Nama aku Zulaikha. Seorang isteri yang berkerjaya diserikan 3 orang cahaya mata yang comel-comel. Berkahwin dengan lelaki yang kami kenal dialam maya.
Awal perkahwinan seperti pasangan lain juga terlalu indah. Dia lelaki yang 200% sayang bini orang kata.
Sampaikan tahap sayang bini kalau boleh nak melekat dengan bini 24 jam. Sampai aku pernah terfikir andai aku pergi dulu macam mana di nak teruskan hidup HAHA!
Segalanya sedikit makin sedikit berubah bila aku lahirkan anak-anak. Perhatian dia yang dulunya 200% kepada aku dah mula hilang.
Aku faham kami masing-masing sibuk bekerja dan mengurus anak-anak. Tak dinafikan dia banyak membantu aku mengurus rumah tangga.
Menginjak ke usia 6 tahun perkahwinan aku bagaikan hilang suami aku. Rutin seharian kami berputar sama.
Pagi aku siapkan makanan sebelum keluar bekerja dia bantu siapkan anak-anak2. Lepas hantar anak-anak ke sekolah dan taska masing-masing ke tempat kerja.
Balik aku uruskan makan malam keluarga, kemas rumah, siapkan pakaian untuk esok pagi, dia bantu tengokkan anak-anak. Dan masing-masing kepenatan terus tertido.
Ada ketika naluri isteri tak mampu nak menidakkan. Naluri isteri yang ingin dimanja. Tapi semua tu hilang sekelip mata. Anak bongsu aku menginjak ke usia 10 bulan.
Sejak dia dilahirkan suami sudah banyak berubah. Tiada lagi gurau senda, tidur sekatil dan paling ketara sejak anak bongsu kami lahir hanya 2x suami Minta untuk dilayan. Selebihnya suami banyak tido atas sofa sambil layan tv.
Awalnya aku cuba positive. Dia penat mungkin. Aku pun balik mengurus kerja-kerja rumah around 12pm settle semua masuk bilik dan tido kepenatan. Tapi setiap malam aku berharap ada suami disisi tapi semuanya hilang.
Macam-macam cara aku buat untuk tarik balik hati dia. (Walaupun kami bukan bermasam muka). Mungkin ada sesuatu yang hilang dalam rumah tangga kami.
Aku cuba untuk hias kembali bilik tidur kami seperti awal perkahwinan dulu. Aku cuba untuk bercantik-cantik (walau hakikat aku tak cantik! HAHA) aku cuba dahulukan dia dalam banyak perkara tapi semua tu tiada hasil.
Dia seperti biasa layan aku dengan baik layan anak-anak tapi bila malam menjauh.
Sekarang aku bagaikan hilang rasa. Semua tu semakin memudar. Bukan tak usaha tapi jika sebelah lagi bagaikan patung cendana untuk apa aku mencuba lagi. Penat sudah…
Akhirnya aku biarkan semua tu berjalan bagaikan normal. Aku anggap suami ku roomate sahaja.
Aku bagaikan kembali hidup seperti bujang. Cuma ada anak2 yang perlu diuruskan. Kehidupan seperti suami isteri sudah lama hilang. Aku cuma bertahan untuk anak-anak.
Sampai bila? Aku pun tak pasti.
Kalau ada yang bertanya pernah selidik ke mungkin suami ada yang lain. Aku pernah check everything tak ada yang mencurigakan pun.
Mungkin aku yang tak lagi menarik dimata dia. Aku akui terlalu penat bekerja dan uruskan anak-anak buatkan aku serabai dan tidak punya masa untuk berhias cantik seperti orang lain.
Entah la hati dah tawar mungkin buat aku jalani hidup dalam rumah seperti biasa.
Dulu selalu cuba untuk ambil hati dia sekarang yang tinggal uruskan tanggungjawab aku sebagai isteri sahaja dan anak2 sahaja.
Sisa cinta yang berbaki mungkin akan semakin memudar. Aku dah giveup nak keep gilap sebab bagaikan aku yang terhegeh-hegeh. Dia? Langsung tak peduli aku yang rindukan bahasa cinta daripada dia seperti dulu.
Bagaimana orang dahulu kekalkan cinta sampai ke tua? Apa resepi. Puas aku cari puas aku praktikan tapi masih begitu. Mungkin silap dari aku. Tidak bijak menjadi isteri dan ibu.
Hati masih berharap. Sentiasa berdoa dalam setiap solat semoga Allah kembalikan cinta suami buat sang bini…
– Zulaikha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit