Salam semua. Nama aku Abu Bakar (nama samaran) usia dah dekat 30 tahun,
Niat aku tulis di sini adalah untuk mendapatkan sedikit nasihat daripada kawan-kawan facebook.
Aku belum berkahwin dan aku cuma berniaga (passive income) iaitu bisnes jual simkad.
Aku terdetik hati nak sambung belajar memandangkan aku ada SPM sahaja, tapi aku tak tahu nak sambung belajar apa, kalau tanya orang keliling dia orang cadang ambil ilmu duniawi seperti komputer.
Memandangkan usia aku dah nak 30, aku dah tak minat nak belajar berkaitan komputer ni. Aku lebih berminat belajar berkaitan bahasa arab, tajwid, hukum hakam.
Yelah aku pun dah tua bukan muda lagi, buat apa aku nak belajar jadi doktor.
Kalau aku dapat kerja pun mungkin pada usia 36/37 tahun. Siapa nak ambil aku kerja dalam usia sebegini, aku hantar resume je kena reject sebab ada orang lebih muda dari aku.
Jadi aku fikir lebih baik aku belajar bahasa arab, ilmu tajwid, penuhkan ilmu agama, boleh guna sampai mati.
Cuma aku tak tahu nak belajar apa atau lebih tepat nak mula dari mana. Kadang jealous tengok ustaz mengajar di youtube, baca quran merdu fuh. Itu yang aku terbuka hati nak belajar agama.
Satu lagi aku pun tengah keliru nak kahwin dulu ke atau tidak, by the way aku single belum punya pacaran.
Jadi sekarang aku tengah keliru, kahwin + sambung belajar atau sambung belajar dan jodoh itu kalau ada kahwin jelah.
Tapi aku nak tanya kaum hawa,
Adakah kaum hawa sudi kalau suami sambung belajar, nafkah of course tak putus cuma tak mewah lah. Sebab gunakan sedikit wang pendapatan untuk belajar agama.
Mungkin kalau pasangan suami isteri lain keluar setiap hujung minggu, aku dapat bawa keluar sebulan sekali itu pun disatukan sekali dengan beli barang dapur.
Aku nak belajar ni pun sebab pernah dengar ayat
Bila kau tak mahu merasakan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan” (Imam Syafi’i)
Ya aku dah rasa, kadang ilmu agama aku ni lemah sangat. Banyak perkara aku tak tahu itu yang aku rasa nak belajar lagi.
Lagipun aku nak anak aku pun rajin juga belajar, bila tengok ayah dah tua pun still sambung belajar, anak inshaAllah akan jadi rajin juga.
P/s: itulah dulu waktu kecik2 kau malas belajar, sekarang dah nak 30 baru kau nak belajar agama.
– Abu Bakar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bole je nk sambung belajar walaupun dh tua bro.. menuntut ilmu xder had umur lg2 niat baik nk tuntut ilmu agama, bfr this ada je tngok org yg jauh lg tua smbung belajar… apa2 pun semoga dipermudahkan segalanya ye✌
Dik, ko baru nak masuk umur 30 kan. Takde la tua sangat. Saambung belajar yang ko minat je. Tapi ko kena fikir untuk establish career juga. Kalau anak aku tak stable income lgi, tak berani aku bagi dia kahwin kena tampung anak orang. Buat aniaya je. Unless ko rajin kerja banting tulang, setiap bulan boleh dapat at least rm2k, boleh la kahwin. Ni pun masih B40
saya dh berkahwin, dan jika suami saya ingin melanjutkan pelajaran saya sokong tapi dgn pertimbangkan semua aspek nafkah, komitmen semua jika dalam keadaan yg stabil saya sokong jika dalam keadaan kesempitan mungkin terpaksa ditangguh dahulu sehingga mungkin dpat mengurangkan komitmen. saya sokong brother sambung belajar lagi2 bab agama, jika suami saya begini saya pun pasti sokong, semua ilmu itu trsngat la mahal dan berharga sngat tk rugi utk belajar. pendapat saya memandangkan brother tiada lagi kenalan mesra ambillah kesempatan untuk sambung belajar dulu Inshaallah jodoh brother mungkin di tempat belajar. bagi saya jika suami melaksanakan kewajiban dgn baik itu sudah cukup dan memandangkan saya juga bekerja Inshaallah saya juga akan bantu suami yg mana perlu.ini pendapat 2 sen saya mungkin lain wanita lain pendapatnya.
Bagusla kalau awk nak tambah ilmu sbb belajar ni xde had umur..zaman skrg ni nak belajar/tuntut ilmu senang je..byk medium/platform..utk ilmu agama, boleh pergi masjid/surau tmpt tinggal awk..mesti ada kelas fardhu ain/mengaji/usrah..selain tu kelas online pun banyak..nak belajar bahasa pun boleh..atau guna apps..tp hati² ye jgn salah tuntut ilmu dr pendakwah yg tak bertauliah..sy sarankan awk follow Dr.Maza, Dr.Rozaimi dan seangkatan dari Promediatajdid
Pergi sambung diploma pengajian Islam..boleh belajar tajwid, fiqh, hadith, bahasa Arab, munakahah, berbandingan mazhab..dll