Aku L dan aku akan bawa kalian melewati roller-coaster kehidupan yang aku rasakan sepanjang tahun 2023 sehingga awal Februari tahun ini.
Jan-April semuanya bermula indah, aku sudah melepasi tempoh probationku dengan lulus ujian yang ditetapkan. Aku dan rakan-rakan pon ada merancang untuk bercuti bersama, dah lebih 5 tahun aku tidak berjumpa mereka.
Dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Aku sangat bahagia dengan kehidupan aku ketika aku. Ada kerja bagus, workload yang setanding dengan gaji yang ditawarkan, senang cerita work-life balance, dan ada rakan-rakan yang sporting,
Satu2nya yang masih belum dimiliki hanyalah sebuah hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki pon. Tapi, aku juga tidak mencari. Tiada lagi dalam kamus hidup ketika itu.
Disangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Pertengahan tahun itu, aku didekati rakan lama selepas majlis reunion kelas kami, dia menyatakan hasratnya untuk mengenali aku lebih dari kawan.
Dia memberikan aku masa untuk memikirkan dulu tawarannya dan confessionnya namun jauh di sudut hati aku sendiri dah tahu jawapannya. Dan aku bukan jenis yang suka bagi harapan atau dilly-dally.
Aku hanya mampu katakan yang aku hanya nampak dia sebagai seorang kawan, tak pernah kurang atau lebih dari itu. Dah aku anggap macam adik-beradik sendiri. Mana mungkin jadi kekasih.
Jauh di sudut hati, aku pernah sandarkan harapan dan rasa sayang pada insan lain walaupon kiraku ketika itu seolah-olah berakhir dengan “friendzone”. Lantas, aku mengundurkan diri.
Cerita ini dah lama berlalu, 5 tahun sebelum itu lagi. Entah macam mana dan apa yang merasukku ketika itu, aku seolah-olah perlukan sebuah closure untuk cerita kami. Supaya suatu hari nanti aku boleh berjalan ke hadapan tanpa namanya di hati, bila aku bersedia untuk jatuh cinta lagi.
Malam itu, aku menghubunginya kembali, sebagai closure untuk diri aku sendiri. Walaupon kami sudah tidak serapat dulu, tapi ada kalanya dia tetap menegur aku di whatsapp meski tidak semesra dulu.
Jadi malam itu, aku dapat closure yang aku mahukan, setiap persoalan yang dah 5 tahun berlegar dalam minda. Yes, we both used to like each other.
Di sini la segalanya kucar-kacir, kalau boleh dipatah balik waktu takkan aku tanya soalan-soalan tu. We thought we, I mean I could give it a second try, but not everyone and everything deserves a second chance right?
Sejujurnya aku keliru. Aku keliru ini cuma permainan memori lama atau namanya masih membekas di hati. Status kami ketika itu tiada label. More than a friend but less than a relationship.
Sejujurnya, aku mengharapkan dia berjuang sehabisnya kali ini, to make up for the chances he lost. But unfortuntely he didnt. Katanya, dia belum bersedia, belum stable and whatnot.
Tak sedikit pon aku marah kalau dia berterus terang saja dari awal yang dia memang tak pernah membayangkan sebuah hubungan dengan aku. Yang membuatkan aku kecewa ialah a minute ago he said Yes, and then he said No.
Im old enough not to play this childish game. Dan aku move on untuk kali keduanya dari orang yang sama. Fool me once, your bad, fool me twice, its entirely on me.
2 bulan kemudian, aku mendapat tahu dia sudah in relationship dengan orang baru. Wah, sudah jadi jutawakankah gelakku sarkastik di dalam hati. Belum lagi luka dan parut di hati sembuh, sudah ditabur pula garam tidak berpenghujung.
Adakah aku marah atau cemburu dengan wanita itu? semestinya tidak.
Now, it all make sense. Walaupon tak pernah diungkapkan, tapi aku cukup bijak untuk faham yang aku sekolah-olah orang ketiga antara mereka ketika aku datang semula dalam hidup lelaki itu, mungkin ketika itu mereka masih di talking stage.
Excited dan confuse, dia menerimaku, tapi rupanya hatinya sudah lama berpaut pada yang lagi satu. Terperangkap dengan situasi, sekali lagi, dia yang mengharap aku pergi sendiri. I did. In the end, my self-respect has to be higher than my feelings.
8 bulan sejak peristiwa itu berlalu, banyak yang aku harungi, sudden weight drop, mind you I lose 8kgs in a month,
Memang doaku nak kurus sebelum tarikh graduasiku, cuma tak sangka Allah memakbulkankan doaku dengan cara ini, mungkin perlu doa lebih specific selepas ini, gelakku dalam hati.
Ive had multiple relapses, angers, sadness, confusion, and in the end acceptance. Aku sangat bersyukur dengan kehadiran rakan-rakanku yang sentiasa ada di kala aku memerlukan support.
“Korang tak sekufu”
“Sebagai orang yang high standard macam kau, aku taktahu apa yang kau nampak dekat dia”
“Dia bukan level kau”
Begitulah komen-komen rakanku yang ada sepanjang episod sedih itu.
Percayalah, 8 bulan seterusnya, seperti yang diperkatakan rakan-rakanku aku juga tak tahu apa yang tersisa untuk dipertahankan. And deep down I know I deserve so much more, betul la sekufu itu penting.
Lelaki ada egonya di mana tak mungkin, jarang sekali mereka mencari pasangan yang lebih dari dirinya kerana jiwa “natural provider” yang lahir dengan setiap jiwa lelaki-lelaki.
Aku faham itu. Ya, sudah la, yang terlepas tidak pernah menjadi takdirmu, yang menjadi takdirmu pula tidak akan terlepas.
Aku meneruskan hari-hari aku seperti biasa, lebih bahagia, an even better version of myself. Sepanjang tempoh itu, aku jumpa ramai yang baik. Ramai juga yang menghulur salam perkenalan. Tapi hati memang sudah tidak terpaut dengan sesiapa.
Hari-hariku diisi dengan habiskan masa dengan keluarga, menjaga kucing-kucingku dan plan iternary untuk overseas tripku setiap quarter of the year.
Aku pernah di tahap willing to fight untuk orang-orang yang aku sayang termasuklah rakan-rakan, keluarga dan sebagainya. Tapi azamku pada tahun 2024, aku takkan sesekali berjuang untuk yang orang tak ingin berjuang denganku.
Makin lama aku makin tawar hati dengan orang sekeliling yang aku rasakan hanya aku sahaja yang berikan 100% effort tapi mereka hanya menjadi receiving end. Friendship and family ties can be as draining too.
Kadangkala aku rasakan adakah aku selfish? Self centered atau mati rasa? Kenapa perlu berjuang untuk orang yang tak ingin berjuang bersama dengan kita? Kenapa perlu pertahankan persahabatan yang hanya kamu menjadi api pembakar cahaya?
Akhirnya, aku lebih memilih sendiri. Semuanya sendiri. Nama-nama yang pernah penting pon sudah mulai kabur dari pandangan.
Nak stay, stay. Nak pergi?, doors that way.
Kecewa? Tidak. Marah? Tidak.
Barangkali kerana faktor umur yang menghampiri angka 3?
Adakah ini sebuah peralihan fasa young adult ke fully adult?
Entah la.
Sekian sahaja nukilan aku yang panjang bak tembok besar China ini.
– LittleWhiteLies (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit