Duniaku dalam Pemotoran – Seram, Mencabar & Tragis

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Aku nak kongsi beberapa pengalaman motor masa aku muda remaja dulu. Aku seorang perempuan ya. 

Kisah pertama agak seram dan mencabar. Masa aku tingkatan 4, ada 1 malam gang datang 2 orang ke rumah. Aku minta izin mak ayah aku keluar sekejap.

Aku pun tak tahu gang ni nak pi mana. Rempit punya rempit.. Pi taman sebelah jarak 3 kilometer dengan tak pakai helmet redah jalan raya besar malam hari. 

Aku pertama kali la buat keje macam ni. Rupanya gang 2 orang ni nak pi cc. Cyber cafe nak main myspace.

Sebenarnya aku ni jenis sosial tak advanced sangat zaman ni. Handset pun aku tiada lagi. Aku duk tepi tengok je la gang aku ‘tap tap tap’ keyboard sepantas kilat chat dengan sapa2 ntah. Gang tanya ‘nak buka akaun tak?’.. Aku geleng ja. 

Lepas sejam kami redah balik jalan besar pulang. Nak jadi cerita, gang seorang ni duduk kampung arqam. Kedalam ceruk nya kampung ni.

Kami bertiga dengan 2 motor redah la malam yang tiba2 hujan selebatnya turun. MasyaAllah, first time la merasa hujan jatuh macam jarum peniti menusuk kulit sebab aku yang bawa motor. Masing2 bawak speeding habis. 

Nak sampai kampung arqam ni kedalam jauh dari rumah orang lain. Jalan pun muat 1kereta lalu je, langsung tiada lampu jalan. Gelap gelita, kawasan hutan kiri kanan, ada lintas kebun orang juga. Seram sangat. Masa ni dah renyai. 

Tengah melayan seram di dada.. SREKKKKKK.. kena brek motor woi!!! Jarak dalam 1 kilometer lagi nak sampai rumah kawan ni. Melintang sebesarnya pokok tumbang.

Atas jalan tu adalah bahagian atas pokok, dahan, ranting & daun sebesar2 alam. Memang tertutup habis pandangan. Tergamam kami 3 perempuan kiri kanan hutan dalam kegelapan ditemani gerimis hujan. 

Sempat mata aku meluncur memandang sekeliling. Seram woi…. Dari segi makhluk halus mahupun kasar. Nauzubillahiminzalik. Mulutku terus cakap ‘Jom pusing sebelum ada pokok lain tumbang’. 

Kami pusing gerak motor semula MASYAALLAH….. MASINNN MULUT AKU! Taraaa… another pokok besar tumbang jarak setengah kilometer dari pokok awal tadi.

Kali ni melintang batang pokok besar sepemeluk setengah atas jalan raya. Nak senget kan motor lalu bawah tu memang tak lepas. 

Rasa macam merah padam muka aku. Entah bila tumbang tak dengar bunyi pun. Kawan seorang tu mujur ada handset dia call ayah dia. Alhamdulillah. Ayah dia datang tolong, kami terpaksa lintas pokok yang awal2 tu sebab itu senang dia pangkas on the spot. 

Lepas tu, aku dengan seorang kawan nak balik rumah kami taman perumahan. Kami lalu jalan hutan jauh sikit.

Memang seram, ayah aku pernah pesan situ banyak anjing, besar setinggi pinggang. Kalau kena kejar tak cukup tanah lari. Tapi alhamdulillah. Selamat sampai dengan penuh struggle. 

Balik rumah masuk bilik air mandi sambil nangis teruk dalam bilik air sebab pengalaman tu sangat tragis. Bagi aku la. Kawan aku cakap sebab aku la pokok kedua tumbang. Mulut masin sangat, mulut tiada insuran. 

Pengalaman kedua pula, zaman aku kerja. Masih duduk dengan mak ayah aku. Bulan disember, depan taman perumahan aku banjir.

Disebabkan aku yang ditugaskan buka pintu pejabat, aku nekad pi kerja juga. Aku follow je lelaki2 yang naik motor rendah air banjir tu. Air tu tinggi separuh tayar motor. Dah la hujan renyai masa tu. 

Alhamdulillah sampai tempat kerja dengan gigihnya. Staff sana semua marah aku kenapa datang kerja. Takut air makin naik petang nanti aku tak lepas balik. Jam 10 pagi, dihalau aku balik. Memang betol air makin naik. Aku call ayah aku mohon bantuan.

Ayah aku kerja shift malam, ada di rumah. Ayah aku datang naik motor lalu hutan & ladang sawit. Aku terpaksa la follow, naik motor masing2.

Allahuakbar… dia punya challenging tu gaya motorcross!! Tanah merah, lembik, licin, tayar sangkut kena press berkali2, masuk dalam lopak air. Yelah musim hujan kan.

Terasa jauh sangat perjalanan. Macam sesat sikit sebab banyak pusing2. Yela ladang orang mana la tahu route betul kan. Sekadar tengok kesan kenderaan lalu je la. 

Bila sampai rumah lega gila, challenging sangat pengalaman aku ni. Dah la perempuan. Tengok motor, helmet, baju, tudung & bag bercorak selut tanah. Adoi pengalaman tak boleh lupa betol. 

Last pengalaman, ni sangat tragis. Berlaku lepas aku dah habis final exam & presentation psm. Ikut plan esok mak ayah aku datang ambil bawa balik.

Pagi tu jam 7 lebih aku accident. Pengalaman yang aku tak tahu macam mana berlaku. Aku cerita ni pun orang yang beritahu. Memori tu sampai sekarang tiada dalam otak aku. 

Aku nak pi kedai makan janji dengan member jumpa sana. Aku bawa motor seorang diri. Aku accident seorang diri.

Tapi staff pembersihan cakap aku elak langgar beruk. Aku bawa laju. Brek mengejut & bergolek jatuh. Cermin helmet berderai pecah. Muka tersembam berdarah, penuh darah di muka. 

Hasil x-ray tiada patah. Pipi kiri & atas bibir pecah.. Jahit muka woiii. Luka2 kecil penuh satu badan kiri kanan. Lutut luka berkawah. Sakit woo.

Tengah hari mak ayah sampai ke hospital sempat tengok keadaan aku sebelum jahit muka. Katanya, aku hilang ingatan, macam minda separuh sedar. Tanya kenal tak ni siapa.. Aku jawab blur sangat. Mak aku cakap muka aku pecah macam buah gugur ke tanah. 

Malam kejadian tu baru la aku sedar kembali. Orang kata sebab terlalu trauma, otak kita erase memori tu. Memang tak ingat apa.

Sebulan aku rilex ambil masa nak elok. Kulit baru nak tumbuh tak boleh kena cahaya matahari takut kawasan jahit tu lebih gelap dari kulit asal.

Dah lepas bulan kedua, tiada serik, tiada trauma, terus naik motor pergi cari kerja. Itu lah aku!

Sekian..

– Kuih Talam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *