Salam semua, aku cuma nak luahkan kisah hati yang lama tak boleh bertahan lagi. Naik gila kalau pendam lama-lama.

Sedikit pengenalan diri nama aku si Jambul, berumur 25 dan bekerja di sektor IT.

Okay biasalaa kalau kerja sektor IT ni memang jenis tak pandai cakap dan meluah kan perasaan.

Okaylaa berbalik kepada tajuk di atas, aku dah kahwin setahun, tapi yang buatkan aku tawar hati tak lain tak bukan dengan ugutan dari isteri sendiri.

Isteri aku ni kalau orang tengok pendiam pemalu tapi di satu sudut lain dia ni pemarah.

Kenapa aku cakap pemarah sebab pantang aku salah sikit siaplaa marah dia naik2 suara dan jerit2.

Disebabkan perangai dia yang cepat marah, mengungkit dan baran ni aku jadi tawar hati.

Perangai ni dah lama aku perasan dari zaman bercinta, tapi ntah laa aku pun tak tau macam mana aku jadi macam ni boleh tahan.

Dulu2 dia akan ugut untuk lari rumah dan jerit2 biar jiran tahu kalau bergaduh, aku ni jenis introvert so memang tak suka kalau orang jerit2 bebel so memang mengalah.

Nak dijadikan cerita dari jerit2, sekarang dia ugut untuk terjun setiap kali gaduh.

Yang buat aku tak tahan dan tawar hati ni sebab aku gaduh dengan dia ni semua benda kecil.

Aku bagi contoh kalau dia cakap aku tak dengar dan tanya minta ulang pun boleh gaduh besar.

Lama2 kalau korang kena ugut macam ni pun akan start menyampah kan, so bila aku dah start menyampah sekarang kalau gaduh dia akan ambil pisau dan ugut untuk bunuh diri.

Dia akan paksa untuk aku dengar cakap dia kalau tak, faham2 laa.

Aku dah pernah bagitau mak dia senyap2 tapi mak dia macam tak kisah sangat hanya suruh aku bersabar jee.

Aku nak naik gila dah tiap kali diugut macam ni padahal aku tak buat apa salah pun.

Ni pun masa kau cerita ni tak tahu kali keberapa dah dia ugut aku macam ni.

Ikutkan aku nak je lepaskan dia tapi aku kesian kat parent dan dia kalau dia betul2 buat gitu.

Guys doakan aku ye, aku betul2 tak tahan dan tak tau nak buat apa sekarang ni, dah lebih 10 kali dia ulang macam ni.

Aku penat sangat, doakan aku dapat lalui semua ni ye

Thank you semua.

– Pencari Ketenangan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ajak pergi kaunseling perkahwinan. Sbb tujuan perkahwinan itu, utk sakinah mawaddah warrahman.. tenang hati, jiwa.. Perempuan jenis lembut, pendiam, lelaki kena hati2, dlman dia ada rimau jadian kadang2.. terkeluar pe’el2 x disangka2.. Suami sbg ketua keluarga, perlu main peranan penting..tunjuk yang anda itu seorang ketua keluarga, jangan diam sahaja, bg isteri pijak2 anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *