Struggle Student Syariah Law

Assalamualaikum guys! Okay first at all untuk intro aku hanya letak nama samaran as Penulis Kecil sebab apa sebabnya aku suka dengan nama tu.

Untuk luahan aku berkait rapatlah dengan kehidupan kita terutama student diploma macam aku final year syariah law. Mohon tabah di situ, huhu…

Okay – okay aku mulakan dulu mulanya aku tak expect aku akan masuk ke Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang sebabnya faktor kuota semestinya. Kolej aku tak berapa besar keluasannya tapi bermakna, sebab lecture semua baik dengan student.

Saranan aku masuklah ke KITAB korang pasti akan rasa banyak benda yang kita tak tahu sebab ilmu tu mahal serius aku katakan…

Okay aku ada sorang kawan perempuan yang satu kos dengan aku. Total untuk dip syariah law hanya empat orang sahaja dan hujung sem 2 kalau tak silap aku student lelaki classmate aku pun berhenti mungkin ada prob dia sendiri aku tak tahu kes tu..

Apapun ramai orang cakap kebanyakan kos yang kita pilih tu kadang kita ambik je tanpa check dulu lepas tu korang study sekerat jalan give up dengan benda yang agak struggle then berhenti or tukar kos pengajian.. untuk itu kita kena buat pilihan betul2.

Okay back to my story, dalam hidup ni tipulah kalau fasa struggle tu tak wujud dah nama pun kehidupan mesti ada pasang surutnya.

As student law banyak benda kau nak kena fikir tapi kau kena ingat Allah tak pernah tinggalkan kita.

Sub kos aku total 32, elektif dan teras kau kena ambik semua tapi jangan risau sem ii nie akan memudahkan kau dengan berbekalkan nasihat sila buat assignment awal sebab ramai student attach or submit assignment dorang last minute.

Aku tahu belajar ni perlukan niat dan kadang tu ramai student belum faham betul dengan apa yang kita nakkan sebenarnya? Adakah diploma sahaja? Sijil? Tapi kita tetap rasa kosong.

Benda ni tak mudah dan bagi aku kau sebenarnya kuat as student kau kuat untuk menghadapi ujian dalam belajar tu. Aku bukan student tajaan biasiswa ada masalah sedikit dan akhirnya aku student pt (PTPTN).

Apapun aku kena struggle belajar korang doakan diri untuk teruskan usaha “Tiada perkara yang kita lakukan tanpa sebab, kau tetap perlu mencari titik tolak tu..” – Penulis Kecil.

But i think it’s what you see is what you get at this point. Guys untuk sekarang aku intern di sebuah firma di dalam Pulau Pinang. Aku assume korang akan take note benda nie terutamanya struggle aku dalam laporan dan bekerja pada masa yang sama.

Struggle mean kau kena korbankan masa kau, mata kau, kaki tangan kau termasuk minda kau dalam sesuatu perkara tu. Jangan give up.

Untuk elaun yang aku dapat sebagai self achieve aku beli buku Teme Abdullah as penguat semangat aku yang ketiga. Allah first, kedua dorongan kata – kata semangat dari Abah, Ma dan family aku dan buku yang ketiga sebab banyak kata – kata motivation yang temerity letak dalam tu.

Struggle lagi dia daripada aku apapun mungkin lama penulisan buku Teme tapi aku tetap terapkan dalam langkah kerana kadang perkara yang menghiburkan tu terselit dalam penulisan.

Nasihat aku apapun yang korang mahu lakukan, lakukanlah dengan bersungguh – sungguh korang takkan rugi sebab pengalaman tu tidak boleh dibeli dengan nilaian wang.

Setiap manusia diuji mengikut takdir yang berbeza. Oleh kerana sebab tu kita kena percaya yang tiada perkara yang mustahil bagi Allah. Semuanya memerlukan masa.

End luahan aku.. Terima kasih sebab sudi mendengar luahan ringkas dari aku..

– Penulis kecil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *