Salam admin & pembaca budiman. Saya merupakan silent reader. Saya jarang komen tapi saya akan like mana2 confession yang saya suka.
Rasa terpanggil untuk berkongsi cerita benar yang terjadi pada saya 10 tahun lalu & kesannya hingga ke hari ini dan insyaAllah hingga ke akhir hayat saya.
Nama samaran saya, Nanak… Sempena nama stray cat kesayangan saya yang pertama. 10 tahun lalu saya berusia lewat 30an, seorang isteri, ibu pada 2 anak lelaki & bekerja di sektor swasta.
Saya nak storykan tentang keajaiban bersedekah.. Kejadian ini terjadi pagi jumaat. Confession ini saya tulis juga di pagi jumaat yang penuh barokah.
Masih saya ingat, di pagi hari jumaat tu, lepas setel semua hal anak & rumahtangga, saya memandu ke tempat kerja.. Laluan yang sama, waktu yang sama traffic light yang sama every monday to friday.
Macam biasa saya akan berhenti di sebuah gerai pakcik ni.. Gerai biasa2. Biasanya saya akan beli sarapan sekali dengan lunch sebab tengahari malas nak keluar.
Masa tengah tunggu pakcik gerai makan bungkuskan pesanan, dari jauh saya terpandang seorang lelaki pertengahan umur.
Dia memakai baju yang lusuh & sedikit koyak… Tidak berbutang menampakkan sebahagian badannya yang agak gelap, kurus dan berpeluh. Memakai seluar yang juga sangat lusuh, koyak & berkaki ayam…
Paling touching, dia sedang memikul plastik besar yang berisi barang buangan, maybe plastik, kertas dan tin minuman. Tangan sebelah kiri dia mengheret bungkusan plastik yang juga tidak kurang besarnya.
Langkahnya perlahan menuju ke gerai yang sama. Dia berhenti di hujung gerai, bahagian dapur gerai. Tempat bancuh air. Saya dengar dia minta air kosong. Abang yang bancuh air tu tanya air kosong berapa.. Dia jawab sebungkus je.
Terdetik di hati, bagaimanakah kehidupannya.. Minum air kosong je. Mesti dia takde duit, sebab tu minta air kosong… Berapa yang dia dapat dengan jual barang2 recycle tu? Soalan tu bersilih ganti dalam kepala saya. Dan…..
Waktu tu saya tau dalam dompet saya cuma cukup2 je, tapi keinginan saya untuk memberi dia makan hingga kenyang dan membantu menghilangkan dahaganya benar2 buat saya tak fikir dah duit tu cukup ke tak.
Tanpa fikir panjang saya minta pakcik gerai bungkuskan milo ais (waktu ni tak timbul lagi isu boikot si isr hell) nasi berlaukkan ayam, ikan & sayur. Saya bayarkan dan benar, duit saya memang licin.. Habis.
Saya pesan kat pakcik jangan bagitau saya yang belanja dan saya terus masuk kereta.. Drive ke office.
Memang abang tu tak kenal saya & saya tak kenal dia, tapi dia tengok saya tadi.. Bimbang dia rasa malu atau terhina sekiranya dia tau saya ni seorang perempuan yang belanja dia makan & minum..
Sebab suami saya pernah cakap, lelaki akan rasa downgrade bila seorang perempuan belanja makan..
On the way… Saya pun monolog sorang2.. Baru tengah bulan ni, duit gaji lambat lagi.. Duit dalam dompet dah kering ni..
Tapi saya tak menyesal pun habiskan duit saya untuk belanja abang tadi.. Tak terfikir pun… Bahkan saya rasa puas yang teramat bila boleh belanja abang tu.
Sampai office, macam biasa buat tugas kita sebagai seorang akauntan. Dalam pukul 10 pagi encik suami yang dicintai call. Nada yang sangat happy.. Allahu..
Suami saya bagitau tentang perkhabaran yang sangat menggembirakan yang memang kami tunggu2 bertahun lamanya.
Sebenarnya kami sedang menunggu sejumlah RM yang bernilai hampir 6 angka yang memang menjadi hak kami dibayar kepada kami. Alhamdulillah pagi tu, si debtor tu lunaskan secara lump sum tanpa ansur2…
Waktu tu saya tertanya2, adakah Allah sedang membalas sedekah saya pada abang tadi.. Kerana saya memang ikhlas lillahitaala,
Habis bercakap dengan suami, saya sujud syukur sambil nangis2. Saya ucapkan kesyukuran yang tak tahu nak cakap camana bersyukurnya saya.
Benarlah, sedekah yang paling afdal adalah ketika kita berada di tahap yang paling bawah. Memang saya takde duit waktu tu, menghadapi financial problem yang agak teruk. Duit yang ada entah cukup ke tidak untuk tunggu gaji akhir bulan.
Bermula dari hari tersebut, hidup kami yang berada di level M40 telah berubah ke T20.
Sehingga kini, kami tetap meneruskan habit kami, sekiranya kami makan di mana2 kedai makan yang biasa.. Bila melihat keluarga yang kurang berkemampuan, kami akan bayar tanpa pengetahuan mereka.
Jika nampak couple yang dah berumur yang sebaya parents kami, kami akan bayarkan untuk mereka, senyap2.
Saya cukup happy bila jumpa pelajar2 sekolah menengah atau IPT yang berkumpul di meja makan, kami akan bayarkan secara senyap2. Cukup seronok bila tengok dorang makan tanpa mengetahui makanan mereka telah dibayar.
Bila beli barang kat gerai atau kedai pacak payung, kami tak ambil balance. Adik2 yang buat delivery juga sedaya upaya kami selitkan.
Kami anak beranak adalah animal lover so, bila ada open donation untuk strays tak kira la kucing or anjing.. Kami akan donate senyap2.
Bagi saya, bersedekah la hingga kaya, bukan tunggu kaya baru nak sedekah. Bersedekah bukan saja pada manusia tapi juga pada haiwan. Buat kerana Allah. Hanya untuk Allah.
Sesungguhnya Allah itu maha kaya. Maka dia tidak akan memiskinkan hambanya yang bersedekah hanya untuk NYA.
Saya berdoa semoga para sahabat sekalian dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diberi jalan penyelesaian bagi semua permasalahan hidup.
Juga semoga Allah menjaga semua haiwan2 jalanan daripada segala kezaliman dan ada sinar untuk mereka sepertimana haiwan2 jalanan di Turkey.
With Love,
– Nanak – my first stray cat..
Moga bertemu di Syurga.
– Nanak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit