Baru ni aku ada baca dalam page ni. Satu perempuan ni tulis, dia paksa suami dia kahwin dengan dia walaupun dia tahu suami dia tak cintakan dia. Dan suami dia cintakan perempuan lain.

Aku tak ingat tajuk confession dia. Dan aku tak pasti la tu cerita rekaan ke apa. Tapi apa yang aku nak cerita ni adalah benar2 berlaku kat aku. My real story.

Terpulang la korang nak percaya atau tak. Nak kecam pun tak pe la. Sebab aku happy dengan tindakan aku ni.

Dulu aku ada kenal satu perempuan ni. Dia ni cikgu. Tapi tu la, perempuan belajar tinggi2 ni kebanyakannya pandai dalam akedemik ja. Tapi bodoh dalam kehidupan.

Aku gelarkan dia Zombi. Aku kenal Zombi melalui member aku. Mula2 berkawan ja. Lepas tu ada la rasa spark sikit dengan dia.

Dia tu awal2 konon pemalu. Biasa la perempuan jenis2 ustazah. Kononnya jaga kesopanan dengan lelaki.

Lama2 dia dah selesa dengan aku, tapi aku pulak yang hilang keselesaan dengan dia. Sebabnya aku tak boleh terima cara dia bercakap dan berfikir.

Dia kalau nak mula satu topik, dia tak benarkan aku bercakap.Asyik dia ja bercakap. Dan sentiasa potong apa yang aku bercakap.

Lepas tu suka cakap meleret2, mengedik2. Aku tak suka perempuan macam tu. Ibarat dia saja la betul.

Lepas tu sentiasa bajet dia ja la ahli syurga. Dan banyak lagi isu2 lain yang aku malas nak mention. Maksudnya aku dah rasa tak de keserasian dengan dia.

Aku berterus terang dengan dia nak putus..Aku dah highlight semua benda yang aku tak selesa pada dia.

Sebab bagi aku, communication sangat penting dalam sebuah kehidupan rumahtangga. Kalau benda tu fail bagi aku, macam mana kedepan nanti.

Dia menangis2 mintak peluang. Katanya dia boleh ja ubah semua benda tu. Benda tu small matter.

Aku kata la, benda tu dah 30 tahun dengan awak, tak mungkin awak mampu ubah. Tapi dia tetap mintak peluang.

2 tahun aku bagi peluang. Tapi masih macam tu.Benda tu tetap berulang. Aku ni seorang lelaki baran.

Banyak kali jugak aku maki dia.Sebab stress dengan perangai dia.Dia kalau bercakap, macam anai2 tepi telinga.. Bengang sangat rasa. Kami selalu bergaduh la.

Kali ni aku nekad nak putus..Biasa la perempuan, dia guna ayat 2 tahun aku mainkan dia.. 2 tahun kononnya dia setia, tolak lelaki lain demi aku.. Kepala @@@@@ dia..

Sedangkan dari awal aku mintak putus, dia asyik merayu mintak peluang. Aku ungkit jugak semua tu. Bukan aku suruh dia stay.

Berulang kali aku suruh dia lupakan aku.Tapi dia yang asyik nak peluang peluang peluang. Asyik ajak kahwin kahwin kahwin. Katanya dah sangat cintakan aku.

Dia kata sebab tu kena kahwin, lepas kahwin dia pasti berubah. Kononnya taat pada suami. Puiii. Aku nak kahwin macam mana kalau aku tak suka.

Dia ingat perkahwinan tu satu trial kot. Tapi bagi dia kena kahwin dulu, baru aku akan nampak keberkesanan perkahwinan.

Lepas tu dia kata aku yang kena didik dia. Slow2 kena ubah dia jadi macam aku nak.. Aku cakap simple ja, aku bukan pendidik macam dia.

Dan yang penting, aku tak de perasaan cinta atau sayang kat dia. Awal2 dulu maybe satu attraction ja. Tapi lama2 aku sedar aku tak dak perasaan apa pun pada dia. Makin hari rasa makin benci.

Dia kata aku asyik memandang kelemahan dia ja.. Kebaikan dia aku tak nampak.. Masalahnya aku memang tak nampak apa2 kebaikan dia. Aku selalu stress dengan dia.

