Kahwin “Sumber Pendapatan”

Confession kali ini aku tulis cuma meminta pandangan netizen. Boleh komen selayaknya.

Nak dijadikan cerita aku kahwin dengan suami aku. Pada aku sempurna dimataku solat jaga, tak kedekut bertanggungjawab.

Benda kecil2 tu macam kadang kadang annoying aku terima je sebab dia memang jenis macam tu.

Tapi yang tak best bila penerimaan kakak ipar. Masa mula kahwin tu macam pandang lain macam atas bawah.

Aku buat tak tahu sebab terlalu awal nak baca orang. Biasa aku baca orang ni bila dah cukup maklumat perangai aku kumpul baru aku buat konklusi. Okay orang ni perangai dia macam ni.

Suami aku ni antara adik beradik dia paling berduit, gaji paling tinggi.

Masa kahwin dengan aku kereta tak ada, rumah tak ada. Motor nama sendiri pun tak ada. Padahal kalau cerita tu memang gaji dia bukan sikit sikit. Tapi semua habis kepada family. Jenis menghulur sangat.

Kadang kala kalau belanja tu sampai ribu riban dia habis. Masa kahwin memang duit dia habis untuk majlis je. Majlis belah lelaki pun tak ada. Kami mampu satu majlis dan aku jenis tak kisah.

Lepas kahwin dia beli kereta cash nama sendiri, aku support bagi pinjam sikit.

Baru baru ni dia bayar hutang aku. Sebenarnya dia boleh je kumpul duit. Sebab lepas kahwin dengan aku, macam kurang keluar dengan family dia.

Jarang sikit balik kampung sebab kadang kala balik kampung aku. Jarak tempat kerja dia sekarang pun jauh dengan family dia.

Tapi yang tak best bila dia suarakan nak kena kerja lagi. Cari duit lagi. Aku macam tak cukup ke segala yang ada sekarang. Aku syak macam dia memang kena peras. Nak kena tanggung berapa mulut nak suap.

Aku sorang je yang dia tanggung, kemudian ayah dia. Mak dia dah meninggal. Tapi dia kalau menghulur tu tak beragak. Sampaikan diri sendiri tak berduit habis licin tu macam melampau.

Rupanya aku baru faham kenapa kakak kakak ipar ni pandang atas bawah. Mereka anggap adik dia (suami aku) sumber pendapatan. Jadi kehadiran aku ni mengancam sumber pendapatan dia.

Jadi aku ni macam bahaya untuk diorang. Sebab aku boleh nampak bila balik kampung mesti nak suami aku ikut sekali. Pegi bercuti mana mana nak suami aku sekali sebab dia sumber kewangan untuk support.

Kadang aku kesian dan aku tak tahulah suami aku sedar ke tak. Dia memang kerja then gaji licin untuk orang lain.

Fyi kakak ipar aku tu tak kerja yer. Ada laki tapi laki dia ada masalah tak kerja juga. Apa apa nak kena support. Aku sendiri ni pun kerja. Kena maki dengan orang pekakkan telinga. Tapi dia menunggu suap je. Aih entahlah.

Aku harap laki aku ni sedarlah yang dia ni kerja teruk teruk tapi tak nampak apa. Dia pernah cakap dia jadi berkira sikit dengan keluarga lepas kahwin.

Aku macam yelah sebelum ni duit semua licin derma kat orang. Sampai diri sendiri harta pun habis.

– Xyz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *