Anak Ajaran Sesat

Confession sebelum ini, (https://iiumc.com/anak-ajaran-sesat/).

Salam Hi, masih ingat Bunga Indah? Yang pernah berkongsi disini, pengalaman menjadi anak pada ajaran sesat.

Pada mula nya memang aku mahu move on saja, malas dah nak ambil port lagi tentang mereka. Tapi baru baru ni viral pula di podcast Topi Nasi, pembongkaran mengenai ajaran sesat ini, jemaah yang sama! Aku seakan triggered, yela, aku sendiri kan pernah berada di situasi yang sama.

Geram bila baca komen komen pentaksub yang mengatakan kisah mereka itu sekadar fitnah.

Jika fitnah, buktikan upacara minum air janggut kuku pemimpin itu tidak benar, buktikan juga tidak unsur syirik pemujaan pemimpin berlebihan yang mengarut, dan buktikan tiada penindasan di dalam itu, kanak kanak wanita dan staf bawahan tidak dinafikan hak selayaknya manusia.

Tidak lupa juga bukti kan setiap rumah amal mereka itu memang betul anak yatim, bukan anak anak jemaah mereka yang dipisahkan dari ibu bapa atas alasan kecil kecil harus kuat berjiwa besar, hidup susah, anak pejuang.

Rumah rumah amal dibuka merata, menjadi lubuk sumbangan orang ramai, syarikat syarikat besar, NGO NGO, malah dari individu yang betul betul ikhlas membantu. Lagi lagi nak dekat raya dan puasa ni.

Aku nasihatkan kalian hati hati dan siasat terlebih dahulu sebelum memberi, kerana secara tidak langsung akan membantu dalam mengembangkan ideologi dan pengaruh mereka.

Hanya sedikit yang betul betul digunakan untuk rumah amal dan anak anak disitu. Sebahagian besar akan diberi pada pihak HQ. Kerana itu lah anak anak ini makin terpinggir tiada pelajaran, cukup sekadar pandai membaca menulis.

Tiada akses dan peluang untuk lebih berjaya dalam akademik. Sekalipun anak yang lahir itu ada potensi, akhirnya akal dimandulkan oleh sistem.

Seterusnya bila meningkat dewasa akan diserap untuk bekerja di permis permis, tiada bergaji, hidup dikawal rapi.

Topi Nasi juga pelik kenapa ribuan ahli seperti ikut saja, kenapa tidak keluar saja dari situ. Itulah cara sistem jemaah ini berfungsi sedari dari anak lahir, dari kecil di doktrin, di brain washed, ini lah jemaah kebenaran, kita insan insan terpilih oleh Tuhan.

Jadi jika ingin keluar, mahu kemana? Nak kerja apa di luar, tiada kelayakan akademik, duit pun tiada mahu lari kemana?

Maka terus bertahan lah di dalam bubble itu, kerana tiada pilihan. Jika keluar pun, pilihan yang ada hanya lah berniaga, tapi nak berniaga apa jika modalnya tiada. Hanya yang betul kental dan berani hadapi risiko saja akan keluar.

Yang tinggal terpaksa taat, jika keluar akan dipanggil pengkhianat, ikut nafsu, tidak mahu dididik, malah akan dipisahkan keluarga, jika suami yang keluar, isteri dan anak anak dibawa lari, tidak dibenarkan berjumpa bertahun tahun,

Malah anak anak juga di hasut supaya membenci bapa nya — hingga memanggil bapa mereka kafir kerana tidak memakai kopiah mereka. ( ini dari perkongsian di Podcast Topi Nasi ).

Isteri juga dipaksa minta fasakh atas hasutan dari pihak jemaah. Memecahkan belah kan keluarga.

Kerahan kewangan dari orang bawahan, sudah lah kerja tidak bergaji, jika ada barang kemas, ada saudara mara kena pergi minta pinjam kan wang, sesah semahunya. Semuanya demi pengorbanan jemaah kebenaran.

Kebajikan orang bawahan tidak terjaga, makan minum hanya asas, semua staf laki dan perempuan akan dipisahkan tinggal di “asrama”. Termasuklah yang sudah berkahwin.

Jika ingin bersama, akan ada bilik kelamin yang dikongsi bergilir gilir. Kena isi nama dalam list. Sedih, memalukan, sungguh hina, sistem yang bertopengkan agama dan perjuangan kebenaran ini konon nya!

Hanya pihak atasan dan kepimpinan sahaja yang ada rumah, yang ada smart phone, kereta mewah. Staf bawahan tidak dibenarkan pakai hp kecuali hp yang tiada internet.

Zaman sekarang masih ada yang tiada sosial media? Mestilah ada kerana mereka salah satu nya, internet akan buat jemaah lalai dan akan berlaku hijab dalam perjuangan kata mereka.

Perniagaan mereka kelihatan hebat dan gah, hakikatnya didalam busuk bernanah. Renovated premis berpuluh ribu setiap satu, biar imej Islam nampak hebat, tapi pengurusan hanya syok sendiri, rugi tinggal hutang, tutup buka tempat lain pula, nak rasa apa kan, bukan guna duit mereka.

Sebetulnya bukan pandai berniaga sangat pun. Lemah pengurusan banyak ketirisan. Satu kerugian dan pembaziran yang luar biasa!

Bisnes kelihatan hebat diseluruh negara, malah hingga ada pasukan berkuda. Hebat menunggang kuda, hebat juga menunggang agama.

Amat payah pihak berkuasa nak hapuskan mereka ni, sebab mereka berselindung di sebalik “ekonomi”, banyak kali dah tukar nama, tukar topeng. Hakikatnya ideologi masih sama malah lagi teruk dan menyimpang.

Sayang kerana komuniti yang punya nilai yg baik ini dimandulkan demi kepentingan mereka yang BODOH DUNIA, BUTA AKHIRAT tapi CELIK NAFSU SERAKAH demi kuasa, kepentingan diri, keluarga & kroni.

Kasihan sungguh pada mereka yang betul betul mahu berkorban untuk Islam, tapi dimanipulasikan oleh jemaah ini.

Moga kawan kawan ku yang masih di dalam sana juga diberikan kekuatan dan jalan untuk keluar. Aku sayang mereka, kami sama sama membesar.

Tapi kini tidak dapat lagi hubungi atas halangan kerana mereka tiada hp dan aku pula sudah jadi “orang luar.” Tidak mengapa. Aku faham, kerana juga aku pernah terperangkap di dalam bubble itu.

Hati hati bila berguru, takut kita tersalah jalan, bila merasa diri superior, kami lah insan pilihan Tuhan, Islam diluar sana semua tidak benar, mereka Wahabi dan Syiah, hanya kita disini solat awal waktu, bangun tahajud merintih dosa. Mereka diluar tak buat semua tu. Islam hanya pada nama.

Tapi bila aku sudah keluar, hadiri usrah dari ustazah ustazah diluar, amalan solat tahajud itu perkara biasa yang ustazah ustazah amalkan.

Orang diluar ni juga tidak lah teruk seperti digambarkan semasa aku berada dalam jemaah. Ramai yang baik baik. Tutup aurat. Selama di sana kerap dimomokkan hidup akan rosak jika keluar, hidup tiada pimpinan.

Pesanan buat diriku juga, tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya punya perasaan sombong merasa angkuh walau hanya sebesar zarah.

Saat iblis gagal membuat seseorang menjadi jahat, dia akan buat orang itu merasa dirinya lebih baik. Sudah lah terasa lebih baik, sesat dalam cahaya rupanya.

Moga kita semua dilindungi.

– Bunga Indah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Apa yang di cerita kan oleh bunga semuabnye benar.. Aku pon salah satu yang dah keluar dari kumpulan tersebut.. Duduk rumah anak yatim walhal mak bapak masih hidup.. Pergi program jemputan apa semua dalam bas kene basuh dulu.. Habis program duit hasil sumbangan orang ramai akan di kutip di dalam bas… Sedih rasa bila di kenang kan hidup tanpa pelajaran.. Cukup sekadar ilmu akhirat yang di beri. Tapi di dunia takde ilmu. Bila keluar tak tau nak buat apa kerja apa semua.. Belajar sekadar ada upsr sahaja.. Naik peringkat menengah di serap masuk rumah amal dan tempat jagaan kuda.. Alhamdulillah aku di beri kesempatan untuk keluar dari jemaah tersebut.. Pernah di cop sebagai musuh islam gara2 aku cuba ajak kawan2 keluar dari jemaah tersebut.. Kelakar rasanya masa tu.. Enta tu musuh islam, sapa yg Tolak jemaah ni dikira tolak islam. Kata2 dari kawan2.. Mudah mudahan kawan2 yg lain dapat kesederan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *