Salam semua. Nama saya Rumi. Saya datang dari pendalaman ke kota besar ni sebab kat kampung tak de pekerjaan.
Walaupun saya belajar sampai form 6, tapi susah nak dapat kerja dekat sini.
Ada sepupu saya seorang kerja kat satu syarikat besar kat bandar. Dia ajak saya datang kerja sini dekat 7E. Sementara tu dia cuba jugak cari kerja yang stabil untuk saya.
Dia suruh saya sementara kerja dulu sini, nanti dia cuba adjust kat syarikat dia kalau ada kekosongan.
Saya ok ja kerja sini dari duduk kampung tak de kerja. Cuma sejak kerja sini saya perasaan ramai betul perempuan datang beli rokok.
Saya rasa macam kejutan budaya pulak. Yang hairan dan sedihnya, rata2 yang beli rokok tu perempuan bertudung. Ada yang pakai baju kurung.
Tak kurang jugak lelaki2 melayu yang beli arak dalam tin tu. Saya rasa sedih tengok gelagat anak bangsa zaman sekarang.
Saya ada luah dekat sepupu, tapi dia kata kat sini kena jaga tepi kain sendiri. Jangan sibuk hal orang..
Dia kata bandar tak sama macam kampung. Kat sini orang tak segan silu nak beli rokok ka, nak minum arak depan public ka. Dia suruh saya jaga diri sendiri sudah. Jangan jadi kepochi.
Tapi dalam hati masih rasa sedih. Sebab dekat kampung tak de budaya macam ni. Kat sini perempuan tak malu mintak rokok. Budak lelaki tengok pun tahu masih remaja, tapi datang beli arak.
Awal2 dulu saya rasa seronok kerja sini. Sebenarnya masa awal2 kerja, kebanyakan yang datang beli barang adalah orang yang sama.
Dulu ada satu kakak ni selalu datang beli roti. Saya suka tengok dia.. Ayu dengan baju kurung. Ada satu feeling macam orang kampung kita. Selalu saya tertunggu2 dia datang beli barang.
Tapi semalam masa dia beli roti, dia mintak rokok. Terus hati saya rasa hancur. Mulut pulak lancang tertanya, untuk akak ke. Dia kata ye la, kenapa. Terus saya jadi sedih.
Memang macam ni ke budaya orang bandar. Saya tak berani nak luah lebih2 dekat sepupu. Sebab nanti dia akan marah saya sebab saya ni nak sbuk2 hal orang.
Bagi sepupu saya, kubur masing2. Kau buat hal kau sudah..
Kau datang sini nak kerja kan, jadi tumpu pada kerja kau sudah.. Fikir hantar duit kat kampung. Jangan nak sibuk orang ni hisap rokok ke, hisap dadah ke. Tu bukan masalah kau.
Ya saya tau bukan masalah saya.. Tapi entah la.. Ada satu perasaan duka.. Tak tau nak cakap macam mana.
Saya rasa macam nak balik kampung ja walaupun kat sana kerja tak menentu. Tapi kurang2 saya rasa happy dengan budaya orang kampung saya.
Saya lagi happy duduk kampung walaupun duit kurang dari duduk bandar duit banyak, tapi hati tak bahagia.
Saya tak boleh terima budaya orang bandar sini. Kalau laki saya boleh terima lagi, ni perempuan pun sama2 sosial. Sedangkan orang perempuan sepatutnya penuh dengan tatasusila.
Kalau orang bandar yang baca pos ni terutamanya yang perempuan, jangan la hisap rokok. Jangan la minum arak.. Kan semua tu haram dan merosakkan diri. Nanti hati pun tak bahagia.
Dengar la nasihat rumi ni.. Jaga kesihatan diri. Rumi tegur tanda sayang.. Assalamualaikum.
– Rumi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jangan judge dik. Mereka full grown adult yang faham sepenuhnya apa mereka buat. Tak semua bende kita boleh ubah.
Sifat suka judge ni selalunya perkara biasa orang kampung yg baru belajar masuk bandar. Judge tengok org bertatu, merokok, dll.
lelaki mana boleh isap rokok. awak pun sama. jangan normalisasikan lelaki isap rokok boleh diterima. lelaki sepatutnya penuh tatasusila. taknak la wey isteri jaga aurat lepastu sopan tak isap rokok tapi suaminya disebaliknya. hmm. saya benci lelaki isap rokok. paling benci.
betul tuuu
Sy sampai da terlalu biasa nampak perempuan merokok/vape . Kebanyakan yg sy nmpk muda mudi lg .. dlm 19-25 tahun gitu ..
atas moto , vape .. kat mamak , vape .. pengaruh rakan sebaya kot .. sy pun tak selesa bila nmpk perempuan sebegitu .. nampak sgt tak molek org kabo ..
tapi nk buat mcm mana .. diorg ok jer / mak bapak diorg ok jer la kot .. entah jugak nk komen
Weh laki boleh pulak eh merokok? Patutlah satu dunia gelakkan orang Islam. Agama kata laki yang akan jadi ketua keluarga kan? Ketua kena lebih jaga la adab dan tatasusila. Normal la pompuan merokok ke buat hal tak betul ke, apesal pulak lelaki boleh pompuan tak boleh? Ish aku asal kampung pun tak bole brain la otak kampung cam ni..