He Love Me, but He Never Love Me Enough to Marry Me

Hati ni hancur. Tu je yang aku boleh cakap.

Perkenalan aku dengan seorang lelaki selama hampir 2 tahun cukup menggembirakan. Aku tahu dia cintakan aku, cuma dia tak cukup cintakan aku untuk jadikan aku isteri dia.

Aku ajak dia serious, jumpa family aku, ajak dia kahwin selama hampir 2 tahun ni.

Dia selalu dengan alasan, nanti, tak bersedia, nanti, insyaaAllah. Langsung tak ada menunjukkan keinginan untuk serious ke tahap seterusnya.

Aku tinggalkan dia sebab aku dah penat hubungan yang tak kemana selepas hampir 2 tahun. Setiap hari aku tunggu dia cari aku balik. Tak ada.

Hari – hari aku tunggu dia pujuk aku macam mana aku pujuk dia selama ni. Tak ada. Penat rasanya bila hubungan tu yang bersungguhnya cuma aku.

Aku fikir dia orang yang alim, orang yang beragama. Mungkin bila dia dah bersedia untuk bernikah dia akan datang semula untuk jadikan aku isteri dia. But he never came.

Mungkin dia akan bertanggungjawab atas segala maksiat yang kami lakukan. But he never came. And time goes by, and I realise he won’t came back. Ever..

Hati mana tak hancur bila kau letakkan dia tempat yang tinggi dalam hati kau. Tapi kau realise kau nothing to him.

Bodohnya aku, orang lain nak kahwin dengan aku tapi aku reject sebab dia. Tapi aku tak sampai hati nak hancurkan hati dia. Aku tak sampai hati tinggalkan dia. Sebab aku tak nak lukakan hati dia.

Aku ingatkan bila dia tengok orang lain nak kahwin dengan aku, terbuka la sikit hati dia untuk kahwin dengan aku. Tapi tak ada.

Tapi eventually, I left him because I have enough. Because I know for a fact even I stay another month, another year, he won’t ask me to marry him. Leaving a person you love so much is hurt.

Aku tinggalkan dia supaya dia sedar yang aku penting untuk dia dan mungkin eventually dia akan bersedia nak kahwin dengan aku.

Tapi bila aku left, baru aku sedar I never mattered to him. Kalau dia merajuk beria-ria aku pujuk.

Tapi sikit pon dia tak pujuk aku. Dia biarkan aku berlalu pergi. Sebab dia memang tak cintakan aku untuk jadikan aku isteri dia. Tak bermakna ke hubungan kita yang dekat 2 tahun ni?

Lepas aku tinggalkan dia, aku main game, aku fokus kerja, game, kerja tu jelah. Tak ada pulak aku nak cari laki lain untuk isi tempat dia. Sebab aku nak bagi ruang untuk dia bersedia jadi laki aku.

Sebab selama dekat 2 tahun aku dengan dia dari awal dia asik cakap tak bersedia. Ada je laki yang flirt dengan aku lepas dah tak ada apa-apa. Sikit pon laki tu aku tak layan sebab aku fikirkan dia.

Betul lah orang cakap hanya masa yang boleh menunjukkan kebenaran, only time can tell the truth:

– Kebenaran yang memang dia takkan kahwin dengan aku.

– Kebenaran yang dia memang tak cintakan aku.

– Kebenaran yang dia cuma permainkan aku dan perbodohkan aku.

Hati ini lagi sakit dari kecurangan. Sebab kalau laki tu curang kau boleh move on. Banyak lagi laki lain dalam dunia ni.

Tapi hati ni sakit sebab kau sidai aku bertahun – tahun tanpa ada sikit pon effort nak nikahi aku tapi kau nak aku layan maksiat kau.

Aku ingat laki baik, laki alim, laki beragama macam kau takkan permainkan aku. Aku silap. Dan bodohnya aku.

Hati ni hancur. Tapi aku akan okay. One day aku akan okay. Terima kasih sebab hancurkan hati ini.

– Fitrah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kisah kita lebih kurang sama.. saya dgn ex oun hampir 2 thn dulu.. beria pujuk beria segalanya.. cuba jd yg memahami konon.. last2 tak tau la mmg overthinking atau instinct dari Allah.. something happen dan dia pilih utk undur diri dari pertahankan hub. Sumpah sakit bila igt balik. Skrg pun hampir 2 thn dah lost contact Tp utk lupa totally tu masih perlukan masa 😔

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *