Unresolved Feelings II

Untuk part I, (https://iiumc.com/unresolved-feelings-2/).

Assalamualaikum. Hari tu aku cakap tak nak confess bersambungkan tapi bila tengok ada beberapa confession as a reply terhadap confession aku, rupanya ramai yang sama situasi macam aku.

Bagi yang tak suka genre confession yang melibatkan crush @ cinta monyet @ vibes zaman sekolah asrama, bolehlah skip tau.

Kalau yang cakap baik buat diari je, aku mintak maaf. Anggaplah aku tulis diari dalam IIUM ni dan nak share pengalaman aku sebab aku ni banyak sangat unresolved feeling di zaman sekolah.

Ini semua akibat dari suka pendam masalah sorang2, risau pandangan orang, perahsia, negative thinking, anggap lelaki semua sama and low self esteem. Ini masalah2 aku.

Ada yang tanya, kenapa aku tak suka Tomato Man?

Aku rasa ini related dengan minda skeptikal yang aku tanam dari kecil tentang physical appearance orang yang layak dicintai.

Aku pernah tertengok scene Tomato Man selamatkan rumah dan ladang sayur terbakar.

Lepas berjaya padamkan api dan kalahkan penjahat yang menjadi punca segala kebakaran tu tiba2 seorang tuan puteri yang sangat comel datang peluk dan cium Tomato Man.

Aku masa tu terfikir yang tuan puteri ni macam entah ape2 je. Macam takde taste langsung.

Engkau ni comel dan seorang tuan puteri kut!

Apasal pergi jatuh cinta kepada benda alah bulat oren ni.

Memang Tomato Man tu seorang hero tapi dia sangat tak handsome dan rupanya mengarut betul.

Dahlah tak matang bawa permainan apa entah keliling kampung macam orang terencat.

Kenapa tuan puteri boleh sukakan dia dan ajak dia tinggal kat istana.

Nasib baik Tomato Man reject tuan puteri tu sebab Tomato Man cakap dia perlu ke kampung lain untuk misi menyelamat.

Furthermore, buah tomato pulak buah yang paling aku geli. First time aku makan masa umur 3,4 tahun sebab orang cakap itu buah apple. Terus nak termuntah bila gigit. Trauma rasa.

Sebab tu dengar je intro lagu Tomato Man, cepat2 aku alih tv. Tak suka betul.

Tengok, aku punya pemikiran skeptikal tentang cinta ni dah wujud awal sangat. Padahal waktu tu umur aku baru tadika agaknya. Lupa dah.

Waktu tu, minda skeptikal tentang daya tarikan cinta ni buatkan aku tak tahu yang tarikan cinta ni sebenarnya bergantung kepada siapa yang nampak kecantikan kita tu.

Semua orang akan nampak sempurna di mata orang yang tepat.

Termasuklah tuan puteri yang sukakan Tomato Man tu.

Mungkin bagi tuan puteri, Tomato Man tu comel dan gagah walaupun bagi aku dia tu yang bukan2 aje. Itu lah kisahnya kenapa aku benci..

Kali ni aku nak cerita tentang the good old days kehidupan di asrama yang sangat indah bertemankan crush yang aku minat dari form 1 hingga form 4 pulak.

4 tahun aku pendam perasaan disebabkan negative thinking & anggap lelaki semuanya sama.

Sama jahat macam Saif.

Menyesal sebenarnya aku tak nampak Saif bergelut berebutkan surat tu. Kalau tak, takdelah aku fikir negatif dan salah faham tentang lelaki bertahun2.

Crush di sekolah menengah ni bagi aku sweet sebab masa tu dah agak matured sikit.

Aku simpan signature dia. Siap ada diari khas untuk tulis apa yang terjadi antara aku & dia. Free2 aku selalu baca. Mana entah dah diari tu.

Okey let’s get started.

Sebenarnya, masa naik form tu aku dah boleh lupakan juga si Saif tu sebab aku memang jarang nampak dia.

Lagi pula pengalaman duduk hostel ni tersangatlah best & berbunga2.

Masa masuk form 1 tu, bagi yang duduk hostel akan ada minggu orientasi dalam 1 minggu.

Students form 1 ni akan dibahagikan kepada 10 group. 10 group ni bersamaan dengan 10 dorm asrama putera puteri.

Setiap group akan ada ketua lelaki perempuan yang juga merangkap ketua dorm sesi pagi dan petang.

Masa minggu orientasi ni memang ramailah yang dapat offer jadi adik angkat, abang angkat , kakak angkat dan couple junior-senior atau junior-junior.

