Rumah Hantu

Salam to admin and all the readers. Aku tengah dilanda Monday Blues dekat office ni. So, habis semua confession dalam IIUMC ni aku dah baca. It’s a mix feeling bila habis baca tu. Ada yang sedih, happy, rasa nak marah, rasa menyampah, takut etc. Confession aku ni (kalau admin sudi publish) lebih kepada mengimbau kenangan lama denga kawan-kawan aku masa kitorang study dekat Matric Centre UIA PJ Seksyen 16. Sekarang dah takde kan Matric UIA kat situ?

Banyak jugak lah kenangan dekat situ. Yelah, baru lepas keluar sekolah menengah. Baru dapat jumpa bermacam-macam jenis manusia. Tak silap aku, asrama kitorang, Khadijah College, bekas bangunan hospital. Nak lagi best, floor level bilik aku tu, bekas bilik mayat. Ok stop. meremang pulak tetiba bila ingat balik. Haha.

Setiap tahun, pihak MC UIA akan adakan hari matrikulasi. Masa ni, public boleh datang dan masuk ke dalam kawasan matric. Ada jualan bazaar, ada pameran itu ini, ada jugak aktiviti rumah hantu, dan many more lah. Siapa-siapa batch yang sempat study kat MC UIA ni, confirm tau kan?Anyway, masa kat matric dulu, aku mmg aktif bepersatuan nih. Rajin jugaklah aku join kalau persatuan department aku buat aktiviti.

So untuk Hari Matrik tahun tu, aku joined jadi AJK Bazaar, sekali dengan BFF aku, Kojah (bukan nama sebenar) dan Maimun (bukan nama sebenar jugak). Keje kitorang ni mmg jaga stall je la. Sambil mencuci mata tgk sape yg datang membeli belah dan seharuslah boys dari UM yang jadi perhatian kitorang sebab boys UIA, 80% pendek-pendek dan kurang hots. Haha. Aku gurau je. Monday blues kan. So dah seharian jaga stall dekat bazaar tu, Aku, Kojah, Maimun dan dua orang lagi kawan kitorang, si A dan si B memang teringin sgt-sgt nak masuk pameran rumah hantu. Nak masuk rumah hantu ni, syaratnya kena masuk berdua je. So committee rumah hantu tu suggest kitorang masuk 2-2-1. Hello~ haruslah kitorang nak masuk berdua je? dan sape yang willingly nak masuk sorang-sorang kan? Dah la macam-macam kitorang dengar kes seram MC UIA ni. Bodek punya bodek dan disebabkan kitorang committee hari matrik jugak, kitorang bleh masuk 5 orang sekaligus.Hehe.

Bila nak masuk rumah hantu ni,mana ada yg nak duduk depan dan belakang sekali kan? Maka, berebutlah kitorang 5 orang nih, nak duduk kat tgh-tgh. Punyalah bertolak habis,kira wrestling kejap kitorang kat depan entrance rumah hantu tu. Kedudukan final – Si A, Kojah, Si B, aku dan belakang sekali si Maimun. Berjalan lah kitorang dalam rumah hantu tu sambil tertunduk-tunduk, terjerit-jerit dan terlolong-lolong panggil Mak. Berpeluh satu badan nih. Penakot tp nak jugak masuk. Tetambah kalau org depan tak mau jalan. Lagi lama kitorang duduk dalam tu. Sampai satu simpang ni, rupa-rupanya ada hantu jadian tunggu. Apa lagi, jgn haraplah yang duduk depan sekali tu nak teruskan berjalan. Meroyan sorang-sorang si A kat depan sekali tuh. Adalah dlm 15minit kitorang stuck kat simpang tu. Dari rasa takot yg amat, lelama aku terasa bosan sbb panas giler. Bila aku gerak nak ke depan, aku nmpk hantu jadian tu, aku pun patah balik. Jgn haraplah aku nak jadik heroin. Tunggu punya tunggu,aku dah sampai takde mood langsung, tetiba dapat satu idea. Aku nak usik si Maimun ni lah sebab Maimun ni orangnya sangat-sangat funneh. Hihihi. Aku yg elok mengadap ke depan nih, tetiba aku toleh ke arah Maimun,buat-buat terkejut bila tgk dia, sambil tuding jari ke arah belakang dia, dah jerit, ” Maimun, belakang kau, hantu!”

Satu reaksi yang tak terduga sama sekali oleh Maimun. Aku ingat dia akan peluk aku atau paling extreme pon, dia jerit dan tolak aku ke belakang. Si Maimun ni punya terkejut dgn usikkan bangang aku ni, dia jerit kuat giler , dan dalam masa 2 saat, habis jatuh semua board partition yang dorang guna untuk buat dinding-dinding dekat rumah hantu tu sebab Maimun dah rempuh semua board partition tu. Si Maimun ni siap pijak dan lari atas board tu. So korang leh byg kan macam mana keadaan time tu? kitorang semua tercengang, committee rumah hantu pon tercengang, dan dengarlah si hantu-hantu jadian ni menjerit-jerit sebab board dah jatuh dan Maimun berlari keluar , terpijak dorang.

Maimun kat luar dah terduduk menanges-nanges sbb takot dan terkejut. Dalam sekelip mata terang benderang rumah hantu tu. Memandangkan rumah hantu tu bawah asrama budak laki je, ramai budak laki turun tgk sape yg jerit kuat sgt. Memang aku dah gigil giler masa ni sebab takut kena marah. Ni yang orang cakap, bertindak tak berfikir. Niat aku nak gurau-gurau je tapi dah sakitkan orang lain. Lesson learned.

Di kesempatan ini, andai kata among the reader ada yang penah jadi hantu-hantu jadian dan committees rumah hantu tu masa kejadian ni berlaku, aku nak minta maaf di atas ketidak matangan aku masa tu. But still thanks untuk committees dan hantu-hantu jadian masa tu, korang wat lek wat pis je masa tu. Siap offer kitorang minum air lagi. Dan super extra thanks untuk Maimun (kalau ko baca confession ni), thanks for being the coolest friend ever! Sikit pon ko tak marah kat aku masa tu. Lepas nanges-nanges tu, ko leh gelak pulak lepas tau aku saje je usik ko. Takde pon hantu belakang ko. Love yah friend!

Moral of the story, nak bergurau dan mengusik tu boleh tapi fikir dulu kesannya. Jangan mcm aku. Nasib aku baik sebab kawan-kawan aku jenis yang super cool. Buatnya jenis sensitif emosi terganggu, aku rasa mungkin aku tak wujud lagi kat dunia ni. Sekian.

– Aku yang tak berapa cerdik masa matrik tapi sekarang aku dah pintar.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit