Burung Yang Suka Sangkarnya

Aku suka tengok alam sekeliling dan relatekan diri aku dengan mereka.

Pepatah Melayu pun banyak ambil resam dari alam. Padi yang tunduk, cendawan yang busuk, pegar yang tak boleh harap, air di daun keladi, dan banyak lagilah.

Dalam banyak-banyak binatang yang aku suka dan kenal, aku umpakan dri aku macam burung dalam sangkar.

Masa kecik, haiwan peliharaan aku cumalah arnab. Tapi taulah arnab senang mati walaupun comel, nyawa tak panjang dan mudah cedera. Aku pun boleh relate dengan arnab sebab gigi aku ada gigi arnab. Hehe.

Haiwan favorite aku kucing. Comel, manja, walaupun ada yang ganas pada mulanya. Dan ramai yang sifatkan aku macam tu. Belum kenal and mula kenal garang, jual mahal. Lama-lama kenal manja dan setia. Ceh wah.

Rumah aku pernah bela anjing liar. Bukanlah di dalam sebab aku family Islam. Hanya sekadar berteduh di binaan-binaan luar rumah.

Dia hilang ketika dilanggar oleh jiran aku. Jiran aku cakap lepas langgar dia meringkut bawak diri pergi masuk belukar.

Dia pilih untuk pergi sendiri. Aku faham sebab aku pun tidak suka sesiapaun hatta keluarga mahupun pasangan lihat aku lemah atau susah.

Berbalik kepada burung. Dari kecik aku aku tak boleh bela burung. Sebab apa? Kesian burung yang bebas terbang terkurung dalam sangkar.

Sampai tahap aku rasa tak selesa pergi ke rumah yang orang tunjuk haiwan peliharaanya burung dalam sangkar kecik. Aku kesian kat burung-burung tu.

Tapi macam mana kalau burung tu manusia? Akulah dia si burung sang Nuri (bukan nama sebenar). Yang dikurung bak Puteri kononnya atas dasar kasih dan sayang.

Pemilikku atau tuanku adalah ibu bapaku yang sampai kini usiaku hampi menginjak 30an masih tiada kerja tiada duit simpanan dan tiada kawan. Aku dikurung di dalam sangkar rumahku.

Aku benci. Aku tak nak jadi burung. Aku tak suka jadi burung. Aku manusia! Ada hati, akal, dan perasaan. Bukan patung dan lagilah bukan haiwan.

Tapi aku dilayan seperti burung. Diberi makan, minum, mainan, dengan syarat aku tidak boleh keluar daripada sangkar.

Terkurungnya aku bukanlah baru sahaja bermula. Ia telah bermula lama sejak aku kecil. Orang pun pelihara burung dalam sangkar dari kecil takkan aku lain.

Setelah membesar kini aku faham mengapa ada burung yang tidak mahu tinggalkan sangkarnya. Sebabnya aku telah menjadi burung tu. Aku selesa. Cuma dunia sangkar ini yang aku tahu dalam hidupku.

Apalah sangat naluri kebebasanku jika ianya tidak menjamin nikmat yang aku dapat dalam sangkarku?

Aku sering bersangka buruk dengan apa yang ada di luar sangkar aku.

Berapa banyak pemangsakah di luar sana yang hanya tunggu saat aku keluar untuk menyerang aku? Terjaminkah segala makan dan minumku di sana?

Oh tidak. Aku suka sangkar aku. Lebih baik aku hidup di sini terselamat dan terjamin daripada terdedah dengan mara bahaya di luar sana.

Sehinggakan apabila tuan aku membuka sangkar dan menyuruhku keluar, aku tidak bergerak. Setapak, dua tapak, tiga tapak. Hanya itulah jarakku daripada sangkarku.

Aku tak mampu buat keputusan sendiri. Aku tidak lagi mampi berfikir sebdiri. Aku ingin balik ke sangkar aku dan hidup dan berady di situ selamanya. Akulah si Puteri Nuri yang tinggal dalam istananya.

Tiada apa yang boleh membuat aku meninggalkan istana ini hatta rintihan rakyat jelata, atau panggilan seberang diraja, mahupun kuda putih sang putera.

Di istana sangkar inilah tempat aku selamanya.

– Nuri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *