Assalamualaikum. Aku tak nak tulis panjang-panjang sangat. Tapi aku nak minta cadangan ayat atau tips untuk minta suami sediakan hibah untuk isteri dan anak-anak.
Sekadar latar belakang kisah aku. Aku dan suami sekufu dari segi pelajaran, pendidikan dan kerjaya. Tapi rasanya kurang sekufu dari segi latar belakang keluarga.
Dulu aku fikir normal la sebab semua ada keluarga latar belakang lain-lain. Tapi lepas kahwin, aku rasa latar belakang keluarga sekufu juga agak penting. Kalau tak sama dari segi pendapatan okay lagi rasanya, tapi pemikiran perlu agak sama.
Aku selalu baca confession dalam IIUM Confession ni. Banyak juga yang aku boleh relate dan faham sebab aku juga lalui pengalaman yang hampir sama. Banyak komen dan cadangan untuk minta suami sediakan hibah. Tapi aku tak pandai nak cakap atau mulakan bab ni.
Aku tak diajar untuk meminta. Aku jenis berusaha sendiri. Tak reti nak apa-apa, minta dari orang. Aku tak nak suami ingat aku nak bolot harta atau mata duitan atau tak mahu kongsi harta dengan keluarga dia.
Tak, aku tak rasa aku kedekut cuma aku rasa aku perlu pertahankan hak dan wajar sediakan perlindungan untuk anak-anak aku.
Aku dan suami makin lama makin berusia, anak-anak makin meningkat dewasa. Banyak duit nak pakai. Tapi aku tengok keluarga suami macam sedap bergantung pada suami aku atas banyak segi. Aku faham suami aku anak lelaki dan sepatutnya boleh membantu keluarga dia.
Tapi dia bukan anak lelaki tunggal. Dan aku rasa keluarga dia pon kena mainkan peranan, kena sedar anak, abang dan adik mereka dah kahwin dan ada keluarga yang perlu dinafkahi selayaknya. Tak boleh terlalu bergantung sehingga seolah-olah suami ada 2 rumah nak kena jaga.
Barang aku bila rosak, aku baiki dan bayar sendiri. Barang rumah ibubapa dia, kalau rosak, mesti minta dari suami. Adik-beradik lain kadangkala macam lepas tangan. Masing-masing bagi alasan belum gaji, kurang mampu dan sebagainya.
Tapi tengok cara spend duit tak menggambarkan apa yang dikata. Lebih kepada biar papa asal bergaya, ikot trend, acah-acah berduit atau selagi aku ada abang/adik yang boleh diharap, kenapa aku perlu menyumbang?
Susah nak cakap bab ni dengan suami atau sesiapa bila hal melibatkan keluarga. Keluarga itu yang besarkan dia, takkan aku nak tegur kerap-kerap? Kebanyakan suami memang akan menangkan keluarga dari isteri kan. Bak kata ramai orang, mak hanya satu, isteri boleh cari lain.
Sama juga lah hal adik-beradik. Katanya kalau susah, keluargalah yang akan jaga kita dan terima kita seadanya. Tapi sebenarnya aku tak nampak macam tu dalam keluarga suami, tapi siapalah aku nak berkata begitu.
Cuma aku kerap berdoa Allah bukakan pintu hati suami untuk nampak siapa yang ada dengannya masa susah dan senang. Iya aku belum sedekad kahwin dengannya tapi tolonglah sedar siapa yang setia ada di sisi dia sentiasa.
Suami aku baik. Alhamdulillah. Sebab tu aku sentiasa cuba untuk redha dan sama-sama memahami cubaan dia untuk jadi anak dan adik/abang yang baik. Tapi sabar aku ada had dan sesungguhnya aku risau sekiranya apa—apa terjadi antara kami.
Dalam Islam, jika apa-apa terjadi kepada bapa dan ibu anak-anak, anak-anak perlu dinafkahi oleh keluarga sebelah bapa. Tapi aku doubt bab ni. Aku ada sedikit rasa risau.
Maafkan aku, tapi aku rasa sekiranya apa-apa berlaku kepada kami, harta kami akan dituntut keluarganya tapi aku tak rasa anak-anak aku akan dinafkahi selayaknya.
Seperkara lagi, Anak-anak aku lebih rapat dengan keluarga aku sebab sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rasa sama rata. Lain sikit dengan keluarga sebelah suami sebab mereka sedikit berkira dengan kami.
Anak-anak aku walaupun masih kecil, kadangkala agak terasa bila kat kampung nampak pakcik dan makcik mereka beli sesuatu kat anak sendiri tapi tak beli kat anak—anak aku.
Aku rasa bila berkumpul ramai-ramai kat kampung, belilah sesuatu yang boleh dinikmati semua, jangan beli untuk anak isteri sendiri saja, tak elok. Aku dan suami memang jenis beli barang dan makanan yang boleh dikongsi semua bila berkumpul ramai-ramai.
Kalau nak belikan mainan kat anak-anak kami masa kat kampung, kami beli untuk semua anak saudara. Kalau tak banyak bajet, kat anak kami pon kami tak beli. Biar adil.
Bab ni nampak kecil tapi bila anak-anak aku lebih rapat dengan keluarga aku, aku rasa lagi senang mereka nak lepas tangan nanti. Ibarat, harta kami ambil tapi kami tak boleh jaga mereka sebab mereka lebih rapat dengan kamu.
Bila tengok apa yang terjadi pada keluarga besar mereka pon sama. Banyaknya tak ada good money management, kurang saving, pakai saja duit yang ada sementara boleh, agak-agak sesak, minta tolong pada saudara yang financially stable.
Background family lebih kurang je semua, tahap pemikiran yang sama. Susah. Sebab tu aku cakap, aku tak nampak sinar untuk berubah sangat. Bila boleh keluar duit EPF, keluar semua renovate rumah, saving habis. Lepas tu minta belas ihsan bila kurang duit untuk segalanya.
Sebenarnya banyak sangat red flag yang aku nampak tapi tak mampu nak cerita kat sini. Macam-macam rasa ada. Geram, kecewa, sakit hati segala. Tolonglah bagi idea nak minta hibah secara lembut tapi menjadi. Haha. Aku nak suami buat hibah untuk kami.
Tapi aku tak nak suami fikir bukan-bukan, contohnya aku kedekut dengan keluarganya atau aku nak bolot harta dia. Tidak, bukan itu. Aku hanya nak jaga hak anak-anak aku. Aku tak mahu anak-anak aku susah padahal mempunyai ibu dan bapa yang sangat berusaha untuk masa depan mereka.
Lagi satu, aku tahu perangai aku, aku jenis tak suka nak fight harta dunia. Aku fikir semua perlu tahu hukum, kalau ada yang nak tuntut harta demi untuk kemudahan diri dan sekadar tamak harta orang kat dunia ni, aku nak tuntut kat akhirat je. Tuntut kat akhirat lagi susah kat yang berkenaan.
Tapi tu la, nak halalkan dan maafkan macam tak mudah. Nak tuntut kat akhirat, payah untuk semua. Tolong aku. Bagilah idea bernas dan berkesan. Nak ayat dan tips. Terima kasih!
– Bunga kekwa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kisah kita lebih kurang sama. I feel u sis, jom sama2 berdoa yg terbaik. Sy nak nangis pon ada bila baca kisah awk sbb mmg sebijik sama. sy skrg dlm proses minta suami sediakan hibah. Sy usaha survey yg terbaik yg tak membebankan suami. Mmg ada masa sy kecil hati dgn belah sana, dan kadang2 sy rasa sy ni jahat ke. Dan semoga kita sama2 diberi petunjuk yg terbaik.