Aku budak tak hot. Takde pun yang offer jadi abang angkat aku. Cuma kakak angkat je ada.

Adalah 2-3 orang kakak yang tanya aku dah ada kakak angkat ke belum?

Tapi rules tetap rules iaitu setiap adik boleh accept 1 kakak je. Nanti boleh gaduh kalau share.

So aku cakap aku dah ada kakak sebab hari 1st / 2nd masuk hostel tu memang dah ada yang proposed aku.

Aku ambik kakak yang paling first proposed aku & kami memang rapat gila.

Dia pun best sebab perangai gila2 merapu.

Nasib baiklah ada 1 kakak tu dia lambat 2,3 hari proposed aku sebab kakak tu cantik & agak famous betul. Ketua dorm sesi petang pulak tu.

Kalau belum ada yang proposed aku, aku terpaksa ambil dia.

Bf dia pun senior f4/f5 yang memang famous & handsome .

Aku rasa kurang ngam sikit kalau kakak angkat cantik & famous sangat.

Segan jugak dengan bf dia kalau dia perkenalkan aku sebagai adik dia.

Masa orientasi ni budak-budak form 1 ni di syaratkan untuk collect sebanyak mungkin signature senior lelaki dan perempuan.

Disebabkan kes yang aku fikir Saif dah game kan aku dulu tu ianya dah buatkan aku rendah diri sangat dengan lelaki.

Pulak tu sekolah menengah ni vibes lelaki matured. Dah tak sama vibes sekolah rendah yang masih main lawan2 pembaris besi.

Ada sekali tu aku panggil sorang senior form 2 ni.

Dia ketua group berapa entah. Kebetulan dia baru melintas depan aku.

Aku panggil dia. ” Awak tunggu sekejap! Boleh tak awak sign kertas saya?” Cepat-cepat aku ambik kertas aku.

Masa tu aku sorang dan dia pun sorang. Berdua je tepi tong air. Takde orang lain dekat situ.

Dia pusing badan dan pandang aku.

Dia cakap. “Saya tak nak sign kertas awak .”

Aku cakap, ” Bolehlah. Please.. Nanti saya kena denda.”

Dia cakap,” Kalau saya tak nak sign awak nak buat apa?”

Aku dengan muka mintak belas kasihan, aku pandang betul2 dalam mata dia. Kiranya macam kami bertentangan mata gitu.

Aku cakap,” Bolehlah awak…”

Ayat aku hanya bolehlah boleh je… Tu je modal aku. Nak pujuk lebih-lebih rasa malulah pulak.

Dia tetap cakap tak nak sign dan argue dengan aku macam suruh buat something dulu.

Tapi aku rasa macam sedih dan down gila sebab masa kami saling berpandangan tu, tiba2 dia pandang tepi.

Aku tetap renung mata dia tapi dia macam tak keruan. Tergaru-garu kening, main hidung dia. Pandang kiri kanan. Macam tak selesa nak cepat-cepat pergi.

Aku rasa down gila sebab muka aku yang nampak sedih tu pun tak berjaya nak buatkan dia rasa kesian.

Dia dah tak pandang muka aku langsung padahal sebelum tu elok je kami saling berpandangan macam jarak sedepa macamtu.

Padahal ramai yang cakap aku ni kalau merenung boleh buat orang kesian.

Maybe sebab mata aku ni ke dalam sikit and kening aku ni macam jatuh sikit tu muka nampak kesian.. Entahlah nak describe macam mana. Mata jenis sebak sayu kut.

Dengan tak cakap banyak, aku terus cakap.

“Takpelah kalau awak tak nak sign. Terima kasih ye”. Aku terus undur diri.

Sedih bunyinya.

Memang aku sedih tak dapat signature tapi aku lagi terasa hati dan down sebab fikir dia terus tak pandang aku.

Aku ni seorang yang overthinking dan low self esteem.

Kalau bila bercakap dengan aku orang tak pandang muka aku dan macam gelisah tak selesa, aku akan fikir yang dia tak nak pandang sebab tak selesa tengok aku hodoh atau ada kekurangan dekat mana2.

Sebab aku kalau nak bercakap dengan orang tak kisah hodoh ke cantik, aku akan pandang mata atau muka dia supaya orang tu tahu aku berminat untuk bercakap dengan dia.

So aku fikir, senior ni tiba2 tak nak pandang aku sebab mungkin dia rasa muka aku ni hodoh ke ape sebab dia ni handsome sangat.

Lebih handsome daripada Saif.

Down sangat aku rasa.

Sebelum aku pusing, aku kerling dia sekilas dengan muka yang agak hampa tapi aku senyum sikit dekat dia.

Aku nampaklah berkerut2 dahi dia tenung aku macam muka bersalah gila.

Dia macam stuck and blur tak tahu nak buat apa. Dia berdiri je tengok aku pusing nak pergi.

Mungkin dia dah start kesian tapi tak tahu nak pujuk aku macam mana.

Lagi pulak tiba-tiba datang 1 group girls kerumun dia untuk minta signature.

Aku undur diri ke belakang dan perhati je girls tu pujuk dia.

“Abang bolehlah bang sign kami punya. Abang nak suruh kami buat apa? Nyanyi? Kami boleh nyanyi. Yang penting abang sign kertas kami”.

Aku yang masih ada dekat situ just perhati je dia and girls tu sebab aku fikir dahsyat betul girls ni memujuk.

Aku rasa dia ni jenis tak melayan dan tegas sikit.

Sebab girls tu pujuk macam tu, dia buat macam dek dan muka annoyed. Pandang girls tu pun macam nak tak nak.

Dia pun tak gelarkan diri sendiri abang. Kalau senior lain aku tengok ada yang naik bulu je merenyam.

Form 2 pun boleh bahasakan diri sendiri abang. Beza 1 tahun aje pun.

Tapi aku duduk je situ. Aku tunggu je girls tu selesai hingga pengawas tu akhirnya sign je dekat kertas diorang tanpa banyak cerita.

Mungkin payah nak handle sebab group girls ni memang bising dan agak hura-hara sikit.

Last sekali selepas girls tu semua pergi, aku pergi dekat dia semula.

Aku perli dia. “Sekarang awak dah boleh sign kertas saya, kan? Diorang tu boleh je awak sign.”

Aku dengan senyum malu2 hulur je kertas aku dekat dia.

Nak tak nak dia kena sign sebab budak2 tu elok je dapat signature.

Aku yang sorang diri dia nak buli.

Aku sorang diri tu sebab nak pergi ambik air tak silap sebelum nak balik dorm.

Dia macam pandang muka aku sekejap dan macam nak balas senyuman jugak. Tapi dia cepat2 cover.

Dia tanya nama aku, dari taman mana dan sekolah rendah dulu kat mana. Aku pun jawab jelah.

Lepas dia pulangkan kertas aku dan aku cakap terima kasih, dia just cakap ‘okay’ je lepastu pergi.

Tak pandang aku pun. Macam kerek sikit.

Signature dia? Lebih kurang signature aku yang memang tulisan nama.

Bukan style signature yang pusing2 bulat2 sampai kita pun tak tahu huruf apa.

Dan nak dijadikan cerita, masa aku nak ambik signature senior form 5, tiba2 ada senior tu tanya aku.

Awak ni anak uncle sekian sekian kan? Abang awak senior last year nama sekian sekian kan? Aku cakap ye betul.

Senior tu cakap,

“Eh ayah kita kawan baiklah dekat office. Saya pun rapat dengan abang & ayah awak.”

Ayah kami officemate rupanya.

Then masa senior form 5 tu tengok kertas aku yang ada sikit je signature lelaki, senior lelaki tu cakap yang aku dalam bahaya. Aku mesti kena denda ni nanti.

Senior tu cakap “Jom ikut saya.”

Tanpa banyak soal aku ikut je dia. Dia bawak aku ke setiap group untuk jumpa setiap ketua group dan paksa ketua tu sign cepat2.

Senior2 & budak2 lain macam protes tak puas hati pandang aku.

Budak2 cakap mana aci. Kita orang susah payah cari kut. Dia senang2 je dapat sign.

Kecoh2 and bisinglah setiap group yang kami pergi tu. Semua macam bengang dekat aku.

Senior tu cakap, aci tak aci mesti kena sign. Ini adik aku. Nanti adik aku kena denda.

Aku rasa nak letak muka dalam kain dah. Malu dan bersalah gila.

Aku faham perasaan diorang tu sebab aku memang bengang dengan budak2 yang ada abang angkat ni.

Famous jap aku sehinggakan semua orang pandang aku jealous gila. Tapi mesti orang ingat aku betul2 adik angkat senior tu.

Sebab budak yang ada abang angkat form 5, memang akan dapat privilege camtu.

Abang angkat diorang memang akan tolong carikan signature.

Bengang je aku tengok sebab rasa tak adil sangat dunia ni. Aku punyalah susah nak dapat signature.

Yang budak2 ni mentang-mentanglah comel lote hingga dapat abang angkat, tak payah susah2 nak cari signature.

Senang betul hidup!

Macam adik angkat ni, aku tengok pattern budak2 yang comel je mesti akan ada abang angkat.

Yang jenis pattern cantik, tak jadi adik angkat tapi terus angkat jadi gf. Macam tu patternnya..

Tapi tup-tup aku pulak dapat privilege yang sama tanpa disangka-sangka.

Tiba-tiba rasa ini sebenarnya lebih kepada ‘konsep rezeki’.

Time orang tak boleh, time diri sendiri terus jadi boleh. Hipokrit.

Tapi aku dengan dia bukan abang angkat pun. Takde declare pun. Dia memang nak tolong aku atas dasar parent.

But maybe semua orang fikir dia abang angkat aku sebab dia dah perkenalkan aku sebagai adik dia dekat semua orang. Orang pun duk panggil aku adik Zaki.

Pengawas form 2 yang buli aku masa mintak signature tu (aku namakan Noah lah ye), dia memang terperanjat gila bila tengok aku dengan senior tu.

Noah tu pun tiba2 ada ikut sekali masa kita orang pergi meja ke meja masa ambil signature tu.

Maybe sebab Noah memang rapat dengan Zaki. Selalu jalan ke surau & makan sama2.

Noah ni geng jugak dengan senior form 5. Form 5 pun dia ber aku kau je. Takde abang2. Memang rapat.

Aku tengok Noah tanya Zaki.

“Siapa budak ni? Kau kenal ke?”

Zaki cakap itu adik akulah.

Tapi Noah macam tak puas hati & tanya2 lagi.

Last2 aku dengar Zaki cakap yang aku ni anak kawan ayah dia. Sama office. Aku ni adik senior last year.

Noah tiba-tiba pandang aku seolah cakap, “oh macam tu”.

Mungkin dia kenallah abang aku tahun lepas. Pengawas sekolah & pengawas asrama jugak macam diorang.

Aku pandang je Noah sambil tersenyum puas hati. Aku rasa nak cakap bingo dekat dia.

Kau poyo sangat tak nak sign aku punya, last2 aku dapat vip lane terus.

Semua signature senior lelaki aku berjaya collect dalam beberapa minit je. Tak perlu nak menyanyi & pujuk rayu bagai.

Tapi Noah ni aku tengok macam lelaki yang cold. Gila susah nak tengok dia senyum. Aku senyum pun dia tak balas.

Aku memang tak suka dia sebab rasa poyonya dia ni.

Orientasi tu aku lalui dengan dada yang sangat lapang gembira sebab tak payah fikir dah tentang denda.

Kalau terserempak dengan Zaki memang kami akan bertegur sapa & berhenti berborak sekejap.

Tapi aku perasan kalau aku berborak je, Noah mesti ada datang join.

Biasa kami borak gelak2 cerita pasal family kami je lah. Dia tanya tentang abang aku.

Aku pulak tanya tentang adik dia. Aku pernah satu tadika dengan adik perempuan Zaki.

Tadika dekat dengan office ayah kami. Tapi lepas tadika aku tak pernah jumpa dah dengan adik dia, Sofia.

(Semua nama adalah samaran semuanya).

Aku cerita tentang adik dia yang kuat menangis dekat tadika dulu. Asyik jerit nak papa nak papa. Akulah kawan tukang pujuk.

Zaki cakap Sofia tu sampai besar masih mengada-ngada, merajuk je kejenya. Makan pun kuat.

Basically kami berborak macam tulah sambil ketawa2.

Noah kadang2 nak tersenyum jugak dengar aku berceloteh tapi bila aku pandang dia, terus dia tak senyum dan pandang lain. Entah ape2.

Tapi aku senyum jugak and sambil cerita aku pandang dia jugaklah sebagai tanda hormat kepada dia yang tiba2 join menyibuk.

Takdelah dia rasa macam dia tak dialu-alukan.

One day tu masa berborak dengan Zaki aku cakap yang aku akan pindah sekolah kut. Ayah ada datang bawa offer letter.

Aku ada masa 1 minggu je lagi untuk prepare. Habis orientasi ni mungkin aku akan pindah dah.

Masa tu tak silap ramai jugak budak yang dah start dapat surat Mrsm & SBP..

– Lilly The Milly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *