebut – macam kes2 meroyan yang kita tengok selama ni. Jadi bersyukurlah dia masih tidak apa2kan budak.

    Tak cukup dengan tu, dituduh pulak kurang iman. Apa perasaan kakak ipar awak ye bertalu-talu didera mentalnya? Berpantang sendiri, berubat sihatkan mental pun sendiri. Mana si suami sebagai pelindung? Sebagai qawwamnya? Nak salahkan perangai bekas kakak ipar yang kasar, sekarang bukan itu isunya. Semoga Allah SWT membalas kesabarannya dengan setinggi-tinggi ganjaran.

    Betapa zalimnya kamu sekeluarga, terutama sekali kaum perempuan dalam keluarga kamu, yang boleh bersorak dengan kesengsaraan kaum kamu sendiri. Suami sepatutnya menjadi pelindung, qawwam. Isteri sakit, lagi ditalak-talakkan nya. Keluarga pula menyokong. Nak jadi apa kalian? Mana letaknya agama kalian? Ye, kakak ipar ada salahnya sampai tidak endahkan anak, tapi dia sakit faham tak? SAKIT!! Apa yang dia perlukan sekarang bukan pandangan serong, komen jelik, tapi FULL MORAL SUPPORT!! Dengan penganiayaan korang ni, percayalah, mungkin dia tidak akan menerima anaknya langsung.

    Semoga dia bertemu jodoh yang faham keadaannya, terima dia seadanya, direzekikan keluarga mertua yang baik, telus fahaman agamanya dan tidak akan sesekali menghakiminya.

    Semoga berbalik lebih teruk kepada kalian semua.. berapa ramai dah mendoakan kecelakaan kalian.. dekat FB lagi teruk..

  15. Aku xdoa, tpi aku harap org yg tulis ni nnt dia dh kawen ada anak semua aku nk dia rsa mcm mna perasaan seorang ibu meroyan masa pantang.

  16. hi dina, semoga kakak ipar awak dipertemukan suami baru yang jauh lagi baik dan rajin dari abang awak. kesian dia dapat suami malas. dapat mertua dgn adik ipar yang toxic pulak tu. hati-hati ya bila berkata dina, takut berbalik kat diri sendiri pulak. kbai

  17. Aku rasa confessor ni and family nak backup abang dia je. Hal rumah tangga abang dia sibuk nak masuk campur. Sebenarnya abang kau tu yang malas nak tolong isteri dalam segala hal. Kesian kakak ipar kau dapat adik ipar toxic macam ni

  18. Orang macam kau ni la antara yang pandang remeh stigma masyarakat pasal mental health. Dik elok kau pergi join mana2 mental health awareness kelas dulu dik sebelum kau komen macam2 pasal emosi orang lain. 2024 ni dah banyak orang spread awareness tinggal kau nak fahmkan je. Aku doa kau tak jadi dan rasa macam kakak ipar kau tu. Tapi kalau rezeki kau merasa suatu hari nanti perangai toksik kau dengan mak kau, semoga kau sedar.

  19. Semoga confessor dpt suami mcm abg mu, keluarga mcm mertua ipar mu, dan ujian mcm kakak ipar mu.
    Tengok Gagal ke tidak ujian takdir.

  20. jangan main sedap kata orang x kuat iman dik..awak x di situasi akk ipar awak & jgn main2 ngn depression ok.STOP kate orang pempuan pas bersalin mengada-ngada la..pura2 depress la..x kena kt batang idung sndri x pe..cer kena kat diri sendiri..mau lebih teruk dari itu..saya yg keje dalam bidang mental health ni..dah tgk mcm2 patient yang depress..jadi..watch ur world ok..jgn sedap tibai orang mcm2..dah tahu dia depress..support dia..bukan kecam..galakkan lagi diorang bercerai..nampaknya awak pun x der nilai insani la dik..shame on u

  21. Hi Dina, wah wah panjang lebar bercerita pasal hal rumahtangga orang lain. Satu je nak cakap, kita akan diuji dengan perkataan kita sendiri. Nanti kalau awak diuji macam kakak ipar awak, senyum dan hadapilah dengan tenang sebab awak kan wanita paling kuat? InsyaAllah, semoga berjaya Dina. Fighting Dina! Dina pasti boleh!

  22. Astagfirullah, sedarkah kamu apa yg kamu tulis dan katakan ini.

    Saya pernah berada di situasi kakak ipar kamu, depression meroyan yg sangat teruk sehinggakan hampir bunuh anak sendiri.

    Benci anak tu usah cakaplah. Dari dalam perut sebelum anak tu dilahirkan lagi saya sudah rasa benci.

    Sebabnya orang keliling yang toxic dan saya terlalu penat uruskan rumahtangga seorang diri dan saya juga bekerja.

    Bukan suami saya tidak bertanggungjawab, cuma tugas dia di tempat kerja yang memaksa dia beri komitmen kerja sehingga tengah malam sehingga ke pagi baru balik rumah(untuk makluman, suami saya bukan kerja pejabat yang waktunya 7pagi -5petang)
    Alhamdulillah suami saya tidak pernah tinggalkan saya. Akhirnya, dia sedar saya perlukan dia. Dan dia sanggup korbankan kerjanya demi saya pulih.

    Setelah menjalani rawatan psikitri akhirnya saya semakin pulih (3 tahun menderita depression). Depression is real awak.
    Kami bukan tiada iman. Hari-hari kami ingatkan Allah.
    Orang depression ni umpama dunia dia gelap sangat. Apa pun dia tak nampak.
    Dia tak nampak langsung cahaya atau jalan keluar. Dunia dia rasa dihimpit dan ditekan bertubi-tubi.
    Dia hilang kepercayaan pada semua orang termasuk diri dia pun dia tak percaya.
    Dia bukan buat-buat sakit, tapi dia memang sakit.

    Dulu sebelum sakit, saya pun berfikiran yang sama yang orang depression ni sebab kurang iman. Mungkin sebab inilah saya diuji sebegini untuk saya merasa dan faham the real of depression.

    Nasihat saya, kita siapa untuk judge orang.
    Pengakhiran kita pun belum pasti adakah syurga atau neraka tempat kita.

  23. Pospartum is real dik. Aku dulu lps beranak (czer) pon asyik nangis je dulu, xtau dah kenapa.. kdg emosi ok, kdg emosi kelaut. Nak jaga luka betul² bg sembuh, mana nak jaga anak, susukan anak lg sampai luka aku bdarah balik g hospital kena bukak balik, cuci luka jahit kali ke-2. Kau rasa?? Masa tu memg husband aku yg jaga anak, bjaga malam jaga anak walaupun siang dia kerja. Tp yg bagusnya husband aku ni tak meratib mengadu kat family dia sbb dia faham, dia kesian kat wife dia lalui mcm² beranak kan anak kitorang. Pastu ada ipar aku up status sampai skrg aku terasa sbb family in law yg jaga aku masa pantang. Sbb aku asyik sakit & agak lambat sembuh (maybe sbb aku xmacam dia yg dah beranak ramai & cepat sihat) so, cuma nak ckp kat sini ipar² sekalian just mind your own businessssss.. setiap org bdn / mental tak sama okay. Jgn asyik nak judge org padahal kau takde kat tmpt dia, kau tak faham dan takkan fahammm pon. utk confessor sila la jaga rumah tangga sendiri je okay.. Baii

  24. Sis cuma nk cakap kau dengan fam kau nie benak sampai tak tahu tahap apa la….kau kalau belum mengandung belum beranak jangan nak bercakap ikut sedap mulut…kau duduk dulu dekat tempat kakak ipar kau baru kau rasa….sakit 9 bulan mengandung…sakit melahirkan jaga anak lagi…abg kau tolong tak?abg kau tanggung tak sakit tu? Semoga kau insaf la sis….bercakap mcm dah ada pengalaman beranak je….kau sebagai perempuan patut kau bagi sokongan moral dekat kakak ipar kau…bukannya tambah sakit dia lagi…nak kata orang tak cukup iman…iman kau tuu cukup sangat ke?kalau kau rasa kau terpaling alim…tak payah masuk campur urusan rumah tangga abg kau….abg kau dah besar pandai ii la dia urus sendiri….sakit beranak tak semua orang sama ye benak….ada yg tak sakit sangat ..ada yang sakit mcm nk mati…kau belum rasa kau tak tahu sakitnya macam mna….last but not least aku harap kau jumpa fam in law lebih teruk dari fam kau…kau jumpa husband yg lagi teruk perangai dari abg kau…jaga ii doa orang teraniaya nie senang makbul…harap ii la kakak ipar u tak doakan yg bukan ii…untuk ‘kakak ipar’ semoga u kuat membesarkan anak ii dan rawat mental health u…ramai lagi laki yg berguna dekat luar….buang je sis sampah yg menyemak dalam hidup u…u tak rugi apa pon…keep it up and stay strong….hug dari jauh :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *