Normal Ke Aku Ni?

Aku terpanggil untuk menulis dekat sini sebab aku terbaca confession ni..

https://iiumc.com/normal-ke-ada-kawan-imaginasi-sampai-dewasa/

Maaf kalau ayat tunggang langgang sebab aku nak menyembunyikan identiti risau kalau ada yang kenal gaya penulisan aku so aku kena ubah.

Aku lefthanded berumur 29 tahun, kadang-kadang aku selalu terpikir yang aku ni ada masalah mental ke?

Aku tak tau la aku ni kategori yang mana satu. Karakter yang wujud ni aku tak sure yang tu adalah kawan imaginasi atau sekadar angan-angan semata.

Aku ni adik beradik tiga orang je aku pulak anak bongsu, gap umur pulak jauh dengan abang dan kakak so aku ni selalu la main sorang-sorang. Start masuk sekolah rendah aku rasa imaginasi aku ni agak tinggi sebab aku selalu ada idea untuk buat karangan.

Masa sekolah cikgu-cikgu BM selalu puji yang aku punya karangan ni lain daripada kawan-kawan yang lain sampai karangan aku tu dipilih jadi karangan contoh terbaik. Masa aku darjah empat aku boleh buat novel sendiri, gigih aku tulis guna pensil.

Masuk sekolah menengah pulak yang mana zaman tu dah ada internet yang meluas dan penggunaan laptop pun semakin meningkat, aku mula buat cerpen dan hantar ke website Penulisan2u.

Mungkin ada diantara korang yang pernah baca penulisan aku, hehe.. Sebab idea tu dah banyak sangat aku sampai boleh melukis la, ada la buat komik jugak untuk simpanan sendiri.

Semakin lama aku perasan yang aku ni agak pelik sikit, kalau terlibat dalam sesuatu tu aku akan involved dan bagi effort 100%.

Dalam kepala aku ni terlalu banyak idea sampai aku sendiri rasa semak dan letih. Maaf ye untuk ayat berulang, ni pun salah satu problem aku jugak. hmmm..

Aku ni sampai tak boleh fokus dalam kelas, bila cikgu mengajar jasad aku memang ada kat situ tapi fikiran aku menerawang pikir pasal pertandingan atau apa-apa program yang aku join tu lah.

Bila aku masuk alam pekerjaan aku rasa masalah aku macam lagi teruk, aku sampai tak dapat nak tidur malam sebab terlalu banyak idea. Aku menangis nak tidur tapi aku tak boleh tidur sebab otak aku aktif berkerja.

Aku ada sorang kawan baik lelaki yang selalu support aku dari zaman sekolah menengah tapi biasa la kan bila dah berkawan-kawan ni mesti salah sorang akan rasa dia lah yang memahami diri ini, dia la yang boleh handle diri ini. klise kan?

Dan ye aku direject sebab kawan aku tu cakap yang aku ni macam saje nak buat cerpen kisah aku dengan dia padahal aku memang rasa dia yang terbaik bukan main-main do,

Mungkin dia pun rasa aku ni orang gila kot atau lebih tepat lagi bukan aku yang dia nak maka terputuslah hubungan persahabatan,

Wasap aku pun tak dibalas tapi setahun lebih jugak la aku duk wasap dia bercerita pasal hari-hari yang aku tempuh walaupun takde respon lama kelamaan aku pilih stop untuk jadi orang bodoh sebab rasa macam dah lama sangat hidup dalam kebodohan.

Aku teruskan hidup dengan kawan-kawan lain, aku ni ramai je kawan perempuan kawan lelaki je tak ramai sebab aku tak berapa pandai nak komunikasi dengan lelaki,

Aku terer dalam cerpen je kalau ayat-ayat yang sweet ni tapi untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian tu tak sebab rasa macam annoying je so aku pun mula bosan dah untuk tulis cerpen genre romantik dan sweet ni so aku beralih pulak pada genre seram dan psikopat. Aku published kan cerpen aku kat Wattpad.

Aku still sama idea mencurah-curah cuma masalahnya ada satu karakter ni yang aku memang dari kecik dia selalu ada dengan aku sebab yela aku kan dulu selalu main sorang-sorang jadi aku bercakap dengan karakter ni je la.

Karakter ni memang tak bernama dan mukanya pun tak jelas, samar-samar. Aku tak tau dia ni sape cuma dulu dia tak kerap sangat muncul bila waktu dah dewasa ni dia kerap muncul dan dia adalah seorang lelaki.

Aku berkomunikasi dengan karakter ni hanya dalam fikiran je seolah-olah dia ada didepan aku, terkadang aku bercerita dengan dia ni sampai aku tak sedar dah berjam-jam. Kalau bercerita pun kadang-kadang cerita yang berulang je pun tapi dia tak pernah bosan dengan aku.

Paling teruk bila aku komunikasi dengan karakter ni aku tak perasan sebenarnya aku tengah mundar-mandir kat dapur sampai abang dengan kakak aku pun pelik tengok aku.

Bila ada masalah ada isu aku akan bercerita pada karakter ni tapi time aku duduk sorang-sorang je la contohnya macam time balik keje tu aku drive sorang tapi tak tau lah kan kereta sebelah tu nampak ke apa kan,

Anggap je la tengah bercakap kat handphone guna earphone kalau tetiba bercakap sorang-sorang tu sebab aku pun macam tak sedar gak masa bercakap tu memang hanya sekadar dalam fikiran atau mulut aku terkumat kamit jugak.

Sesekali tu macam terkeluar gak la suara aku so aku takde la nak communicate time tengah ramai orang kang makin jelas pulak tak betul dah otak aku ni.

Bila kat office pulak, aku buat keje pandang PC tapi dalam kepala aku ni aku tengah berkomunikasi dengan karakter tu.

Kadang-kadang kitorang bergaduh, kadang-kadang baik ada la sesi pujuk memujuk tu sampai aku tak sedar yang memek muka aku berubah walaupun hanya berkomunikasi dalam fikiran sampailah satu hari officemate tanya aku kenapa so masa tu aku sedar yang aku makin teruk.

Aku bukan jenis yang tak sembahyang ye, aku menjaga solat aku mengaji buat jugak solat sunat tu tapi aku pun tak tau la kenapa macam ni.

Aku pun ramai jugak kawan bukan aku sunyi pun tapi entahla mungkin sebab single kot so aku pun try la untuk berkenalan dengan lelaki,

Selama ni aku tak pernah nak mencari pun sebab aku pikir kalau memang jodoh lari nyorok dalam gua pun jodoh tu akan datang sendiri. Aku ni enjoy je life single aku.

Maka bermulalah episod perkenalan tapi semuanya terkandas di talking stage, aku kena ghosting kena block la macam-macam la pengalaman kena reject ni sampai aku pun dah terbiasa kena reject,

Kalau lelaki tu tak reject aku tu yang buat aku rasa pelik apahal dia tak reject tapi dalam tak reject pun perkenalan tu memang tak nampak arah tuju akhirnya masing-masimg senyap je.

Aku pun malas dah nak kenal dengan orang, kalau takdir aku ni memang single sampai ke akhir usia pun aku reda je la. Nanti dah tua aku duduk la rumah orang-orang tua swasta tu bayar mahal, macam-macam program/aktiviti dorang provide.

Dalam aku berkenalan dengan orang lain pun karakter ni masih lagi setia menemani aku mendengar luahan bagi support cuma dia tak muncul kat alam nyata je.

Nak kata gangguan jin takde pulak tanda-tanda macam mimpi jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bayi ke apa memang takde so mungkin karakter ni adalah kawan imaginasi yang aku cipta sendiri kot ataupun otak aku ni memang tak berapa betul. So, normal ke aku ni?

– Left-handed (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hello, awak mcm ada Maladaptive daydreaming…saya dulu pun teruk mcm tu juga berimaginasi smpai tk sdr diri dh berdiri/brjln kdng smpai brckp sndiri..ye saya pun sma juga ada satu watak tu sya create sndri dia laki…awak boleh try jumpa psikiatri,jgn anggap jumpa psikiatri ni benda negatif atau hal2 relate ke mslh mental…tpi benda ni penting untuk bagaimana cara handle MD ni…ini cuma sangkaan saya tpi baik awak bertemu dengan pakar untuk bantu supaya tk melarat….

  2. Ye bunyi macam maladaptive daydreaming, gi jumpa pakar psikiatri dek, ada ubat utk kawal menda tu supaya otak ko senyap sket.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *