Mentua Anak 5

Assalamualaikum.. sebelum ni aku hanya pembaca. Hari ni tergerak untuk menulis kisah aku yang aku pendam.

Sebenarnya aku bukan jenis suka cerita tentang aku kepada orang. Tapi yang ini aku tulis juga dengan harapan orang-orang yang terlibat dalam cerita aku ini dapat rasa dan buat sesuatu.

Aku punya mertua yang punya 5 anak. Semua dah berkahwin. Mertua duduk dengan kami. Mertua stroke boleh bergerak guna tongkat dan berkerusi roda. Aku tak kisah yang tu sebab pada aku, aku fikir aku pun nanti akan tua.

Tapi lama kelamaan aku rasa macam anak-anak mertua aku yang lain mengambil kesempatan yang mana mereka semua macam lepas tangan.

Anak sulung mertua, lelaki sudah berkahwin dan punya anak. Ada rumah sendiri tapi duduk dengan mertuanya (ibu bapa isterinya). Tak tahu kenapa tak pindah duduk rumah sendiri.

Anak kedua, iaitu suami aku, bekerja sendiri yang mana pada adik beradik dan mertua aku macam kononnya tak kerja lah sebab bekerja sendiri sebab selalu banyak masa dan akan dikata yang lain sibuk kerja susah nak dapat cuti.

Anak ketiga perempuan, yang ni pun dulu ada juga jaga mak tapi aku pun tak faham kenapa sejak akhir-akhir ni dah macam mula buat tak tahu kat mak. Mungkin ada krisis kut.. krisis mak dan anak.

Anak keempat lelaki, yang ni ambil tugasan runner hantar mak kesana sini. Sudah berkahwin juga.

Anak kelima perempuan, buat alasan tak masak sebab tak nak jaga mak. Awak tu suri rumah kut… Adoi.. aku pun tak faham. Maka aku pun mula belajar tak nak masak juga sebab anak sendiri boleh buat tak kan menantu nak lebih-lebih.

Mula dulu aku masak-masak juga untuk keluarga makan tapi bila memikirkan anak-anak dia pun tak ambil berat tentang mak dia kenapa aku lebih-lebih.

Aku tak pernah halang suami aku nak jaga mak dia sebab yang tu mak dia.

Cuma sekarang ni macam mana cara nak bagi anak-anak mertua aku yang lain pun berkongsi jaga mak juga bukan hanya tinggal mak tu kat kami dan balik kerumah masing-masing menjalani kehidupan gembira bersama keluarga masing-masing.

Aku pernah memberi pendapat kepada suami aku yang mana kita buat giliran untuk jaga mak. Jadi kebajikan mak pun akan terjaga.

Tapi tulah dah boleh agak dah apa jawapan yang akan dapat nanti mesti macam-macam alasan yang akan diberikan.

Anak sulung alasan sebab duduk dengan mertua macam mana mak nak duduk dengan dia.

Anak kedua adalah suami aku.

Anak ketiga alasan mungkin dari pihak mak mertua sendiri tak selesa duduk rumah anak tu sebab ada suami anak tu.

Anak keempat alasan pun sama juga mungkin dari mertua sendiri sebab menantu yang tu strict sikit banyak peraturan kat rumah dia.

(Mungkin aku sepatutnya jadi macam menantu tu dulu masa mula-mula kahwin biar ada sempadan, ni aku sangat tak kisah sampai jadi macam nil ah kut)

Anak kelima memang dah bagi alasan awal-awal sebab tak masak nanti mak nak makan apa. Tapi dia duk berjalan-jalan dengan suami dia.

Tolonglah… daripada aku dapat tambah pahala aku takut aku bertambah dosa sebab abaikan orang tua yang mana yang tu mak korang.

Sekarang aku dah kurang masak kat rumah.. aku akan keluar gi office bila siang dan akan balik bila petang atau malam.

Aku pun bekerja sendiri. Aku akan buat tak tahu hal apa yang berlaku kat rumah. Dah malas ambil tahu tapi sampai bila. Tak berkesudahan..

– Flamingo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *