Untuk part I, (https://iiumc.com/workplace-trauma/).
Hi semua. Pos ni sedikit panjang sebab malas dah nak ada Part 3. Kalau tak larat nak baca, it’s okay tak paksa pun. Haha
Ok.. Sambung Part 2.
Thanks to komen-komen semua.. First to clarify, saya tak cakap semua company melayu teruk ya.. Saya cerita based on pengalaman saya, dan memang diakui dari pengalaman teman-teman lain juga, memang kalau tempat kerja ada majority bangsa tertentu dia akan jadi unbalance. Culture teruk..
Sama je kalau bangsa lain pun bila start majority Bangsa A, B atau C di sesebuah organisasi.. Mesti jadi lain macam. Perangai mereka jadi pelik dan aneh. Especially orang-orang dah stay situ terlalu lama tak bergerak-gerak dah jadi artifak buruk, terlalu tepu dalam zon selesa.
Btw, tak perlulah nak cerita details apa yang saya lalui sampai ambil keputusan nak resign. Cerita tu memang salah satu pengalaman pahit dan dahsyat dalam hidup saya, tapi saya ni jenis layan je. Buat muka seposen je. Tak suka emosi macam orang gila. Sebab saya rasa saya tengah deal dengan sekumpulan orang sakit mental, tak perlu saya jatuhkan martabat saya jadi gila macam dorang.
Yang penting saya keraskan hati dan resign. Saya tak rasa keputusan saya impulsive, sebab bukan 6 bulan saya kat sana terus acah lembik tak tahan terus nak resign. Dah masuk 6 tahun kot.
Masa saya resign, diri saya betul-betul macam zombie. Dead inside. Dah penat terlampau. Dan fikir kena cari kerja lain dan teruskan hidup bekerja pun buat saya rasa benci dan putus harapan. Saya dah tak boleh fikir positive anymore, masa saya resigned tu saya dah tak fikir career growth, gaji, masa depan, career progress, etc etc.
Saya dah surrender. Saya letak sepenuhnya pada Tuhan. Saya dah tak sanggup. Saya hanya fikir satu “anywhere is better than here”. Gaji sama pun tak apa, gaji lagi kecik pun saya sanggup asalkan saya keluar dari sini. Notice saya selama dua bulan. Saya gamble resigned, tapi saya actively mencari peluang. Banyak interview saya attend.
Dahsyat tak dahsyat mental saya, ada salah satu interview saya blank. Otak saya shut down. Padahal 2 stages dah lepas. Stage terakhir, online interview, otak saya beku dan blank. Saya off camera dan broke down menangis.
Saya tak tahu kenapa saya jadi macam tu sedangkan saya kalau interview tak pernah teruk sebab saya sering well prepared dan mempunyai high communication skills (ni hampir semua orang cakap bukan self proclaimed).
Masa ni saya betul-betul putus asa, dan rasa terlalu teruk. Saya rasa saya tak berguna, bodoh, tak layak kat mana-mana pun. Effect trauma dilayan teruk di workplace ni effect dia sama seperti membesar bersama ibu-bapa yang abusive dan toxic, dan juga abusive marriage.
Ya, betul! Ini Therapist & Psychiatrist saya yang explained. Mereka tak samakan pengalaman itu ya, cuma effect pada mental kita tu sama.
Hari-hari saya semakin burn out. Semakin negative. Saya rasa masa depan saya dah gelap. Tak tahulah kenapa saya rasa patah hati soal kerjaya ni lebih teruk dari patah hati bercinta. Sungguh! Tapi dalam saya rasa lega dah resign, saya tetap sedih bila fikir perjalanan kerjaya saya yang macam ni. Saya salahkan diri saya. Saya rasa saya yang lembik, saya yang bodoh, saya yang lemah.
Saya fikir kalau saya tak tahan cabaran bekerja, takkan selamanya saya macam ni? Lepas tu kalau tak kerja, takkan saya nak susahkan mak ayah saya? Sampai bila? Siapa nak bayar rumah saya dan kereta saya? Dulu sebelum kerja sini saya ingat perjalanan kerjaya saya kat sini akan smooth dan steady sahaja.
Kadang-kadang saya hairan macam mana orang boleh hidup aman dan bahagia berkerja, sedangkan saya tak macam tu? Ada je yang buat saya rasa tak selesa dan tak happy. Saya salahkan diri saya, mula sangat harsh dan negative pada diri sendiri.
Untuk ringkaskan cerita yang tak ringkas ini, dalam keadaan mental saya yang tenat, negative dan trauma. Saya berjaya secured offer satu company oil & gas GLC famous di Malaysia. Pandai-pandai lah teka ya. Tak nak sebut nama huhu. Bab gaji seronok sembang sebab memang gaji yang ditawarkan jauh lebih tinggi..
Akan tetapi… Saya seram sejuk teringat stage terakhir interview bersama panel interview (mereka bakal jadi boss saya). Saya ingat lagi, cara panel IV bertanya, soalan, nada dan cara dia menyoal saya pun sangat angkuh, sombong dan mengingatkan saya kepada manusia-manusia di tempat kerja badan kerajaan itu.
Tapi serious, cara mereka bertanya saya tu, saya dapat rasakan mereka tengah asah taring sedang tunggu masa nak attack saya. Cara mereka bertanya tu punya hidden meaning seperti “kau ingat kau bagus sangat ke” hahaha.. Jangan cakap saya overthink ya, saya dah biasa dikelilingi manusia-manusia toxic, jadi mereka bukak mulut 2 minit pun saya dah boleh cam.
Tak payahlah defend cakap dorang psycho je masa interview, saje tunjuk garang nak test. Bullshit lahhhhh, takde istilah tu ya.
Kalau you buat macam tu kat candidate semasa IV, sah you gila dan you salah seorang boss yang mental. You je tak sedar. You’re a psycho, manipulator and a bully. Sila pergi jumpa doctor or psychiatrist. YOU’RE UNPROFESSIONAL, DISGUSTING AND YOU NEED HELP.
Saya ingat saya dah tak dapat dah kerja tu, sekali dapat pulak. Aduh.. Susah hati lagi saya. Kalau saya terima offer ni, seolah-olah saya lari dari mulut dinosour ke mulut buaya ganas. Apa bezanya? Nak resign susah hati, dapat kerja pun susah hati lagi.
Susah hati fikir kalau saya terima, mental saya yang sedia koyak ni pasti makin koyak rabak. Silap-silap paling lama saya bertahan setahun atau kurang dari setahun sahaja.
Orang terdekat push saya suruh terima je kerja di GLC itu, hati saya berat. Ye lah GLC tu kot. Apa ni!! Semua orang berebut masuk situ, saya pulak acah berat hati, acah ragu-ragu, acah susah hati, overthink pikir mental health konon, lembik tak tahan, fikir banyak kali nak terima?
Tapi saya juga memang sejujurnya ragu-ragu dengan diri sendiri dan judgement saya. Saya takut saya ni pun dah mental. Tak stabil. Plan saya kalau takde offer lain, saya terima je for the sake of urgency.. Terpaksalah kan.
Nak dijadikan cerita, last minute saya dapat called untuk interview lagi. Syarikat ini sebuah organisasi global. Tak banyak info saya dapat dari syarikat ini sebab dia international dan tak banyak review. Saya tahu syarikat ini besar dan established, tapi saya tak jumpa review jadi saya tak tahu reputasi syarikat ni!
Saya applied kerja ni tiga bulan sebelum saya hantar resign notice lagi. Saya ingat senyap takde apa dah, tiba-tiba kena called. Tapi sebab keadaan mental saya yang teruk, saya betul-betul dah tak ada mood nak hadap another interview.
Dah la stage ke 3, dia bagi saya soalan yang susah saya faham (or saya tengah negative dan burnout jadi otak tak boleh fungsi, brain fog). Dia bagi saya masa seminggu untuk prepare jawapan kepada assessment tersebut. Tapi saya betul-betul takleh function dah, lepas seminggu otak saya masih blank. Bukak laptop, tutup balik.
Saya hampir nak bagitahu HR, tak payah lah interview saya, saya ni bodoh, mesti akan fail je, cancel je la sesi dengan saya tu. Tapi nasib baik masih boleh control emosi, saya email recruiter baik-baik, saya minta tangguh.
“Regrettably, I find myself unwell and unfit to attend the interview as scheduled. Would it be possible to request a reschedule?”
Saya ingat kawan saya marah dia cakap “janganlah buat perangai macam tu nanti kena reject terus”. Masalahnya saya tak main-main dan mengada-ngada. Betul saya tengah mengalami simptom burnout and ‘brain fog’.
Saya jawab dekat kawan saya, “kalau dia company yang value manusia, dia akan respect candidate tengah tak sihat, dia ada empathy, dorang akan setuju untuk reschedule. Takdelah nak ikut dorang aje.
Kalau dia setuju, means dia company yang sangat bagus. Humans right dia tinggi. Kalau tak, dia memang another company yang toxic culture tak reti respect pekerja, tak value hak hak asasi manusia.”
Dan, sungguh tak sangka.. Dorang terima request saya untuk re-schedule. Jadi minggu terakhir tu saya doa sesungguh hati untuk pertolongan Allah untuk diberi kekuatan. Sebab rasa betul-betul rasa saya ni dah takde daya dah. Kuasa tuhan je lah boleh buat saya kuat lagi. Ikutkan saya, dah takde dah kekuatan. Tenaga saya dah takde, dah tak boleh dah.
Yang ajaibnya, dua hari sebelum interview, mencurah-curah idea saya. Saya tak overclaimed ya, saya rasa masa tu memang Allah betul-betul tolong saya, makbulkan doa saya. Saya siapkan assessment dengan lengkap, tiba-tiba 10 soalan yang saya rasa sangat susah yang dah peram seminggu lebih tu jadi mudah. Saya faham setiap kehendak soalan.
Dengan izin Allah, hari interview. Semuanya sangat mudah dan sangat lancar. Saya nervous mestilah. Tapi hati saya seronok, dan tenang semasa sesi interview berlangsung. Cara mereka bertanya, sangat positive. Saya tak dapat rasa vibe yang toxic dari mereka, cara mereka bertanya soalan memang fully nak tahu tentang skills saya.
Soalan-soalan yang diajukan, saya tak rasa mereka sedang menyerang saya, saya rasa we’re having a sincere professional conversation, mereka tak cuba psycho saya, tak cuba test saya, takde nak acah berlagak, takde sengaja pusing-pusing soalan sebab nak buat saya rasa down dan bodoh, dorang memang tanya soalan berkaitan kerja. Dan yang paling penting, mereka sangat stretch on positivity.
Soalan paling banyak juga ialah mengenai soalan conflict with people, conflict at workplace, difficult people etc etc. Mereka juga call 3 orang references dan bertanya mostly tentang atitude during conflict with people.
Presentation saya dipuji semua panel, dan mereka puji dengan cara saya carry myself. The hiring process ada 5 stages dan saya lepas kesemua stages dengan cemerlang(boss saya yang cakap ya) Saya candidate yang terakhir sebab saya yang tangguh, tapi alhamdulillah saya secured the job. Nasib saya tak emosi dan self-sabotage the IV kan.
Gaji yang di offer 2K lebih rendah dari GLC. Tapi bagi saya, money is not everything. What’s the point having the extra 2K kalau hati saya susah, dan tak sampai setahun saya resign lagi resign lagi, burnout lagi sengsara lagi, nak kena layan orang-orang yang dah selesa dengan culture yang tak sesuai dengan jiwa saya.
Jadi saya ambik keputusan go for the global company. Tu pun saya mintak petunjuk Allah sesungguh hati. Hati saya tenang nak pilih global company berbanding GLC.
To make it short, kita ni kalau dah terbiasa dengan bau busuk, tiba-tiba pergi tempat wangi. kita jadi culture shock. Saya join company ini, saya jadi culture shock. Rasa macam dilahirkan semula. Saya tak pernah tahu culture wangi ni wujud.
Jadi saya pulak keeps on tanya diri saya, betul ke semua ni or lakonan semata-mata? Too early ke nak judge cakap company ni wangi? Ke sebenarnya dorang belakang-belakang mengata saya dan benci saya? Saya jadi distrustful dan suspicious. Bila orang buat baik saya jadi tak percaya. Saya rasa orang tak ikhlas puji saya.
Bila kerja kita selama ni orang tak pernah hargai, bila boss baru appreciate saya, saya akan jadi pelik. Ohh berharga rupanya skill aku ni? Ingatkan diri ni sampah je (Maklumlah dulu dah biasa kena layan macam sampah sebab tak pandai melobi-lobi boss)
Lagi best ada surprise, saya join je Day 1, during unboarding boss cakap tak payah masuk office. You work je from anywhere, nak datang office pun boleh. You nak ambik work vacation pun boleh. Contoh pergi somewhere dan work from there (cuma inform je kat boss sebelum plan tu).
Dan juga takde time tag, datang pukul berapa tak kisah, balik pukul berapa pun tak kisah. Takde polis nak jaga siapa lambat harini. Siapa balik paling awal harini.. Hehe. Jadi selalunya orang kat sini semua pegi office lepas peak hours dan balik pun before peak hours.
HR siap cakap “Kat sini bukan penjara, everyone bukan budak-budak untuk kita nak control. Up to you guys nak manage your time and work macam mana” Kalau time betul-betul perlu jumpa je kena datang. Ada high-level meeting with stakeholders, or ada celebrations, datanglah. Tak nak datang pun takpe kalau tak terlibat. Sukahati you.
Sujud syukur saya, sebab saya sejujurnya not a routine person. Dah tak sanggup hadap jem hari-hari dan salah satu sebab burnout juga ialah menghadap jem teruk 9pm-6pm 5 days a week.
Semuanya online dan digitalized. Printing tak digalakkan kecuali tersangat-sangat penting. Semua documents online. Systems semua online.
Group Whatsapp untuk kerja? Diharamkan. Culture shock lagi aku. Dulu sampai 20 group whatsapp sampai rasa nak baling phone lagi-lagi kerja dengan sekumpulan manusia yang tak reti respect waktu orang lain. Berdenting2 semua terpaling banyak kerja kann.. Kalau tak respond kena cop pemalas siap kena call out lagi. Sekarang? Takde.
Handphone saya sunyi dan tenang. Handphone saya pun tumpang bahagia sekarang, tak stress dah dia, sejuk je handphone tu. Whatsapp group kerja satu pun takde.
Semua information by email dan work chat only. kau ketinggalan info tak baca email? Kau lah salah, kau jangan kelam kabut salahkan orang lain. Tak payah acah buta IT, sedangkan bab social media semua korang hebat je kan. Mereka juga sangat respect kehidupan peribadi masing-masing, nak ambik cuti dua minggu? Go ahead. Kau tunggulah sana. Work can wait.
Kita wajib respect orang lain punya timing, tak kisahlah sebab apa sekali pun. Kalau dia letak dalam calendar dia ‘unavailable’ from 9 am to 12 pm. Kau cari masa dia free. Tak payah paksa dia join. Fully freedom and flexibility on how you manage your work. Masalahnya kan work culture macam ni semua orang lagi motivated dan kerja lagi laju je siap? Kenapa ya?
Ketika meeting pun tak dibenarkan lama-lama. Sebab bagi mereka, longer meeting means less efficiency. Productivity killer. Buang masa. Normal discussion 30 mins, kalau rasa banyak hal nak cover 1 hour. Paling lama meeting is 1.5 hour.
Kalau tak siap kau kena marah sebab tak reti manage masa. Tak boleh lama-lama buang masa orang. Kalau betul urgent nak siapkan kerja, organize workshop 2–3 hari. Berkampunglah kat situ perah sampai dapat sampai siap.
Even kalau orang nak excuse diri during meeting, bagi dorang it’s normal. Dan yang penting sangat jujur “Excuse me I have to go I have important thing to do”. Yang penting part mereka sudah habis dan ada orang lain boleh cover. Paling penting jangan jadi burden pada orang lain. Jangan sebab kau, kerja orang lain semua tangguh.
Setakat ni semua orang kerja sangat laju dan efficient dan teratur. Takde arahan bertindih. Communication di sini jelas, with minimal miscommunication.
Cuma disini kena jadi someone yang highly independent, dan self learner. Nasib baiklah dulu saya dah biasa dengan manusia-manusia suka mengelak kerja kan, so kerja solo dan self learner tu takde masalah bagi saya. Dah biasa sangat. Siap tak dihargai lagi. Haha
Mereka juga percaya work should not be something separated from what we’re doing in our daily life. We should have freedom in managing how we wanna do our work. CEO juga tak suka kalau staff sering di office, dia suruh staff lebih productive.
Contoh pagi settle errands, hantar anak ke taska, pergi bersenam, dan lepas tu baru focus pada kerja masing-masing, ikut keselesaan masing-masing, depends pada schedule masing-masing. Ada orang lebih suka buat kerja waktu malam, jadi dia lebih selesa berjaga sehingga jam 3 pagi.
But when it comes to scheduling meeting with colleagues, (online or physical) kena consider semua orang punya work timing and global timing. Jangan kacau outside working hours.
Terus terang saya cakap, sebagai orang islam, system yang dipractice di sini lebih islamic. Orang disini hormat semua orang. Respect masa orang. Terus terang je, “sorry rumah I ada plumber I tak masuk office today, I join online je.” Takde sapa nak judge. Semua faham dan respect saje.
Takde diskriminasi antara jawatan tinggi dan rendah. Culture melobi boss tak diagung-agungkan. Takde perangai murahan curi projek orang, takde sibuk nak take credit, claim project orang as project dia, burukkan orang lain kat boss lepas tu curi projek orang muka tebal.. Uwekk. Mual bila ingat balik.
Kat sini siapa cuba-cuba melobi boss, kau akan dipandang jelek dan pelik. CEO pun takkan benarkan. Dia sendiri akan avoid dari manusia yang ada potensi melobi ni. Boss juga tak pilih bulu. Semua dilayan sama. Work culture ini juga membuatkan takde staff yang menipu MC, mengelak kerja, curi tulang.. Sebab nak tipu apa kau kat rumah je kan?
Saya pun jadi tak berkira bab kerja. Setakat pening-pening kepala ke migrain or demam ringan-ringan, saya masuk je lah meeting 30 minit dr rumah apa susah. Unless saya mmg sakit teruk dan banyak meeting pada hari tertentu. Itu wajiblah ambil MC. Otak saya ringan, sakit belakang stress saya hilang macam kena cabut.
Selepas 6 bulan, trauma saya masih melekat. Saya masih ada pikiran negative, saya fikir buruk, mesti probation saya bakal dilanjut mesti boss cakap saya tak layak, saya bodoh. Mesti ada je kritik sengaja cari kesalahan saya tu (macam kerja dulu).
Tapi sebaliknya, ya Allah.. Instead of mengkritik saya, boss saya yang mintak maaf dengan saya. Dia cakap maaf dia busy sangat dengan work and travel tak sempat nak guide saya 100%. Culture shock lagi saya. Saya dah ready nak tadah telinga kot kena kritik, kena tegur, kena macam-macam, dia pulak yang minta maaf.
