Tolong Buang Tabiat Suka Pinjam Duit Orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession.

Aku namakan diriku sebagai Selipar Jepun. Aku ni masih bujang dan berkerja dalam bidang swasta di badaraya Kuala Lumpur.

Pendapatan aku kira ok lah untuk orang bujang macam aku dan aku juga ada buat perkhidmatan mekap pada hujung minggu. Pendapatan dari mekap ni banyak juga lah tampung perbelanjaan dan komitmen aku.

Aku menyewa bilik di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Aku ada seorang jiran yang agak peramah la.

Rajin bertegur sapa dan tak lokek dengan senyuman. Kakak ni ada 4 anak yang masih bersekolah.

Umur jiran aku ni dalam lewat 30an dan surirumah sepenuh masa. Suaminya berkerja sebagai penghantar makanan.

Apa yang aku nak ceritakan kat sini jiran aku ni sangat suka dan sangat kerap meminjam duit. Dia selalu cerita yang dia tak cukup duit dan gaji suaminya tak cukup.

Biasanya dia minta dalam RM50@RM100. Yang paling kerap RM50.

Yang paling last dia tak bayar sampai sekarang. Tak banyak cuma RM50.

Tak banyak tapi duit juga…

Aku nak minta tak sampai hati sebab jumlahnya kecil. Hutang2 lain dia bayar cuma lambat sikit.

Kalau dia bayar hari ni, minggu depan mesti dia minta pinjam lagi. Jiran aku ni sihat tubuh badan, cuma dia kata susah nak keluar bekerja sebab dia perlu hantar dan ambil anak sekolah.

Hanya suaminya yang bekerja tapi dia ada bagitahu aku yang gaji suaminya tak cukup. Contoh bila aku dapat gaji setiap 1haribulan, esok atau lusa mesti dia akan wasap aku nak pinjam duit.

Aku ni bukan kedekut, ya aku memang bujang tapi aku juga ada komitmen, aku ada buat loan untuk baik pulih rumah mak aku kat kampung. Aku juga masih ada seorang adik yang masih belajar.

Adik aku ni pun aku perlu support dari segi kewangan dia. Dan jiran aku ni pun aku tahu dia susah.

Kadang dia cerita dengan aku keperluan anak2 sekolah sangat tinggi. Kadang aku jadi pening kepala.

Sebab jiran aku ni nak pinjam duit kerap sangat. Dah jadi macam rutin.

Kadang tengah2 bulan pon dia ketuk pintu rumah aku sebab nak pinjam duit..

Kalau tak bagi, aku akan rasa bersalah dan kejam.

Nak bagi, aku pun banyak komitmen yang perlu aku cover. Jadi nasihat aku kepada sesiapa yang tengah rasa susah, dan masih ada kudrat, apa kata cuba cari alternatif untuk cari pendapatan yang boleh buat tanpa kacau rutin harian hantar dan ambil anak sekolah.

Contoh macam buat kuih letak kat kedai2, cuba buat kek ke kan. Bunyi macam susah dan renyuh, tapi percayalah semua tu boleh belajar.

Aku tahu bukan mudah nak buat tapi tak ada benda yang mustahil. Ada setengah orang dia menjahit kat rumah.

Pinjam duit boleh kalau betul2 tengah terdesak tapi jangan jadikan kebiasaan. Tak elok.

Jangan jadikan sebagai habit kita asal tak ada duit je terus meminjam. Sangat-sangat tak elok.

Tolong lah. Melainkan kalau kita memang sakit terlantar.

Sebab bukan apa, orang bujang yang kalian tengok macam tak ada komitmen ni pon sebenarnya ada komitmen. Kami ni bukan senang.

Memang lah ada gaji bulanan tapi kami pon banyak komitmen. Sebab tu lah kami cari pendapatan sampingan sebab gaji kami pun tak cukup nak cover semua.

Lagi satu aku pun tengah menabung untuk beli rumah dan untuk berkahwin bila sampai seru nanti. Kami ni kalau orang mintak nak pinjam duit, tak nak bagi, rasa macam kejam, rasa kasihan.

Kami mengharapkan “common sense” dari kalian untuk hentikan tabiat suka meminjam duit ni. Cuba dulu usaha cari alternatif lain.

Dapat sikit2 pun ok la dari langsung tak ada kan. Itu saja terima kasih sudi baca.

– Selipar Jepun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Akak ada sorg kawan ni, hari2 update dia jalan sana sini.. suami keje T20.. dia surirumah je.. sekali pinjam rm200.. kalau akak buat dek je, dia akan buat2 lupa bayar.. lepas 2 bulan baru bayar, tu pun hari2 minta.. kita pula dah macam pengemis.. kalau akak cakap terdesak, dia akan convince kita esok, lepas esok, esok lagi.. bila dah bayar hutang tu, mgu depan dia minta lagi… Huhuhuuu…

  2. saya cuma nak bagi pendapat. apa kata pindah ke kediaman lain. yang kejiranan kebanyakan kerja yang gaji tinggi sikit.

  3. sama kes cm ak jgk ingt ak bujang xde commitment lain agaknye.. ssuke ati je nk pnjm tiap bln pastu jnji byr akhir bulan last2 sambung lg sbulan. mmg tdk la nk bg pinjam lg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *