Salam semua. Sebelum ni aku ada hantar cerita pasal, (https://iiumc.com/berjiran-dengan-keluarga-h/).
Kali ni aku sambung sikit untuk post haritu sebab ada beberapa part aku tertinggal dan redflag pasal diorang.
Cerita sebelum ni aku ada mention yang Zura dengan kakak aku kat rumah H masa polis datang. Sebenarnya kakak aku tak ada mention pun pasal kes phone, cakap pasal lain. Lebih kurang pasal business lah.
Yelah mesti kene jadi professional kan tak boleh campuk aduk masalah kes ni dengan business. Masa tu makcik H baru perasan polis datang pastu tanya lah kenapa datang. Kakak aku cakap lah tak tau lah mungkin diorang nak berbincang kot pasal phone tu.
Kakak aku yang ajak pergi balai dengan kat rumah H tu bukan orang yang sama. Yang kat rumah H tu dah kahwin, tak duduk sekali pun dengan kitaorang. Tapi dia tinggal dekat je dengan kitaorang.
Jarak rumah kitaorang dengan kakak aku dah kahwin ni lebih kurang 10-15 minit je. That’s why dia macam tak tau sangat kes tu. Tapi memang dia tak tau pun kitaorang panggil polis tu masa kejadian tu. Tau tak makcik H cakap
“Kamu jangan backup sangat adik kamu tu. Bukan boleh percaya sangat”
Yelah, bila dah terpaling confident setinggi kerajaan langit ayah pin katakan. Sebenarnya aku tau pun sebab Zura bagitau a few days after kejadian tu. Kakak aku tak cakap pun pasal tu. Maybe dia tak nak menambahkan kebencian aku kat keluarga H kot.
Jangan pulak korang kata Zura ni buat cerita or jadi batu apa pulak. Zura bukan jenis macam tu. Aku dah lama kenal dia. Dia baik je buat jenis talam.
Sebab lepas Zura cakap macam tu aku ada tanya kat kakak aku tu betul makcik H cakap macam tu untuk double confirm. Memang sah makcik H cakap macam tu.
Masa kejadian dengan polis tu, kan diorang nafikan tuduh aku, siap makcik H kata lagi kononnya dia yang menghalang Z nak serang aku. Tak percayalah lah aku, entah2 dia yang menghasut Z kata aku dalang semua ni.
Yelah Z pun bukan sambung belajar pun. Jadi dia percayalah kata2 makcik Z. Mungkin Z ingat kat uni ni memang diajar kot cara2 nk hack/unlock device orang lain
Korang rasa statements Makcik H macam ni,
“Kamu jangan backup sangat adik kamu tu. Bukan boleh percaya sangat”
Betul ke makcik H yang menghalang Z serang aku ? Entah2 dia yang menghasut Z.
Sebelum polis balik tu, pakcik H tu je lah yang minta maaf sebagai mewakili keluarga. Mak cik H memang buat2 tak tau dan memang tak ada rasa bersalah pun. Kalau rasa bersalah tak ada nya nak makan dan angkut kek tu bawak balik rumah hahahaha.
Tengok kat pakcik H pun macam kesian jugak, bini and anak dia buat hal. dia pulak kene minta maaf. Kalau korang kenal betul2 pasal keluarga diorang ni, korang akan perasan pakcik H ni ikut je cakap bini dia.
Bukan aku sorang je nampak macam tu, but hampir semua orang yang betul2 kenal diorang pun cakap benda sama termasuklah keluarga Q.
Beberapa hari lepas kejadian tu makcik H macam meroyan sebab asyik marah2 je. Sebelum ni anak buah Zura yang umur 3 tahun datang rumah elok je makcik H layan. lepas kejadian tu, budak tu datang lah rumah H macam biasa, pastu makcik H tetiba marah halau budak tu balik rumah.
1 lagi kejadian lagi, haritu Zura ada naik motor nak pergi kedai lah beli barang, masa Zura nak naik motor tu, anak buah Zura kejar Zura sampai kat halaman rumah nak ikut.
Zura tak bagi budak tu ikut, biasa lah budak tak dapat ikut nangis lah, kebetulah makcik H kat halaman rumah pastu dia tetiba marah budak tu sebab nangis. Katanya manja sangat tak dapat ikut pun nangis.
Macam lawak pun ada, sesuka hati je nak marah anak orang. Masa tu bukannya waktu malam, tengahari kot.
Next, aku listkan senarai redflag pasal diorang
1. Suka angkut makanan rumah orang.
Aku rasa sape yang betul2 kenal makcik H tu memang dia dikenali sebagai “kaki angkut makanan”. Kalau dia datang rumah orang yang ada buat makan2 memang “wajib operasi angkut makanan” dengan amount yang banyak, aku rasa amount tu boleh dia gantung kuali sehari.
Tu bergantung kepada berapa ramai ahli rumah dia. Kalau anak2 dan cucu dia balik, lagi banyak lah dia angkut makanan tu. Dia akan pastikan anak2 dan cucunya dapat merasa makanan hasil dia angkut dari rumah orang.
a) Masa kenduri kakak aku.
Macam 2019 tu kitaorang ada buat kenduri perkahwinan. 2 hari sebelum kenduri, makcik aku ada datang bawak macam buah dengan kerepek kat kitaorang jadi kitaorang memang simpan kat dapur.
Masa kenduri tu, part makanan memang kitaorang tempah je dengan katering, kitaorang just buat part pencuci mulut so tak ada busy sangat, lagipun kitaorang tak ada panggil sape2 pun suruh tolong hanya family kitaorang je yang uruskan.
Then, tetiba makcik H muncul “katanya” nak tolong. Dia datang pun dah lambat jadi hampir semua part pencuci mulut dah siap tinggal pindahkan pencuci mulut tu ke tray je nak hidangkan. Jadi, memang dia tolong lah kitaorang susun makanan kat tray tu.
Masa tu bubur kacang betul2 baru masak, kitaorang tak hidang lagi bubur tu sebab nak tunggu sejuk sikit baru nak hidangkankan. Kitaorang memang open door kat ruang tamu je (belah depan) and tutup pintu bahagian dapur (belah belakang).
Position kanopi pasang pun kat depan bukan belakang. Jadi impossible sesiapa orang luar boleh masuk bahagian dapur (belakang) sebab kitaorang buat makan2 and pasang kanopi pun kat bahagian depan kecuali mak cik H datang dari pintu dapur “katanya” nak tolong tadi.
Masa kenduri berlangsung, aku gi la tandas kat dapur sebab tandas kat ruang tamu ada orang guna. Lepas aku keluar dari tandas, aku nampak makcik H kat tempat memasak tengah cedok bubur dari periuk besar masuk ke dalam mangkuk.
Pastu dia nampak lah aku memerhati dia, rasanya dia terkejut kot terkantoi depan aku sebab masa tu aku sorang je kat dapur. Dia bagi alasan bodxh sebab nak hidangkan tetamu. Hello? Ada ke hidang tetamu pakai mangkuk?
Setahu aku, standard orang nk hidang bubur kat tetamu pakai tong pelas besar sebab ramai orang. Ada ke hidang kat ramai orang dengan mangkuk? Sebenarnya masa tu awal lagi, jadi tak sempat pun kitaorang nak hidangkan bubur dalam tong pelas.
Next, masa selepas pengantin makan. Biasanya diorang bersanding. Masa bersanding tu ramai orang fokus kat pengantin kan. Masa tu lah makcik H ambik peluang cepat2 balik rumah and ambik bekas sebab nak angkut makanan pengantin.
Kitaorang memang dah expect dia nak angkut makanan tu, jadi dalam pejalanan dia datang tu kitaorang cepat2 lah selamatkan makanan tu sebelum semua lesap. Yelah makanan pengantin kan banyak, mana sempat nk ambik semua lagipun rumah dia dekat je.
Sempat lah dia angkut buah2, udang cucuk kat lidi, ikan siakap dan masakan lain. Banyak jugak lah dia angkut tu sebab anak dan cucu dia kan balik.
Kakak aku tegur lah jangan ambik banyak sangat kitaorang nak makan jugak pastu dia jawab “ala banyak lagi makanan tu”. Tak percayalah lah dia tu kalau kitaorang tak alert entah2 semua lesap dia angkut
Masa kenduri nak habis tu maksud aku tak Ada tetamu lah. Makcik H lah terpaling busy ulang alik dari rumah ke kitaorang punya kanopi sebab ada makanan yang tak habis.
Makcik H jenis species kalau nak angkut tu sebolehnya dia nak angkut senyap2 tapi kalau ada orang ramai kat situ tapi dia nak angkut jgak baru dia minta izin.
Jadi masa kitaorang kat kanopi tu nak kemas2 kerusi meja tu baru dia minta izin nak bawak balik. Aku rasa kalau tak ada orang kat situ, tak ade nya nak dtg rumah kitaorang mintak izin.
Masa kenduri habis tu, kitaorang memang perasan buah makcik kitaorang bagi tinggal sikit je dan kerepek memang hilang. Kitaorang pelik lah sape je datang dapur sebab kitaorang memang tutup pintu dapur. Kitaorang ada tanya tetamu lain, ada nampak ke sape2 datang ke dapur kitaorang.
Ada beberapa tetamu kata nampak makcik H gi dapur kitaorang. Lagipun Ada beberapa family kitaorang pun Ada nampak makcik H datang dapur tu. Kitaorang memang suspect makcik H dalang buah dengan kerepek yang hilang tu lagipun tak ada sape pun nampak orang lain datang dapur tu kecuali dia.
Yelah depan aku pun dah kantoi angkut bubur. Tak kan lah benda lain pun dia tak angkut kan. Rasanya memang dia dah target buah dengan kerepek tu masa dia tengah “TOLONG” tu. Tpi masa dia ambik tu kitaorang tak sure bila.
b) Masa beraya.
Masa family aku beraya rumah orang lain, keluarga makcik H Ada sekali masa tu. Kiranya keluarga H sampai dulu lah. Masa mak aku dengan berbual dengan tuan rumah, diorang nampak makcik H tengah bungkus2 makanan tuan rumah untuk angkut bawak balik rumah.
Lepastu, ada biskut raya yang diorang suka pun dia nak bangkus jgak then suruh cucu dia bawa. Kiranya macam nilah nenek tukang bungkus, cucu tukang bawak. Cucu dia pun kecik lagi masa tu tengah sekolah tadika tapi diajar buat mcm tu.
Now, cucu dia dah besar sekolah rendah tak buat dah macam tu mungkin dah tau kot tu perbuatan salah tapi adik dia yang tadika pulak disuruh angkut. Ahhaahh, sah memang dia mengajar cucu buat macam tu. Nak tanya normal ke budaya angkut makanan tuan rumah masa hari raya Aidilfitri?
c) Hari raya korban.
Keluarga Q Ada buat korban, biasalah ada buat makan2 selepas buat sembelih lembu sebagai tanda appreciate kat orang yang tolong lapahkan daging. Masa tu almost semua anak2 keluarga H balik jdi berkumpul lah anak2 dengan cucu diorang.
Masa tu anak2 keluarga Q ada buat goodies beg tangan kertas macam buah tangan lah yang kenduri kahwin bagi dalam beg tu Ada air kotak, jajan, gula2, biskut. Korang tau tak makcik H pergi rembat goodies tu untuk cucu2 dia. Cucu dia dah lah ramai.
Anak buah Zura yang sekolah rendah tu kata lah cucu diorang dah ambik goodies tu kenapa pulak makcik H ambik lagi?
Boleh dikatakan setiap cucu diorang dapat 2 goodies. Ada je tinggal goodies tu untuk orang lapah daging tu. Tapi tak cukup lagi goodies sebab banyak goodies diorang dah rembat.
d) Rumah Q.
Rumah Q memang rajin buat makan2. Kadang2 diorang buat makan saja2 je. Diorang adalah jemput menantu dengan sepupu diorang datang untuk makan. Diorang buat makan2 ni masa tengah hari. Masa tu, makcik H ni memang dikatakan tetamu yang makan awal sebab apa?
Yelah mestilah kene makan awal nanti kan nak angkut makanan tu. Lepas makan memang cepat2 dia balik rumah nak ambik bekas. Kan aku cakap, kalau boleh operasi angkut tu dia nak buat senyap2.
Disebabkan rumah kitaorang bertentangan dengan rumah dia, kitaorang memang nampak jelas dia ulang alik dari rumah Q dengan rumah dia guna jalan belakang belah dapur.
Korang bayangkan 30 minit pun tak selesaikan operasi angkut makanan. Aku tak tau berapa kali dia ulang alik tu. Padahal masa tu dia duduk berdua je dengan pakcik H tu. Tak tau lah dengan amount dia angkut tu berapa hari dia boleh gantung kuali. Yelah mana tak seronok nya dia boleh cuti masak.
Then, Ada sepupu keluarga Q datang lambat. Memang tak cukup lah makanan sebab dah kene angkut. Petang tu Aku Ada bagitau Zura, korang tak perasan ke makcik H ulang alik angkut makanan rumah korang tadi. Pastu dia kata tak perasan pun sebab diorang duduk kat depan.
Pastu Zura kata patutlah makanan tak cukup sebab diorang pelik lah diorang ada buat makanan lebih. Tak sangka lah buat makanan lebih pun tak cukup.
e) Hari kristmas 2023.
Keluarga Q ada buat makan pada hari kristmas tpi diorang tak Sambut pun kristmas tu. Mungkin Kebetulah diorang buat makan tarikh sama dengan kristmas. Diorang buat makan masa tengahari. Masa aku makan sekali dengan Zura dengan kawan Zura.
Pastu Zura cerita lah kat aku pasal makcik H. Dia kata masa diorang tengah masak tu, makcik H datang lah kat diorang kononnya nak tolong. Masa nak masak tu kakak ipar Zura nampak makcik H tengah ambik ayam mentah pastu masuk dalam beg dia tpi dia buat2 tak nampak.
Pastu bila makcik H tak Ada, kakak ipar cerita lah kat semua orang. Diorang pun terkejut macam speechless sebab pelik lah tak kan ayam mentah pun dia nak curi. Zura pun cakap lah makcik H tu bukan tolong sangat pun. Tolong sikit je pastu terus balik.
Aku cakap lah entah2 dia nak tolong tu salah satu taktik dia nak ayam mentah tu macam mana dia buat kat kenduri kitaorang dulu. Zura pun rasa macam tu sebab dia kata makcik H datang sekejap je pastu terus balik.
Masa kitaorang cakap pasal dia, kitaorang memang nampak makcik H mulakan operasi ulang alik angkut makanan bawak balik rumah.
Aku rasa kalini dia berani angkut makanan depan kitaorang tanpa buat senyap2 macam sebelum ni sebab masa tu ramai orang, sebelum ni buat makan2 panggil belah family je kalini ni panggil satu kampung memang meriah lah orang datang macam kenduri.
Sebab tu lah rasanya dia berani angkut depan kitaorang sebab ramai orang so dia ingat kitaorang tak perasan tpi kitaorang nampak je dia buat apa sebab kitaorang memang dah kenal dia macam mna bila ada makan2. Masa tu lah kawan Zura kenal “kaki angkut” tu.
Lama jugak lah kitaorang bersembang tpi operasi angkut masih berjalan. Kawan Zura pun pelik katanya tak habis2 lagi ke angkut tu? Aku cakap lah “dah anak dengan cucu dia ramai yang balik. Memang banyak lah dia angkut”.
f) Sambutan birthday anak buah Zura.
Macam biasalah keluarga Q ada buat makan2 untuk sambut birthday. Diorang dah start panggil kitaorang datang dalam kul 8.30 malam sebab diorang dah siap. Masa tu mak aku lah pergi dulu, aku datang lambat kul 9 macam tu.
Masa aku sampai tu, aku ambik lah makanan. Memang macam2 lah makanan Ada kat situ. Tapi aku pelik lah makanan lain banyak lagi tpi sate tinggal 2 cucuk je, nasi impit pun banyak lagi.
Aku tanya lah mak aku “cepatnya sate nak habis”. Mak aku cakap lah kat aku senyap2, mana tak hbis nya sate tu, Makcik H ambik sate tu sampai segenggam tak ingat orang belakang.
Aku terus pandang pinggan makcik H. Bersusun lidi sate tu kat pinggan dia. Aku tengok ni memang lebih 10 sate dia makan tu. Memang dia tak makan makanan lain pun, tpi tak kan disebabkan itu orang lain tak dapat merasa sate tu.
Ada tetamu lain datang selepas aku, memang tak merasa lah sate tu sebab dah habis. Masa tu ada satu MIRACLE berlaku, lepas makcik H makan, sembang2 sekejap terus balik.
Masa dia balik, aku dengan Zura macam pelik. Selalu sebelum dia balik, dia akan mulakan operasi angkut makanan bawak balik rumah. Tapi masa kejadian tu, elok je dia balik.
Ada lagi nanti aku sambung part macam mana kitaorang tau dia buang kucing kitaorang dengan layanan double standard terhadap cucunya.
– Nel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Buruknya lahai perangai. jenis tak malu, jenis kedekut, lepas tu mungkin jenis buat harta. Tu melahap makanan orang. duit sendiri simpan