Dan lepas 6 bulan terus jadi permanent staff. Nak nangis rasa bila for the first time in forever, kena layan selayaknya macam seorang manusia.
Lepas setahun dapat increment dan bonus for the first time, rasa terharu nak nangis lagi. Rasa bersyukur sangat dan ingat balik rasa sengsara saya yang dekat tempat kerja dulu sebenarnya Tuhan balas ganjaran di sini. Increment saya jauh dari kat mana-mana saya pernah dapat.
Sekarang dah 3 tahun, gaji saya dah lebih dari yang GLC offered. Take me sometimes, tapi alhamdulillah. Sekarang hati saya tenang bab kerja. Trauma saya slowly hilang. Dah takde work anxiety tu. Negative bab kerja pun beransur-ansure hilang. Tak suspicious dah.
Boss saya setiap tahun evaluation puji dia cakap saya sangat cool, tenang dan positive orangnya even during stressful timing. Hidup saya lebih sihat, masa lebih teratur. Mak Ayah saya masih bekerja, dorang pulak jelous tengok cara saya bekerja. Kat rumah je. Lepas tu banyak masa untuk diri sendiri. Nak jaga dorang pun banyak masa.
Psychology manusia ni bila diberi freedom dan tak kena micro manage, kita akan willingly want to give more. Tak wajib masuk office, tapi saya sendiri nak masuk office, bekerja kat office. Staf lain pun macam tu. Masuk je office even tak wajib masuk. Sebab benda tu tak jadi beban, kita boleh masuk dan balik sesuka hati. Seronok adalah.
Kalau tengah on leave pun kalau saya check work schedule tengok ada meeting penting, saya sendiri rasa ruginya saya tak join. Jadi saya join je online pakai phone dan mute myself. (kalau saya free sahaja).
Boss tak pernah suruh tapi dengan sendirinya saya jadi macam tu sebab saya rasa tak berkira dah pasal kerja. Dan saya rasa, finally I’m at the right place. Where I belong. It feels ease and peaceful.
Kalau doa-doa kita belum termakbul, maknanya belum lagi. Timing semua orang is different. Yang penting sabar, stay true to yourself, jangan ikut majority. Stand true to yourself and your integrity, yang salah tetap salah, jangan normalisekan benda jahat, benda busuk, benda tak baik hanya sebab benda tu semua orang lain jadikan norma.
Kita ni tak perfect, tak lari dari dosa, tapi cuba jangan buat orang, jangan berniat jahat dengan orang, jangan hanya tahu nak gunakan orang dan ambik kesempatan dengan sesiapa. Tak kira colleagues, kawan-kawan rapat, kawan jauh, strangers, malah sesiapa sahaja. Benda tu penting. You’ll get what you give.
Buat silap ketika kerja is normal, takde sesiapa dalam dunia ni tak pernah buat salah. Not your boss, not even your parents, no one. Yang penting keep on learning from mistakes.
Akhir kata, pada sesiapa yang struggle pasal kerjaya atau kehidupan.. Jangan give up and negative macam saya, tak baik.. Hahaha.. Sesungguhnya Tuhan kita ada, dan wajib percaya pada kuasa-Nya. Dan dia sangat baik.
Dan kalau satu hari, kalau dah Tuhan tetapkan, time’s up, rezeki saya habis disini pun saya redha je. Biasalah semua ini hanya pinjaman-Nya, takde apa pun kita punya.. Kita lalui je pengalaman hidup ini.. As for now, saya bersyukur sangat dan berdoa baik-baik sahaja.
Signing out. No more part 3.
(3347 patah perkataan)
– Cool Cat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
very inspiring. semoga terus success
Inspiring.. kalau ada keje kosong bgtau la ye emel sy hehe