So hari tu aku nekad nak putus. Dia nak terima ka tak ke. Lantak pi kat dia. Lepas tu aku blok dia dari semua benda.

Dia memang cuba reach aku dari number lain.Tapi aku keep blok. Sebab aku memang tak nak dah drama ni berlanjutan.

Nanti makin kedepan, dia kata aku tipu dia 10 tahun la, 100 tahun la.. Malas la aku dengan perempuan play victim.

Tapi aku tak sangka. Dia libatkan keluarga. Hari tu aku tengah tidur. Sebenarnya aku kena suspend kerja 2 minggu.

Sebab berlaku kecurian dalam gudang. Walaupun aku tak buat, kononnya last aku yang jaga gudang, so majikan suspect aku terlibat.

Sementara nak siasat kes tu, bos gantung tugas aku.. Aku tak kisah la yang tu. Sebab aku tahu aku bukan pencuri.

So pagi tu dia mai dengan family dia. Family dia kata aku tipu dia.. Aku main2kan hati anak dia.

Actually, family aku pun jenis toksik jugak.Aku pun fedup jugak dengan family aku.Tapi nak buat macam mana, mau tak mau, kena jugak hormat mak bapak.

Family dia tu kan konon islamic. Bapak dia kata aku keluar sana sini dengan anak dia, semua sanak saudara dia tahu.Sekarang tak nak kahwin pulak. Orang akan tuduh anak perempuan dia tak baik.

Dan alasan aku reject tu tak logik katanya. Macam tak dak alasan kukuh. Macam aku murahkan maruah anak dia.. Nanti tak de orang akan kahwin dengan anak perempuan dia. Macam2 la..

Mak aku pulak suruh aku kahwin. Sebabnya susah nak dapat bini cikgu. Nanti apa2 nak berniaga dia boleh tolong. Macam tu la mentality family aku. Asal kerajaan ja semua gah.

Kerana ugutan demi ugutan, tekanan demi tekanan. Aku terpaksa jugak kahwin dengan dia. Muka dia nampak la happy. But not me.

Lepas kahwin bapak aku suruh aku duduk rumah parents dia. Aku ikut ja la. Sebab cakap lebih2 pun bukan ada orang nak dengar pendapat aku. Lagipun nak sewa asing aku pun tak mampu.

Tapi hati aku mati sebenarnya. Aku tak happy langsung. Family aku happy dapat menantu cikgu. Boleh jajah satu dunia, menantu cikgu menantu kerajaan.

Dia boleh jajah satu dunia. Dia dah ada suami. Aku bukan nak hina dia. Tapi dia memang jenis perempuan gemuk. So dia happy la kot finally dia dah kahwin. Kononnya dia rasa diri dia laku.

Tapi aku tak kisah pasal rupa pun. Tapi bila hati tak de keserasian, semua benda yang dia buat asyk nampak salah di mata aku.

Lepas kahwin aku tak hidup macam suami isteri pun. Pandang dia pun aku fedup, apatah pulak nak sentuh dia.

Dia biasa la gedik2 dengan aku..Tapi aku tak layan.. Setiap malam aku balik lambat. Habis kerja awal pun aku lepak mana2.

Aku balik semata2 untuk tidur ja. Pagi2 buta aku dah keluar pi kerja. Macam biasa la, perempuan tu mengadu kat family aku pasal perangai aku.

Dekat family dia pun dia cerita jugak. Boleh dia pi cakap aku tak pernah sentuh dia. Berlaku banyak pergaduhan la masa tu.

Family aku datang rumah dia. Semua berkumpul. Ayah dengan mak aku macam biasa la.. Maki2 aku. Salahkan aku.

Aku kata aku tak dak perasaan. Makin hari makin meluat dengan perangai dia. So aku kata aku nak bercerai.

Tiba2 rasa pedih kat pipi. Bapak aku tampar aku.. Muka perempuan tu nampak macam satu kepuasan la kot sebab aku kena penampar.

Dalam bilik, dia tanya aku ada perempuan lain ka. Sebenarnya tak dak pun.. Aku sendiri rasa lost banyak benda dalam hidup aku. Tak de masa nak fikir pasal pasangan

Tapi entah kenapa, masa tu aku kata ya.Aku ada perempuan lain.. Terus dia menangis2. Dia kata no no. Awak saya punya ja.. Awak tak boleh ada orang lain.

Macam2 drama la masa tu. Aku kata aku nak bercerai.Dia lagi meraung. Time tu family dia dengar kot. Family dia ketuk pintu. Dia pergi la buka.

Dia kata kat mak dia aku kata aku ada perempuan lain, aku nak bercerai. Belum sempat ayah dia nak tarbiah aku, aku cakap macam ni.

Pakcik, saya tak boleh hidup dengan anak pakcik. Walaupun saya cuba paksa perasaan saya, tapi saya tak boleh terima walau sikit pun perangai zombi ni. Saya nak pisah ja la.. Bapak dia nampak marah la.. Bapak dia kata ingat life anak dia mainan ka.

Aku pun berontak jugak la. Aku kata anak pakcik yang buat life saya macam mainan. Dari awal saya kata nak pisah. Tapi orang hanya tahu paksa saya dan terima ikut aturan orang ja.. Orang tak nampak saya pun manusia.

Sekarang ni zombi, aku cerai hang dengan talak 3.

Bila aku lafas tu.. Rasa satu kepuasan dalam hati. Rasa satu beban hilang. Rasa ringan terus kepala aku. Keadaan time tu memang huru hara la.

Aku kemas barang2 aku.Aku keluar dari rumah.. Ada banyak isu berlaku masa tu, tapi malas nak ingat.

Dia ada la masih pujuk2 aku. Suruh balik pada dia.. Aku kata simple ja.. Aku boleh kahwin dengan hang. Boleh hidup 100 tahun dengan hang. Tapi aku dah cerai hang talak 3.

Hang pi kahwin dulu dengan laki lain, lepas tu bercerai dengan dia, aku kahwin balik dengan hang. Aku janji aku akan kahwin balik dengan hang dan hidup selama2nya dengan hang.

Setiap masa dia menangis tanya itu ini.Tanya apa salah dia la.Kenapa aku buat dia macam ni la. Family dia pun masuk campur, aku cakap ayat yang sama ja. Dekat family aku pun aku cakap benda yang sama.

Sekarang aku dah pi kerja kat sarawak. Aku happy hidup macam ni. Tak de orang boleh contact aku. Aku hanya hidup untuk diri aku. Aku rasa sangat tenang hidup dalam lautan. Jauh dari semua benda.

Aku dah tak kisah dibuang keluarga ka, di hina masyarakat ka. Satu stage dalam hidup, aku tak peduli apa2 lagi dah. Aku dah fikir untuk hidup selfish.

Point aku nak sampaikan kat kaum hawa, kalau satu laki tu kata dia dah tak suka korang, terima saja. Jangan merayu2.

Sebab lelaki tu kalau betul2 cintakan korang, seribu kekurangan perempuan tu pun dia tak nampak.

Tapi kalau dia dah tak suka, semua kebaikan pun dia nampak buruk ja.

Kalau jadi perempuan, biar lelaki merayu untuk perempuan. Jangan perempuan merayu untuk lelaki.

Sebab lelaki selalu suka perempuan yang ada standard tinggi. Lelaki suka perempuan yang mahal.

Self value dalam diri seorang perempuan tu sangat penting. So jangan sesekali lost benda tu.

Lagi satu, memaksaan dalam hubungan boleh bawa kebahagian ka? Aku rasa macam tak de..

Satu pihak mungkin happy, tapi sorang lagi tak happy, last2 total relationship tu akan jadi toksik dan at the end, sapa pun tak akan happy jugak.

Hidup la untuk tenang, bukan hidup untuk menang.

– Labu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Hmmm. Bab cerita orang kau cakap “tak pasti itu cerita rekaan”lah tapi bab cerita kau, beria-ia pula kau mengaku cerita betul. Kahkahkah

  2. Teruslah jadi selfish supaya takdak lagi kaum hawa yang tersakiti dengan perangai baran hang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *