Ujian aku, dapat makwe yang terlebih sporting. Kesannya sampai aku dah kahwin.
Cerita sedikit panjang. Terima kasih sudi baca, jadikan iktibar. Cukup aku bahasakan aku. Seorang lelaki 30an.
Aku cerita ni nak korang semua jadikan iktibar. Ambil pengajaran. Sebab aku dah taubat dari segala dosa aku yang dulu.
Lumrah bercinta ketika darah muda. Banyak benda nak cuba. Konon terlebih sayang. Bila sayang, sentiasa berdua. Bila sentiasa berdua, pasti akan ada yang ketiga. Korang fahamkan?
Makwe pertama aku ni, orangnya cantik.. Aku mula bercinta semasa di IPT. Sentiasa dating. Sanggup sewa kereta semata mata nak dating berdua.
Bila kerap sangat jumpa berdua, mula la adengan “ringan-ringan”.
Sebagai seorang lelaki, mustahil aku tak pandai benda macam ni. Sebab usia macam ni memang dah terjebak dengan video P*rn. Perasaan nak cuba tu membuak-buak.
Ibarat mengantuk, disorongkan bantal. Adengan ni bermula sebab makwe aku yang offer.. Agak mustahil seorang lelaki menolak.
“Awak tak nak kiss saya ke?”. Laju jantung aku dapat soalan macam ni. Mula sikit dan ringan-ringan.
Tapi malangnya hubungan aku tak lama, sebab dia ada orang lain. Lagi kacak dari aku, anak orang kaya. Haha
Makwe kedua, pun sama. Entah la ni dipanggil rezeki ke neraka lah mungkin. Aku tak tahu kenapa makwe kedua aku ni pun sama. Aku yang dapat offer, bukan aku yang offer.. Benda yang sama, ringan-ringan juga.
Cuma kali ni aku yang mintak putus, sebab dia tak faham masa aku. Time belajar, belajar la. Nak wasap tiap masa penat jugak.
Lagi satu dia terlalu kuat jeles. Bila assignment berkumpulan pun siap warning lagi aku jangan dekat dengan perempuan. Akhirnya berpisah.
Makwe ke tiga. Yang ini tak pernah diterima dek akal. Waktu ni aku dah mula kerja. Rezeki aku kerja tak jauh dari IPT. Dia junior aku.. Masa aku kerja, dia final sem.
Orangnya sangat cantik.. Ye la mungkin aku ni ensem kot tu yang dia nak. Hahaha.
Benda yang sama berlaku. Bila hubungan makin serious, aku memang decide nak jadikan dia isteri. Memang kami kerap berjumpa, dating, makan-makan, wayang. Tiap hari minggu memang wajib jumpa.
Cuma kali ni entah kenapa aku jadi berani, aku offer dia. Dan dia terima nak ringan-ringan. Benda ni berlarutan sampai dia habis final.
Pada satu malam tu, aku tanya dia. Aku nak boleh tak? Dia cakap boleh. Tapi dekat rumah.
Waktu ni entah kenapa aku jadi berani bawa balik perempuan ke rumah sewa. Dan korang faham saja la bila balik rumah apa jadi.
Malam tu teruna aku hilang. Nafsu dah kuasai diri aku. Aku fikir tak apa la, dia pun bakal isteri aku nanti. Dan aku tak rasa dara dia hilang malam tu, sebab dia macam lebih experience dari aku..
Dalam hati tetap rasa takut. Mengandung budak ni, habis malu mak bapak kami.. Benda sedap makin lama makin ketagih. Aku bincang dengan dia, kita percepatkan proses kahwin. Bawa mak ayah semua untuk berjumpa.
Makin lama makin dia berubah. Rupanya dah jumpa pegawai beruniform.
Macam tu je dia tinggal aku. Dia tak pandang orang yang ada KWSP. Orang ada pencen jugak dia nak. Haram sungguh perangai. Masa ni down habis aku..
Dipendekkan cerita, aku move on.. Jumpa calon isteri yang baik. Tak secantik makwe aku yang ketiga tu. Aku buat keputusan percepatkan ikatan. Aku takut terbabas lagi. Alhamdulillah kami kahwin.
Jadi satu perkara yang menghantui aku, aku tak dapat nikmat bersama macam makwe aku dulu. Isteri aku ni macam kaku sikit, dia macam tak suka sangat bersama.
Aku dah rasa nikmatnya dulu, dan tak sama macam sekarang. Mungkin ini balasan. Kadang naik stress.
Pernah ketika, aku bersama wife aku tapi terbayangkan makwe aku. Punya la berdosa aku ni.
Nikmat untuk lelaki macam tu je hilang. Bila tak ada kepuasan, aku jadi nak marah. Sentiasa tak ada mood. Kadang-kadang emosi sampai marah anak. Nampak tak kesannya?
Ketiga-tiga ex aku semua dah kahwin. Nampak semua dah happy, masing-masing dah ada anak. Cuma tak tahu mereka sama nasib dengan aku atau tak.
Doakan aku terus kuat..
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sampai dgn isteri pun terbayang orang lain? bertaubat encik, kesian sgt isteri tu. klau dia tahu la, pasti remuk hatinya. dia tahu kisah silam encik? klau tak tahu simpan lah kemas2 aib tu. sebab sy pernah rasa bertapa hancurnya hati bila kita jaga maruah diri sebelum kahwin, tengok2 sy bukan lah orang yg pertama. ini pulak boleh nak dicomparekan. ya mungkin itu kafarah dosa encik…semoga rumahtangga encik bahagia hingga ke akhirnya.
Kesiannya isteri, dapat sisa hampas tak sedar diri. Moga isteri jumpa suami yang betul-betul baik dan berakhlak mulia